CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19226|Reply: 76

Perlukan petua mengelakkan kucing2 melepas hajat di laman rumah.

[Copy link]
Post time 16-4-2013 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Salam.

Sejak seminggu dua ni, kucing2 (samada kepunyaan jiran atau public property) seringkali melepaskan hajat (poop) kat kawasan laman auntie. Auntie mmg tak tahan baunya, bukan auntie mengada2. Auntie boleh muntah bila terbau "wangian" itu. Selalunya en suami yg akan menyah-toksidkan bahan buangan itu. Kesian dia, dah penat2 kerja, balik rumah kena buat kerja alam flora lak!

Auntie dah cuba beli "dog & cat" repellent tetapi ianya tak efektif. Auntie dah sembur tetapi pd minggu berikutnya, kucing2 "memerut" lagi kat tempat yg berdekatan sebyk 2 kali. Mungkin kucing tu balas dendam kot! Tambahan pula that repellent thingy cuma berisi kandungan 500ml. Sehari guna jer, dah 3/4 isi habis, itupun auntie gunakan di tempat2 yg berprioriti tinggi jer. Kata penjual tu, kalau hujan, kena sembur semula. Dahlah sekarang ni, asyik hujan panas dan hujan kembali.

En suami kata kwn dia cadangkan ubat yg dibeli drp Arab, dia dah bagi kat en suami tetapi telah dihilangkan. Ada sesiapa tau apa nama ubat ni? Ada tak repellent lain yg lebih memberikan kesan yg lebih baik? Ada tak yg cuma sembur seminggu sekali jer?

Dan ada sesiapa tau apa2 petua yg tidak menggunakan chemical (kalau ada) utk mengelakkan kejadian "pembuangan" berleluasa di laman auntie. Auntie tak kisah kalau kucing tu nak menyinggah kat kawasan rumah tetapi tolonglah jgn tinggalkan sisa toksid (macamlah kucing tu boleh tau luahan hati auntie! )

Pertolongan dan khidmat nasihat anda semua amatlah dihargai. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 12:54 PM | Show all posts
cuba auntie cek kat bod pencita kucing...rasanya mcm penah baca tapi lupa...

tapi kalo ai la...ai akan pastikan tempat tu tak ada ada pasir...

then kat rumput karpet tu, ai letak batu2 besar pulak...

tapi, ai akan aim kucing tu, dah tau sapa pesalah, ai akan hambat guna penyapu taman
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 12:55 PM | Show all posts
antiee kalau kucing tu nak memrut lg..aunty cepat2 dbertinggung sblh cat tu.. mesti xjadi nak memrut sebab malu huhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 01:44 PM | Show all posts
leylapple posted on 16-4-2013 12:54 PM
cuba auntie cek kat bod pencita kucing...rasanya mcm penah baca tapi lupa...

tapi kalo ai la...ai ...

Thanks leylapple for the tip. Jap lagi auntie nak gie usya thread pencinta kucing.

Yg problemnya, kucing2 tu tak kelihatan langsung bila auntie beriadah kat laman. Cuma diaorg meninggalkan sisa2 toksid seperti memerli auntie like "I was here" gitu...

En suami melarang auntie menghalau kucing dgn penyapu atau menyiram/menspray air. En suamiku adalah pencinta kucing tetapi auntie pula alergik kpd bulu2 kucing (kami berdua ex-asthma patients). Auntie telah ditarbiahkan bhw auntie dikurniakan akal fikiran sementara kucing2 tu free souls/spirits, so dilarang sekeras2nya utk menyakiti fizikal kucing. Yg auntie dibenarkan buat cuma bunyi2 "syuh-syuh-syuh" sambil menghalaunya dgn muka garang (mcm ler kucing tu perasan!). Kucing2 tu pun relaks jer sambil memusingkan badan diaorg dgn sopan-santun dan slow motion jer... eeeerrrgghhh.... mencabar tul...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 01:48 PM | Show all posts
capkapak posted on 16-4-2013 12:55 PM
antiee kalau kucing tu nak memrut lg..aunty cepat2 dbertinggung sblh cat tu.. mesti xjadi nak memrut ...

Terima kasih kerana cuba memberi pendapat. Tapi cadangan tak dpt diaplikasikan sbb kucing tu tak "menjemput/invite" auntie semasa diaorg nak memerut. Cuma meninggalkan bukti2 yg menusuk deria bau... Lagipun auntie pasti akan TERmuntah hijau/biru/kuning kalau auntie join their nyah-toksid session.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 06:17 PM | Show all posts
hahahaha .. kes auntie sama jek ngan kes kat rumah sini.. yg ni siap masuk rumah selongkar tong sampah cari mkn, kencing dlm rumah .. marking territory la kot .. mmg tak boleh lepa bukak pintu. tak tau nak buat apa. the only way kena tutup pintu sentiasa klau takde org kat bwh. kucing2 public. wonder kalau rumah org lain pun dia selongkar jugak ke tak.

nmpak gayanya kena letak seguni mknan diaorg kat luar pagar. agak2 masuk jugak ker tak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 06:28 PM | Show all posts
cataleya posted on 16-4-2013 06:17 PM
hahahaha .. kes auntie sama jek ngan kes kat rumah sini.. yg ni siap masuk rumah selongkar tong samp ...

