Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
115585
View
40
Reply

Air Mazi Wanita

[Copy link]

Author: rosemary70       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-4-2013 11:52 AM | Show all posts |Read mode
AIR mazi wanita/perempuan ialah cecair yang keluar ketika wanita itu ghairah dan cecair itu ialah lelehan daripada faraj, pundi bartholin dan pundi vestibule yang terletak di permukaan vulva atau bahagian antara bibir kecil.


Air mazi boleh keluar ketika perempuan itu membaca buku romantis atau menonton adegan mengghairahkan seperti, pasangan sedang bercumbuan dan bersentuh. Bagaimanapun, air mazi tidak membatalkan puasa seseorang. Air mazi adalah najis. Ia perlu dibasuh jika terkena pada pakaian sebelm melakukan solat atau ibadat.




Bentuk Air Mazi Wanita
Ia lebih berbentuk kepada lelehan atau cairan berlendir. Fungsi utamanya ialah sebagai pelincir bagi memudahkan kemasukan zakar ke dalam faraj. Ia akan dihasilkan secara automatik apabila terdapat rangsangan seksual samada menerusi perlakuan ataupun menerusi rasangan minda apabila menonton video erotis atau membaca buku erotis.
Air Mani Wanita


Air mani pula ialah cecair yang keluar akibat rangsangan anggota syahwat dengan tangan iaitu menyentuh klitoris atau keseluruhan vulva atau dengan merangsangkan pembukaan kemaluan dengan alat penggetar. Ia keluar menerusi skenes glands( rujuk rajah).


Cecair yang keluar itu kadangkala meleleh dan jarang sekali memancut. Namun, sesetengah wanita mempunyai kemampuan untuk memancutkan air mani mereka. Air mani perempuan tiada benih (air mani lelaki mengandungi benih atau sperma) dan lelehan itu datang dari pundi para urethral dan semacam air kencing dan kadangkala berbau seperti air kencing tetapi bukan air kencing.


Jika perempuan mencapai kemuncak dan ada lelehan dari kemaluannya, itulah air mani dan jika pengeluarannya berlaku, ia membatalkan puasa.




Penerangan gambar diatas:


1.Klitoris adalah bahagian paling sensitif wanita.
2. Labia Minora ialah bahagian kulit yang menutup lubang faraj.
3. Uretra adalah lubang saluran air kencing wanita.
4. Skene Glands adalah lubang pengeluar air mani wanita.
5. Vagina adalah lubang kemaluan wanita. Ia adalah saluran untuk kemasukan zakar lelaki dalam penghubungan seksual.
6. Bartolin Glands adalah tempat air mazi keluar. Jika berlaku rangsangan seksual, ia akan bertindak balas untuk merempes cairan untuk memudahkan kemasukan zakar jika dalam hubungan seks.

Air Mani Wanita Vs Air Mazi Wanita

Apakah perbezaan ketara diantara kedua dua air ini?


                                        1. Air mani keluar ketika puncak seksual (klimaks) manakala air mazi keluar jika terdapat rangsangan seksual.
2. Pengeluaran Air mani membatalkan puasa dan perlu mandi wajib manakala pengeluaran air mazi wanita tidak membatalkan puasa, namun ia perlu dibersihkan kerana ia adalah najis.
3. Air mani wanita tidak najis manakala air mazi wanita adalah najis.
4. Pengeluaran air mani diwajibkan untuk mandi wajib manakalan pengeluaran air mazi tidak perlu melakukan mandi wajib.


Kami berhadap anda boleh membezakan dengan baik apakah perbezaan ini. Ia penting kerana ia penting dan boleh mempengaruhi ibadat kita. Jika berlaku pengeluaran air mazi dan terkena pada pakaian, ia menjadikan pakaian tersebut tidak boleh digunakan untuk bersolat.


Jika berlaku pengeluaran mani, kita diwajibkan untuk mandi wajib terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadat seperti solat dan sebagainya.


Bagaimana pula dengan Air Wadi?


Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 03:34 PM | Show all posts
TQ.  Good info.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:02 AM | Show all posts
gambar tu dari depan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 08:25 AM | Show all posts
tq info...siap bergambar lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 11:49 AM | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 12:14 PM | Show all posts
baru kutau..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 12:26 PM | Show all posts
air wadi? pestime aku dgr.

sama ke ngan keputihan? huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:35 PM | Show all posts
aku suke bace hoooo
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:49 PM | Show all posts
apa fungsi clitoris kalau cam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 05:38 PM | Show all posts
salwani911 posted on 24-4-2013 12:26 PM
air wadi? pestime aku dgr.

sama ke ngan keputihan? huhuhu

air wadi dengan keputihan berbeza sekali



Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 05:39 PM | Show all posts
tq... menambahkan ilmu pengetahuan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 08:37 PM | Show all posts
klau trrrmasuk dlm mulut hubby,bahaya x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 03:05 PM | Show all posts

bagus info ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 09:58 PM | Show all posts
thanks for the info...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 09:59 PM | Show all posts
thanks for the info...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2013 09:59 PM | Show all posts
thanks for the info...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 11:21 AM | Show all posts
salam.. sy nak pasal air wadi tu.. dia sllnya keluar unt brapa hari? sbb tiap kali habis period.. sy akan keluar mcm keputihan.. tp kdg2 warna kuning... sblm ni keluar kejap je... last ni dah 3 hari. risau jugak takut apa2... tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2013 06:54 PM | Show all posts
terima kasih info puan rosemary70, baru saya tahu air mani wanita kuar melalui skene's glands... sblm ni tak tau ada saluran tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 09:54 AM | Show all posts
erm...nice
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 04:46 PM | Show all posts
tq for the info...so air yg kuar masa ML tu aie mani pompuan  la erk?
tu tanda pompuan tu klimak kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089421s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list