CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19351|Reply: 127

UPDATED Misteri shooting film pendek/ hampir kerasukan di panggung teater #123

[Copy link]
Post time 13-7-2013 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Selama ni aku jadi silent reader aje kat bod MPS ni, tapi lama2 aku pun rasa nak share sekali pengalaman aku dan kawan-kawan. Benda ni berlaku pada tahun 2009. Aku dan kawan-kawan (kami semua 10 orang waktu tu) sedang menjalani penggambaran filem pendek untuk bantu sorang kawan aku (Nana) yang belajar course filem dan kena hasilkan filem pendek untuk dinilai dalam projek akhir dia. Kebetulan cerita filem dia adalah cerita horror, maka macam-macamlah benda horror berlaku sepanjang 5 hari shooting. Tapi sebelum tu aku nak ingatkan bahawa ini hanyalah pengalaman untuk dikongsi, bukannya untuk menakut-nakutkan atau menyebarkan tahyul. Aku tau ada orang yang sinikal dengan benda-benda mistik begini. Aku dulu pun macam tu tapi selagi kita tak mengalaminya, memanglah kita tak akan paham.


Lokasi penggambaran ni biarlah aku rahsiakan alamatnya, tajuk filem pendek ni pun aku terpaksa rahsiakan sebab aku tak mau lah kecohkan pasal rumah tu. Karang kalau aku dedahkan tajuk filem dengan mudah saja orang boleh trace lokasi rumah. Tapi ia adalah sebuah banglo yang sangat besar. Tuan rumahnya mahu menjualnya dengan harga 2 juta 200 ribu. Jadi korang semua bayangkanlah nilai hartanahnya. Terletak setongkol atas bukit di sebuah daerah dalam negeri Selangor. Simpang masuknya sangat khusus dan dari jarak 500 meter kita boleh nampak karakter rumah ini. Hari pertama kitorang masuk memang kitorang betul-betul suka rumah ini. Bukan aje cantik dan mewah tetapi ada satu karakter yang susah aku nak cakap. Bila kitorang tau banglo ini sudah hampir 4 tahun dikosongkan, maka mulalah karakternya jadi makin jelas.


Misteri pertama yang timbul adalah pasal sabit dalam satu kotak kayu antik. Sebelum kitorang betul-betul bermalam kat lokasi ni, kitorang sempat ulang-alik setiap hujung minggu untuk training. Dua minggu sebelum shooting, kitorang bersihkan rumah tu, kitorang jumpa kotak tu bawah tangga ruang tamu. Bersama kotak itu ada satu arca buluh berbentuk manusia, macam Pinocchio. Kitorang buka kotak tu dan ada sabit kat dalam. Nana kata sabit tu dia nak guna dan jadikan prop utk shooting nanti. Jadi sabit itu kitorang simpan balik dalam kotak tu dan tak ada sesiapa yang alihkannya dari bawah tangga.



Minggu berikutnya kitorang datang balik, dan bila Nana buka kotak tu, eh... sabit tu dah tak ada. Tuan rumah pula memang langsung tak datang rumah tu sebab dia kat oversea dan lagi pula kunci rumah hanya ada kat Nana saja. Oh ya dia benarkan guna rumah dia untuk shooting sebab Nana dan anak saudara dia kawan baik, dan kebetulan rumah tu dorang tak duduk sangat. Jadi rumah hinggap aje. So, lepas sabit tu hilang kitorang pun mulalah cari logik. Mungkin orang masuk mencuri dan itu dan ini .... tapi semuanya tak masuk akal pasal ada banyak lagi barang mewah untuk dicuri selain buka kotak dan ambik sabit tu. Jarak rumah tu jauh daripada rumah lain. Menjerit pun tak siapa yang dengar. Kalau pencuri dah berjaya masuk dalam rumah tu, dia boleh angkut semua perabot mewah, pasu-pasu mewah dan banyak lagi barangan mewah yang memang ditinggalkan dalam rumah. Pencuri jenis apa yang nak sangat sabit tu? Maka banyaklah lawak tercipta untuk menjawabnya. Kami pun tinggalkanlah misteri itu tak berjawab.



