Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
7651
View
31
Reply

KAEDAH BAKAR BATA

[Copy link]

Author: sham159       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-6-2013 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Sham terfikir nak pulangkan kembali sihir yang dihantar oleh spesis binatang ni kepada Sham. Tujuan penghantaran adalah untuk memulangkan kembali bisa dan sihir itu. (kalau selepas itu memudaratkan dia..tak taulah..not my problem) Adakah salah Sham pulangkan semula sedangkan Sham tak meminta dihantar benda itu?

Sham yakin Sham disihir sebab beberapa orang pengamal perubatan telah menyatakan secara bersemuka dan terus dengan Sham

1. Ustaz Hanafi di Alor Setar :

Setelah mencatat no kad pengenalan dan alamat..beliau menyatakan saya disihir oleh BOMOH ORANG ASLI. Bomoh ini tinggal di SUNGKAI.

Saya memang x percaya..berkali-kali saya tanya ustaz..betulkah...ustaz kata "CONFIRMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM"

Semasa proses rawatan ustaz ada cakap dengan saya " Berhenti saja"!! Bila saya tanya mengapa ustaz? Ustaz kata takder apa-apa.Sham mengagak ustaz bercakap dengan benda tu..Memang masa rawatan terkeluar nama rakan ni..Sham pasti..sedar dan ingat..memang nama dia!!

2. Pak Yob : Pengamal perubatan tradisional Port Dickson

Rakan ditempat kerja. Sebab kamu rapat dengan dia (Dulu memang saya rapat dengan binatang ni)

3. Senior Manager ditempat kerja. SM jabatan lain.bukan jabatan Sham
Kebetulan berjumpa diluar masa sarapan disebuah kedai makan melayu..
Beliau sebut nama rakan itu.

4. Rakan ditempat kerja. Unit berbeza.Masa di pantry..
Beliau sebut gak nama rakan yang sama.

Minta untuk share nama,alamat dan no handphone kepada Sham pengamal Islam yang betul-betul boleh melakukan rawatan ini. Kalau ada area Perak..sebab Sham tinggal di kawasan berdekatan Ipoh..

Kalau telah wujud thread ni camtumkan sahaja.........................Maaf dipinta...

Terima kasih..

Last edited by sham159 on 2-6-2013 12:12 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 02:35 AM | Show all posts
biar Allah swt yang balas...  kalau kita pulangkan mengikut kaedah apa sekalipun, bakar bata ke apa, kita tak ubah seperti penyihir tu...  takde bezanya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Btul jgk kata eyansss tu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-6-2013 02:55 AM | Show all posts
eyansss posted on 2-6-2013 02:35 AM
biar Allah swt yang balas...  kalau kita pulangkan mengikut kaedah apa sekalipun, bakar bata ke apa, ...

Terima kasih nasihat yang diberikan..

Sihir ni masih ada..Kalau nak tahu..saya berulang-ulang kali membuat rawatan..di Darussyifa dan lain-lain..

Ustaz Hanafi pun ada cakap...jangan dibiarkan bisa sihir berada lama-lama dalam badan..bahaya terhadap kesihatan dan diri saya..boleh membawa kematian.

Tujuan saya ni untuk pulangkan semula kepada dia...sebab benda ni semua dia punya..angkara dia..

Rakan ni dah berhenti dari syarikat saya bekerja

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 03:06 AM | Show all posts
sham159 posted on 2-6-2013 02:55 AM
Terima kasih nasihat yang diberikan..

Sihir ni masih ada..Kalau nak tahu..saya berulang-ulang k ...

mmg betul tak elok dibiarkan. tapi tak perlu la dipulangkan balik. biar je buang tempat lain.
cara ni lebih selamat sbb :
kalo ko  balas, nnt kalo dia balas balik, pastu ko balas balik, baik ko lawan badminton weh...

so... better sangat ko jgn balas, biar dia ingat benda tu tercabut sendiri ke, apa ke.. lantak la...
biar tuhan saja balas. bg aku, mangsa khianat adalah lebih mulia dari yg mengkhianati itu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-6-2013 03:10 AM | Show all posts
bzzts posted on 2-6-2013 03:06 AM
mmg betul tak elok dibiarkan. tapi tak perlu la dipulangkan balik. biar je buang tempat lain.
ca ...