Nasib baik kucing2 kat sini "belum lagi" selongkar tong sampah. Lagipun tong sampah diletakkan di bwh kompartment yg dikunci.  Nauzubillahiminzalik, jgn ler ada "pemimpin" di kalangan kucing2 tu yg mengajar diaorg menyelongkar tong sampah!

Auntie dah pakai cat repellent yg di bawah ni. Tak mujarab sgt. Mahal satu kes gak.



Nak jadi cerita, tadi semasa auntie tengah rack leaves di luar rumah, tetiba kucing gebu yg comel landing sebelah tong sampah yg diisi dgn daun2 kering. Kucing tu siap jilat2 bulunya, rupa cam kucing Parsi kacukan. Sikit pun kucing tu tak takut tengok auntie. Dlm hati auntie, inikah culpritnya? Auntie syuh-syuh, dia lari masuk rumah auntie!! Nak marah atau nak tergelak - I couldn't decide at that time.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 07:20 PM | Show all posts
Kat Daiso ada jual cat repellent rupa pasir yg tabur sekeliling rumah...tapi baunya mmg kita sendiri pon takleh tahan...mcm bau benda terbakar. Saya beli sebungkus je...tapi rasa mcm tak berkesan...mungkin sbb sikit kot...lagipon takut kucing sendiri plak yg tak balik2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2013 10:32 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 16-4-2013 07:20 PM
Kat Daiso ada jual cat repellent rupa pasir yg tabur sekeliling rumah...tapi baunya mmg kita sendiri ...

Thanks lasagna. Auntie kena pegi Daiso ler nak cari pasir cat repellent tu. Tak larat auntie nak melayan poop si kucing2 tu. Mintak2 ler ada benda tu kat Daiso, takut kang auntie terjebak pulak beli benda2 yg entah-apa-apa (bak kata en suamiku)... Firasat auntie mengatakan bhw auntie akan terjebak ! OT lak pulak...

Petang tadi auntie letak cuka apple cider kat poop tu. Kalau kucing masih terberak kat situ, maknanya poop kucing tu akan menjadi kurus ( sbb apple cider ni juga boleh digunakan utk menguruskan bdn!)
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:15 PM | Show all posts
auntieagony posted on 16-4-2013 10:32 PM
Thanks lasagna. Auntie kena pegi Daiso ler nak cari pasir cat repellent tu. Tak larat auntie nak m ...

Rasanya mcm penah baca gak petua letak apple cider tu... lawak plak tang poop kurus tuh

Kalau kucing spraying nak mark territory tu biasa auntie... kalau dah sampai tahap poo-poo maknanya mmg dia dah perasan kawasan tu dia punya la. Bertabah la auntie... nak halau kucing ni mmg susah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2013 11:36 PM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 16-4-2013 11:15 PM
Rasanya mcm penah baca gak petua letak apple cider tu... lawak plak tang poop kurus tuh

Kala ...
  1. kalau dah sampai tahap poo-poo maknanya mmg dia dah perasan kawasan tu dia punya la.
Copy the Code
Auntie tak kisah ler kalau kucing tu nak perasan kwsn tu dia punya... tapi... auntie nak mintak tuan punya kucing tu share2 bayar cukai pintu dan cukai tanah sama2. Boleh gitu?

Kucing2 yg menjadi suspects tu semuanya gebu2, sihat, berbulu panjang, bersih dan comel2 belaka => maknanya kucing2 tu ada tuanpunyanya. Kalau kucing2 tu selesa memerut kat kwsn rumah auntie, adakah ini bermakna auntie adalah co-owners? Ah'ah... owners of the poop but not the cats....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 05:46 AM | Show all posts
kak dh cuba letak cuka?cuba spray tgk mcm mana...

kt laman i sekarang pun hari2 kucing rajin bertandang,confirm kucing jiran sebab pakai choker..klu peramah tu syok la jugak,ini bila panggil lari..

part memerut dlm laman i tu x pasti lah psl until today x nmpk lg,yg jd masalah kt sini bukan kucing tp pigeon,suka benau memerut atas beemer i..geram tau!kita dah parking baik punya sesambil terbang tu dia boleh kasi sedas dua..x de insurans betul bontot pigeon ni tau..i know it was pigeons sbb area rumah i mmg port pigeons bertenggek pun,mlm2 nmpk lah dok bertenggek kt dahan..owls belakang rumah so x la kan..lg pun owls kuar memlm..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 07:28 AM | Show all posts
pinksarah posted on 17-4-2013 05:46 AM
kak dh cuba letak cuka?cuba spray tgk mcm mana...

kt laman i sekarang pun hari2 kucing rajin bert ...