Jadi pada hari yang ditetapkan kami semua pun berangkatlah masuk ke dalam rumah berkenaan untuk memulakan shooting. Kami lupakan kisah sabit itu, lagipun semua orang dah jatuh cinta kat banglo tu dan sanggup angkat tilam bantal untuk feeling duduk banglo mewah berharga 2 juta lebih hehe....
Dijadikan cerita, malam pertama aku basuh pinggan kat dapur. Tiba-tiba ada satu kotak di sudut dapur menggelungsur dan jatuh. Aku terkejut dan pandang ke arah kotak. Aku pasti kotak tu bukan jatuh pasal salah letak sebab dia betul-betul terletak atas kabinet yang rata. Dia jatuh macam ada tangan sengaja tolak. Mujurlah aku ni tak penakut sangat. Aku diam dan sambung kerja basuh cawan, dalam hati dah kata, "Oh ou, okeyyyy ...". Waktu tu yang lain tengah shooting kat ruang tamu rasanya. Oleh sebab rumah tu besar jadi jarak dari ruang tamu ke dapur pun agak jauh juga.



Kemudian malam yang sama juga - dah masuk jam 4 pagi, waktu itu sedang shooting scene terakhir iaitu scene di tangga naik ke atas. Yang lain semua berada di tangga, aku berdiri kat ruang makan dan sorang kawan nama Mezah kat dapur. Kira kami berdua agak jauh daripada yang lain. Tiba-tiba Mezah keluar dari dapur dan datang kat aku lalu cakap, "Kak, macam-macam dah bunyi mezah dengar kat dapur ni." Belum sempat aku jawab tiba-tiba ada bunyi cakar-mencakar di luar rumah. Aku dan mezah berpandangan. Lekas aku kata, "anjing tu." Mezah jawab,"Kalau anjing baguslah". Aku jawab balik, "Ha ah memang anjing. Akak nampak tadi anjing masuk." Sebenarnya aku bohong, mana ada nampak anjing tapi demi tak mau kecoh, aku bohong je dia sebab aku pun dah rasa rumah tu something wrong.


Last edited by MissLibra on 2-8-2013 08:04 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2013 10:57 AM | Show all posts
Okey ni cerita malam kedua. Sebelum tu aku nak kenalkan nama kawan-kawan aku yang 10 orang ni supaya senang korang follow sebab ramai sangat semuanya hehe... Pengarah filem ni merangkap student filem yang minta tolong kitorang ni namanya Nana, lepas tu penolong pengarah dia nama Ayie, cameraman nama Mokhtar, tiga pelakon utama dia Shah, Naha, Liza, campur yang tolong belakang tabir Mezah, Jeff, Ramli dgn aku. Kitorang semua kawan-kawan lama yang sudi berkumpul balik untuk tolong Nana. Okey sambung cerita, rupanya peristiwa kotak menggelungsur yg berlaku kat aku malam pertama tu turut dialami oleh Shah pada hari kedua. Lepas tu, ada kejadian lain yang lebih pelik dan ganjil. Bangun tidur tengahari esoknya (kitorang abih shoot dah Subuh so adatlah bangun menjelang zohor), Shah ambik kain baju dia dalam kereta untuk mandi. Masuk semula dalam rumah, Shah letak kunci kereta atas meja dan terus mandi. Lepas mandi dan bersiap, semua orang berpakat keluar makan tengahari. Shah nak ambik kunci kereta. Waktu tu baru dia sedar kunci kereta sudah hilang.

Kecoh semua orang cari kunci kereta Shah seluruh pelosok rumah tapi tak jumpa. Kitorang paksa Shah ingat kat mana tempat terakhir dan Shah berkeras cakap kunci tu memang dia letak atas meja. Sampailah last last Liza terjumpa kunci itu di tempat yang aneh, iaitu bawah lipatan kain baju mezah. Kunci itu tersimpan kemas di celah-celahnya. Kitorang mula-mula marah ingat mezah buat lawak tapi tak logik sebab waktu proses mencari si mezah laa yang paling bengang sekali marah-marah nak cepat sebab dia dah lapar dan lagipun memang kitorang yakin dia atau sesiapa tak kan buat benda tu sebab semua orang dalam keadaan lapar dan baru bangun. Tak ada masa nak buat lawak bengong.