Terima kasih diatas nasihat ini..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 07:19 AM | Show all posts
type je kaedah bakar bata kt google....nanti pilih lah kt mna n dgn siapa nk buat tuh...;)
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 10:20 AM | Show all posts
sabo-sabo...
biar la dia,bila dah berubat tu,mintak pedinding diri,rumah dan keluarga,sebab sihir ni bukan harini buat terus jadi harini,menda tu makan masa lama,kalau jenis dengki,sihir tu dibuat berkali-kali..dah jadi berlapis-lapis macam orang beratur kat kantin sekolah..
bila dah selesai satu,sihir yg lain menunggu untuk masuk jika ada kelalaian/ruang..
jangan la kita jadi salah seorang dari dia..biar dia mcm tu,kalau elok nasihat kat dia,jangan buat mcm tu lg,kat kamu atau orang lain pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 02:05 PM | Show all posts
Kalau sham hantar balik means sama je la sham ngan die. Biarlah die, tu urusan die dengan Allah. Yang penting sham ok dan terus berikhtiar untuk memulihkan diri dari disihir. Mungkin die terlepas di dunia, tapi balasan di akhirat menanti.

Bagi pandangan ai, lebih baik jika sham menadah tangan memohon agar Allah lembutkan hati die untuk bertaubat dan terus berikhtiar memulihkan diri Ai sendiri pernah berada di tempat sham sekarang tapi bukan ai yang disihir, abang ai yang kena. Masa tu kitorang pun diberi pilihan untuk pulangkan balik atau buangkan aje sihir tu. And kitorang pilih untuk buang.

Cukuplah seorang je "binatang" bak kata sham, yang suka menyeksa hidup orang. Jangan kite pulak yang jadi macam die. Redha lah sham, anggap ini salah satu ujian dari Allah. Kalau tak kerana izin Allah, takkan sampai sihir tu.

Semoga sham lebih tabah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sham159 posted on 2-6-2013 03:10 AM
Terima kasih diatas nasihat ini..

Secara umum, sihir=kejadian yg Allah izin berlaku tanpa redhaNya. Doa=Allah redha, izin mutlak hak Allah. Kalau iktiraf sihir telah berlaku pada kita, itulah yg berlaku, penyihir menang. Kalau kita anggap ia kafarah Allah, kita defeat kehendak syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 02:45 PM | Show all posts
bzzts posted on 2-6-2013 03:06 AM
mmg betul tak elok dibiarkan. tapi tak perlu la dipulangkan balik. biar je buang tempat lain.
ca ...

sgt setuju tang main badminton tu..tade kesudahannya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak dpt bonus kafarah the islamic way, u buatlah munajat, Sample isi: ya Allah, hambamu ini sakit. telah berubat. pengubat kata [bla... bla...]. hambamu tidak mengetahui sekiranya benar, tunjuklah ia jalanMu. jadikanlah sakit ini kafarah dosa lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 04:44 PM | Show all posts
tt kalau bakar sosej ke? atau bakar ikan bakar ke?  atau bakar ayam golek boleh tak tt? sebab kalau bakar bata rugi.. membazir api.. alang2 boleh wat barbeque doa selamat sekali.. ni cadangan adam lah... kalau tt bakar kambeng golek jgn lupa jemput adam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 05:01 PM | Show all posts
sham159 posted on 2-6-2013 02:55 AM
Terima kasih nasihat yang diberikan..