Thanks pinksarah. Ya, dah cuba letak cuka semlm - apple cider (heinz). Tapi bau agak tengit sikit. Auntie curah macam letak cuka dlm kuali jer. Tak pakai spray pun. Sbb bau poop yg meloyakan + bau cuka agak tengit, auntie kena pakai face mask gini.



Sahih, kalau jiran ternampak, mesti diaorg gelak dan terfikir, "apasal ler makcik sorang ni, berfacemask bagai, bukannya ada jerubu?" Dah ler diaorg selalu nampak kalau sapu daun2 kering, auntie pakai disposable gloves tu... Tambah satu lagi keganjilan lak!

Pigeon2 tu suka "merahmati"/blessing kereta beemer Pink tu. Auntie teringat Pink ada tulis bhw Pink suka lap kereta supaya nampak berkilat. Agaknya bukan org jer yg tertarik, pigeon2 pun usya kereta Pink tu! Ada ker pigeon repellent? Kalau Pink rajin bungkus kereta, beli jer car cover. Tapi leceh sikit ler, nak pakaikan dan bukak cover tu on a daily basis. Anggap jer sebagai senaman otot tangan.
Last edited by auntieagony on 17-4-2013 07:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 11:25 AM | Show all posts
untie...beli serbuk cili kemudian tabur tempat fovourite kucing tu melepaskan hajat, kalau boleh di kawasan persekitaran contoh cam kat laman rumah, so keesokkan nya kucing tu time nak memerut dia akan hidu kat tempat yang sama untuk cari pot melepas hajat, so serbuk cili ni akan menyebabkan dia bersin dan takkan datang lagi berak kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 04:45 PM | Show all posts
lizaliza posted on 17-4-2013 11:25 AM
untie...beli serbuk cili kemudian tabur tempat fovourite kucing tu melepaskan hajat, kalau boleh di  ...

Thanks lizaliza.

Cara mcm ni lagi murah dan lebih convenient. Serbuk cili mmg ada kat byk kedai. Jap lagi nak pegi memborong serbuk cili. Auntie nak letak kat keliling rumah. Kalau jiran tengok, agaknya diaorg ingat auntie "memagarkan" rumah utk halau hantu. A'ah.... hantu kucing yg selalu meninggalkan sisa toksid!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 04:54 PM | Show all posts
auntieagony posted on 16-4-2013 11:28 PM
Thanks pinksarah. Ya, dah cuba letak cuka semlm - apple cider (heinz). Tapi bau agak tengit sikit. ...

kucing x suka benda berasid,tu pasal org taruk cuka kot..

letak serbuk cili,bau cili tu kan dh menusuk hidung..hehehe

pasal kereta tu mmg x boleh nk buat apa lah,klu susah2 i hantar je pi cuci kt car wash..

klu sikit tu x pe lah,body dh la montok2,gebu2..sekali dia bagi tu dia baikkk punya setompok cantik bertempek!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2013 05:17 PM | Show all posts
pinksarah posted on 17-4-2013 04:54 PM
kucing x suka benda berasid,tu pasal org taruk cuka kot..

letak serbuk cili,bau cili tu kan dh  ...

Pink cubalah surf the net, cuba cari polish kereta yg boleh menahan ketoksidan poop burung2 tu. Selalunya kalau kereta kena poop burung, en suami cepat2 basuh sbb takut nanti melekat dan "pudar" warna kereta. I don't really dig it but dengar jer laa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 05:38 PM | Show all posts
auntieagony posted on 17-4-2013 09:17 AM
Pink cubalah surf the net, cuba cari polish kereta yg boleh menahan ketoksidan poop burung2 tu. Se ...

cepat2 lap eh...

eeii..ni nk buang pun geli rasa,besar sgt..ntah apa la pigeons ni makan..hehehehe..

klu kt rumah ni ada paip mcm kt kedai cuci keta tu syok jugak,sembur je..

ni benda alah tu kt laman belakang..

anyway,will look up on the net..x pon i pi je home base kt area i ni boleh cr..tq kak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 09:56 PM | Show all posts
Thanks mod Hang for the credits.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2013 04:10 PM | Show all posts
Hasil drp "penyelidikan-secara-tak-sengaja", auntie tlh mendapat kesimpulan bhw cuka adalah salah satu elemen yg dpt menghindari kucing2 di kwsn auntie drp menjadikan laman auntie tandas bergerak mereka. Dan cat repellent tidak memberi keputusan yg memberangsangkan langsung.

Ujikaji 1
=> Kwsn entrance depan rumah telah disembur cat repellent. Tetapi tempat itu masih dicerobohi oleh poop kucing. Kemudian auntie letak cuka. Sehingga hari ni tiada sisa2 toksid kelihatan.

Ujikaji 2
=> Kwsn entrance belakang rumah telah disembur cat repellent juga. Tetapi secara tak sengaja, auntie lupa nak letakkan cuka. Tghari tadi, en suami menjumpai sisa toksid yg telah kering dipanah mentari.

Kesimpulan => Vinegar rocks!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.171276 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list