Habis cerita siang, timbul cerita malam. Malam kedua adalah malam penggambaran sepenuhnya untuk babak dalam bilik. Tingkap bilik tu menghala ke arah hutan belukar di tepi banglo. Waktu babak berlangsung, tiba-tiba aku dengar suara mengilai! Serius! Suara mengilai! Serentak tu mata aku dan Liza berpandangan. Sharp! Aku tengok orang lain relaks saja sedangkan suara mengilai itu begitu kuat. Suara itu berbunyi dua kali. Aku mulanya sangka itu suara orang ketawa dari rumah berhampiran, tapi suara itu hanya satu tone, nyaring dan menyeramkan. Selepas tamat babak malam itu, aku pergi kat liza dan tanya apakah dia dengar apa yang aku dengar? Liza mengangguk perlahan dan kemudian kami dihampiri Shah pula. Rupanya dalam ramai-ramai orang dalam bilik itu, hanya kami bertiga saja yang mendengarnya. Yang lain langsung tak dengar. Pelik! Tapi itulah yang berlaku. Mungkin ia bukan suara hantu. Mungkin ia suara burung atau manusia, tapi yang peliknya, kenapa hanya kami bertiga yang dengar?



Nanti sambung lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 11:03 AM | Show all posts
im waiting!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 11:12 AM | Show all posts
syok baca pengalaman sebenar macam ni.... sambung ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 11:12 AM | Show all posts
sile sambung yer TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2013 11:18 AM | Show all posts
Okey, sambung. Kalau pada hari pertama dan kedua makhluk-makhluk ini kacau-kacau manja aje, pada hari ketiga aku boleh cakap yang dorang dah mula nak menunjukkan diri dan memperdengarkan suara. Ini termasuklah peristiwa Nana ternampak sepasang mata bercahaya waktu Maghrib di luar rumah. Mulanya dia ingatkan burung tapi apabila lama-lama nampak pelik sampai timbul rasa tak sedap hati, barulah Nana halau semua orang masuk ke dalam rumah.


Malam yang sama jugak waktu shooting dalam bilik, Shah dan liza perlu standby di luar pintu bilik, semua orang lain pulak kena berada di dalam bilik. Jadi di ruang lain dalam rumah tu memang tak ada sesiapa. Waktu inilah mereka berdua terdengar bunyi suis kipas di ruang tamu ditekan-tekan. Seperti ada orang menukar-nukar kelajuan kipas angin di ruang tamu. Aduhhh sereeeeemmmmm .... habis shoot dalam bilik demi nak bercerita si Shah siap buat demo lagi tekan-tekan suis kipas meja tu untuk bagitau aku macamana bunyinya. Malam itu juga cameraman kami diseru-seru namanya hehehehe ... waktu itu dia dalam bilik air. Tiba-tiba dia dengar suara panggil nama dia. Mulanya dia ingatkan Nana yang panggil. Tapi lepas genap tiga kali dipanggil, baru dia perasan itu suara dari luar bilik air, dari sebelah hutan belukar di tepi banglo itu. Entah macamanalah dia habiskan proses membuang air kecil tu haha...



Malam keempat yang paling legend sekali kisahnya. Kami habiskan shooting outdoor. Mula-mula semua orang berkonvoi untuk shooting sepanjang lebuhraya dan akhir sekali balik ke kawasan banglo untuk shooting scene kemalangan. Aku berlakon jadi kelibat hantu yang melintas di hadapan kereta Shah sebelum kemalangan. Scene ini diulang empat kali. Apabila aku melintas, Shah perlu acting menghoyong-hayangkan kereta dan berhenti sebelum langgar pokok, nanti dalam proses post-pro baru akan dibuat kemalangan sebenar.



Tetapi ... setelah tiga kali scene dibuat dan ada saja benda yang tidak memuaskan hati pengarah, masuk kali keempat - aku pun melintas macam biasa, tapi sampai di seberang jalan, aku dapat rasa ada satu jari menyentuh bahu aku supaya berhenti dan serentak itu kedengaran bunyi "SKREEETTTTT!!! GEDEGANGGGGG!!!!" Aku pusing dan tengok kereta Shah sudah hentam satu pokok dan semua orang berlari menghampirinya. Aku tengok Nana dah panik sebab kereta Perdana itu dipinjam daripada pakciknya, tapi bila nampak Shah dan Naha dalam kereta okey dan tak cedera, Ayie kata "jangan alih, jangan alih, shoot sekarang!" Pehh!!! Maka scene kemalangan tu dah jadi scene kemalangan sebenar dan bukan dibuat-buat. Terbang jugalah beratus-ratus duit Nana lepas tu membetulkan bahagian bonet yang kemek hahahaha .....