Sihir ni masih ada..Kalau nak tahu..saya berulang-ulang k ...

meh aku buat pengakuan ikhlas...  aku ni pun mangsa sihir...  teruk aku kena...  sampai satu tahap, aku jadi hampir gila...  puas aku berubat satu semenanjung...  bertahun2 lamanya...  alhamdulillah, sihir tu hilang sikit demi sikit...

in fact, sekarang ni masih ada kesan...  tapi aku masih tak jemu berubat...  suami aku pun sama bantu ubatkan aku...  

kadang2 aku rasa penat...  bayangkan, dah 10 tahun lebih aku menderita...  sampai ganggu hubungan aku dengan keluarga, kawan2, sedara mara...  aku hilang keje...  ganggu urusan jodoh aku (yes, semua tu dari Allah swt...  aku terima dengan redha)...  tapi, berkat sabar dan yakin aku pada Allah swt, sihir tu makin lama makin hilang...  sekarang Allah swt limpahkan aku dengan banyak rezeki tak terjangka...  dapat suami penyayang, keje makin bagus, hubungan keluarga lebih erat dari dulu, dapat kawan2 yang sanggup bantu susah senang...

bersabar ye sham...  insya Allah ada sirnanya...  kang kalo ko balas, walau atas alasan orang tu yang memberi, ko tetap dapat dosa yang sama...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 05:03 PM | Show all posts
bzzts posted on 2-6-2013 03:06 AM
mmg betul tak elok dibiarkan. tapi tak perlu la dipulangkan balik. biar je buang tempat lain.
ca ...

aku setuju...  kalo main balas2, sampai bila tak abeh...  dosa memasing akan bertambah setiap kali buat pukulan balas...

orang yang dianiaya ni, kalo bersabar dan terus berusaha untuk berubat dan baikkan diri, insya Allah besar ganjaran menanti...

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak bakar bata buat apa. Culprit pun ko dah tau. Ko bakar je tuan nya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-6-2013 02:05 AM | Show all posts
Terima kasih nasihat-nasihat yang diberi. Masalah yang teruk saya alami sekarang ialah gejala lupa. Tak boleh ingat sesuatu perkara dan maklumat dalam fikiran..Rasa bingung.Serious, tak ingat,lupa dan bingung.

Kat belakang tengkuk Sham ni ada benjolan. Tak tau apa benda tu. Tapi bila kepala dah mengantuk dan berat bila saya urut-urut benjolan kat tengkok belakang dileher bahagian kiri..hilang mengantuk tu.

Serious cakap..banyak benda-benda pelik saya alami..Tadi masa dalam bilik air...masa berdiri terasa sesuatu dalam badan..rasa berat..Tak tau apa benda tu..Camana nak terangkan dan bayangkan ya...emmm...macam dalam timba ada air....lepas tu kita letak plastik yg didalamnya ada air..rasa bergerak2..Timba tu ibaratnya diri kita..air tu ibaratnya dalam badan kita..kalau diri kita normal..air tu tak berkocak...biasa sahaja... tapi kalau ada sesuatu ....air tu rasa bergerak2...kiranya Sham rasa ada benda la... tu la yg Sham rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 11:05 AM | Show all posts
Kalau ko nak teruskan jadi ahli sihir, ko buatlah bakar bata tu! Kat akhirat nanti neraka tempatnya bagi semua ahli sihir, ko nak??




Bunuh je la jin jin sihir tu, buat apa main balas sihir dengan sihir juga!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:42 PM | Show all posts
tak payah la..terus terang aku cakap ayah aku tiap kali kena sihir pastu ditujunya balik orang itu.pastu orang tu balas ayah aku servis..hasilnya tak habis-habis. bila makin lama makin mendendam. obses sangat dengan tuju menuju. ibadah terabai. tak ada bezanya antara kau dan rakan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 01:44 PM | Show all posts
camne tau orang tu yg sihirkan

camne pembuktian?

kalau salah bukan kah dikira fitnah?

bukankah urusan soal ghaib ini milik Allah semata?


sekadar bertanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096742s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list