Sebenarnya waktu masuk kali keempat take dibuat untuk scene itu, Liza dah rasa tak sedap hati dan mahu Nana stop aje. Sama juga dengan Ayie, dia dah rasa lain macam. Tak sangka pula akan kemalangan betul dan lebih misteri, jari siapa yang hentikan bahu aku betul-betul satu saat sebelum kemalangan berlaku? Oh ya, sebelum kami tracking ke highway malam itu, kami buat scene Shah jawab telefon dalam kereta. Aku lah yang tolong call handphone Shah dari luar kereta. Selesai scene tu, aku sambung kerja aku. Tiba-tiba handphone Shah bunyi lagi dan semua orang pandang aku. Aku hairan dan tengok handphone, memang handphone itu sedang calling handphone Shah. Persoalannya adalah, bila masa aku tekan handphone tu? Ayie cakap, "alah, ko tak sengaja tekan tu". Aku diam sajalah, malas nak menambah koleksi cerita hantu. Tapi aku yakin betul aku tak call fon Shah sebab untuk call aku perlu Unlock telefon. Jadi tanpa aku tekan apa-apa butang di telefon, macamana ia boleh Unlock sendiri dan call Shah?? Misteri ... tapi biarlah, tak perlu dijawab!







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2013 11:18 AM | Show all posts
Shooting hari terakhir itu tamat jam 5.30 pagi. Kami semua tidur terbongkang selepas itu. Sekitar tengahari kami semua bangun kerana wakil tuan rumah yang merupakan saudaranya datang melawat. Aku tak ingat nama dia tapi kitorang panggil dia Pakcik Topi Merah sebab dia pakai barret merah hari tu hehehe .... Melalui perbualan dengan Pakcik Topi Merah tu, maka terjawablah persoalan kami mengenai segala gangguan dan misteri selama beberapa hari di rumah itu. Pakcik itu bercerita satu demi satu peristiwa yang dia sendiri pernah alami. Ada yang sama dengan yang kami alami, malah ada yang lebih dahsyat lagi. Peristiwa kotak menggelungsur, bunyi mengilai dan segala macam bunyi itu rupanya sering berlaku. Malah pakcik itu cakap, pernah dia masuk rumah itu untuk tidur tetapi cabut keluar jam 4 pagi kerana tak tahan dengan gangguan.


Nasib baiklah pakcik itu datang hari terakhir iaitu hari kitorang dah nak keluar. Kalau dia datang hari pertama dan bagitau semua benda tu aku tak taulah jadi ke tak shooting situ. Jadi selesai shooting di banglo, kami semua balik ke rumah masing-masing dengan kenangan-kenangan yang manis. TAPI .... ciss ada lagi ni.... beberapa hari kemudian, aku jumpa balik dengan Nana, Liza dan Naha untuk bincang pasal editing. Liza bagitau aku pasal kotak kayu antik dan Pinocchio di bawah tangga rumah itu. Kalau korang baca post aku yg first sekali, aku ada cerita pasal sabit yang hilang dari dalam kotak tu. Sejak kami check-in di banglo itu, kami tak pernah alihkan kotak dan Pinocchio tu. Tapi misterinya, apabila Liza menonton semula rakaman kami mengemaskan rumah berkenaan, dalam rakaman itu langsung tidak kelihatan kotak kayu dan manusia Pinocchio itu. Aku pun menontonnya dan memang langsung tidak kelihatan! Di manakah kotak dan Pinocchio itu? Sedangkan sepanjang tempoh mengemas kitorang memang nampak benda tu ada aje kat bawah tangga?



Ada satu lagi yang aku tak ceritakan pada sesiapa. Waktu peristiwa Shah dan Liza dengar bunyi suis kipas meja ditekan-tekan itu, dalam masa yang sama aku tengah buat rakaman The Making Of. Aku tunggu dalam bilik dan setiap kali dorang masuk buka pintu aku akan start rakam. Anehnya, setiap kali rehearsal, rakaman akan on tanpa sebarang masalah. Tapi setiap kali dah action, kamera aku jadi blur. Apabila cut, gambar elok semula. Bukan sekali, malah beberapa kali. Akhirnya aku langsung tak dapat rakam scene itu. Aku terfikir ada kaitan ke peristiwa di luar bilik dengan dalam bilik tu?



Dalam filem tu, ada dialog mengenai burung sekokoh, iaitu burung yang dipercayai pengawal jin. Ikut cerita si Liza, orang tuanya berpesan kalau burung ni berbunyi, ertinya ada roh datang di kawasan berkenaan. Aku cakap kat liza yang aku tak pernah dengar suara dan tak tahu pun rupa burung sekokoh. Tapi pada salah satu malam di banglo tu, waktu duduk di ruang tamu, tiba-tiba kedengaran bunyi burung yang pelik. Waktu tu liza pandang aku dan cakap, "itulah suara burung sekokoh". Warghhhhh .... meremang bulu roma bebbb. Aku tanya Shah dan Shah kata memang betul itu suara burung sekokoh. Makkk oiiiii ...... gila babas punya statement diorang ni. Jadi adakah itu tanda memang banglo itu dikelilingi jin?? Wallahu'alam bissawab.




Last edited by MissLibra on 13-7-2013 11:41 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 11:19 AM | Show all posts
i pun tunggu. cepat sambung ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2013 11:31 AM | Show all posts
Cerita pasal shooting tu dah habis sebenarnya tapi aku nak tambah satu cerita yang terselit di antaranya yang meninggalkan kesan kat aku. Salah satu hari shooting iaitu hari Jumaat, kami semua bersantai-santai di banglo tu. Waktu ni semua shooting dibuat sebelah malam sahaja sebab scene siang dah habis (siang yg aku cakap malamnya berlaku kemalangan tu). Oleh sebab shooting start jam 9 malam ke atas, jadi waktu siang kami buat aktiviti bebas. Dalam waktu Asar gitu, aku duduk lepak kat ruang tamu, lepas tu si Liza dan Naha masuk. Liza cakap dia dengar bunyi burung "tido". Aku ni memang tak tahu apa dia burung tido tu. Liza cakap bunyinya "tiiiiiiiiiii .... dooooooooo". Arwah emaknya cakap apabila burung ini berbunyi, maknanya ada orang akan meninggal dunia. Shah buat lawak, katanya patutlah dia nampak banyak kereta lalu menuju jirat Cina di sebelah banglo itu, agaknya ada orang Cina baru meninggal, pasal itu burung tu berbunyi. Dalam kami berbual itu, tiba-tiba burung tido berbunyi betul berhampiran tingkap tempat kami lepak dalam rumah. Naha kata, "eh, tu berbunyi lagi. Dekat pula". Waktu itu aku dapat dengar dengan jelas bunyinya "tiiiiiiii....dooooooo". Aku pun cakap, "eh iyalah. Bunyinya tiiiidoooo".

Lepas lepak-lepak, kitorang budak-budak perempuan ni pun nak turun mandi sebelum Maghrib. Kitorang suka mandi kat bawah sebab air di bilik air agak lama tak dipasang jadi warna dan baunya lain macam. Waktu aku, Liza dengan Naha mandi, aku dapat dengar bunyi burung itu lebih jelas, seolah-olah terbang dan hinggap di sekitar tempat kitorang mandi. Liza cakap "eeeii, makin dekatlah." Aku pun selamba cakap, "betullah tu, ada orang sekitar sini nak meninggal kot". Walaupun waktu tu aku tak serius sangat dengan kepercayaan mengenai tanda-tanda itu, aku layan aje untuk berbual kosong.



Lepas Isyak, aku baru lepas kena mekap untuk scene malam tu. Kitorang tunggu kamera set-up sambil makan dan lepak-lepak. Tiba-tiba ada panggilan telefon daripada abang aku kat kampung. Dia bagitau pakcik aku meninggal! Ya Allah! Aku terkejut dan pause sekejap. Aku mengucap panjang, agak sedih jugak keadaan aku sebab pakcik tu adik mak aku dan aku agak rapat dengan dia. Tapi tak dapat balik kampung juga sebab kampung aku jauh kena naik flight. So aku minta kawan-kawan doa dan baca al fatihah. Liza sampai terdiam tak dapat cakap apa sebab baru petang tu dia bagitau aku pasal burung tido.



So benda-benda macam ni, pasal burung sekokoh, burung tido semua, sebelum ni benda tu semua jauh daripada kepercayaan aku. Aku memang bukan jenis percaya benda-benda mistik ni. Tapi pengalaman involve dalam produksi ni memang berikan aku pengajaran dan pengalaman baru. Untuk orang yang tak percaya tu, relaks relaks ajelah, jangan perlekehkan pengalaman orang lain. Benda tu ada, tapi Allah lagi powerful.


Sekian saja pengalaman aku, thanks for reading.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 11:36 AM | Show all posts
best juga baca kisah tt....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram giler weh citer ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2013 11:44 AM | Show all posts
zaiha posted on 13-7-2013 11:36 AM
best juga baca kisah tt....

dah lama sebenarnya nak post kat sini tapi selalu tak ada masa. Ni tengah bulan puasa tiba tiba ada masa sebab lepas sahur terus tak tidor so apa lagi, terbukak hati nak share hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 11:44 AM | Show all posts
MissLibra posted on 13-7-2013 11:18 AM
Shooting hari terakhir itu tamat jam 5.30 pagi. Kami semua tidur terbongkang selepas itu. Sekitar te ...

best... citer TT.. mujur takde yang ekstrem kan.. takat bunyi-bunyian ngan mata dan gangguan waktu shooting... huhu... tapi itupun dah cukup menyeramkan dan menimbulkan misteri...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2013 11:48 AM | Show all posts
misssakura posted on 13-7-2013 11:42 AM
Seram giler weh citer ni

Yg paling seram sekali sebenarnya waktu dengar mengilai tu. Lepas lepas peristiwa tu aku tanya kat orang. Orang cakap tu suara langsuir. Beberapa orang yang ada pengalaman pun bagitau aku memang bunyi langsuir gitu. Satu tone dan bukannya bising gila macam dalam filem tu haha.. so lepas ni korang jangan percaya bunyi mengilai dalam filem tu, drama aje tu hahaha...

Dan ada sorang yg pernah jumpa langsuir cakap memang dalam satu grup yang ramai, bukan semua akan dengar. Nasiblah siapa yang terpilih tu huhu... dan lagi dorang kata kalau bunyi tu jauh maknanya benda tu dekat.. kalau bunyi dekat tandanya benda tu jauh. And in my case, bunyi tu ... agak jauh ... so maknanya .... benda tu.. dekattt laa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2013 11:50 AM | Show all posts
jefrilza posted on 13-7-2013 11:44 AM
best... citer TT.. mujur takde yang ekstrem kan.. takat bunyi-bunyian ngan mata dan gangguan waktu ...

ha ah.. syukur ajelah dia tak tunjuk rupa iskk... kalau tak entah apa laa jadi..
banglo tu dekat jirat cina. Ada sorang member cina yg dengar cerita kitorang ni cakap orang cina percaya kawasan macam tu banyak roh. So dia kata malam kemalangan tu maybe disebabkan roh jahat yang marah dengan kitorang. Entah laa maybe kitorang dah ganggu kawasan dia kot.. aku pun tak tau nak percaya ke tak hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 12:26 PM | Show all posts
Bestt..

Tgh dok imagine camne la rupanya banglo mewah 2 juta tu..
And just cannot imagine cmne la nasib owner baru kalau betul rumah tu berjaya dijual!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2013 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
owner tu tau x banglo dia berantu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 02:44 PM | Show all posts
tq tt..syok jugak baca
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice story TT gaya penceritaan yg superb, lenggok bahasa smooth je. Mmg enjoy baca. Keep it up!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 03:18 PM | Show all posts

Seram weh cite nie

Selepas korang balik shooting tue... xde apa2 yang terjadi ke... kot2 ada yang mengikut ke.. tapi kira nasib baik gak lar sepanjang korang ada kat situ, xde sape2 yg kerasukan ... kalau tak mesti tunggang langgang shooting jadinya, mesti korang semua ni jenis  hati keras nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.110652 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list