CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: auntieagony

Perlukan petua mengelakkan kucing2 melepas hajat di laman rumah.

[Copy link]
Post time 21-4-2013 01:03 AM | Show all posts
auntieagony posted on 21-4-2013 12:59 AM
Oooohhhh.... yer ker?  Mcm mana nak menghapuskan bau2annya itu. Setiap kali angin bertiup, "semerb ...

Mmg declare war ar dgn kucing tu...tunjuk aja penyapu haaa...bertempiaran lari tp xde la sampai pukul haha
i just bela kucing jantan seekor suh jadi penjaga kawasan taman mmg x brani da anak2 bulus tu mai kehkehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2013 02:05 PM | Show all posts
Salam.

Semenjak update terdahulu pd 21/4/13, kucing2 liar/jinak/separa liar&jinak sudah tidak memproses bhn buangan di laman auntie lagi.... Mungkin mereka berubah angin, membuat rotation dan memerut di kwsn rumah yg lain....

Auntie menggunakan repellent yg  serai ini & mendpti ianya bukan hanya berkesan dan agak murah berbanding repellent2 jenama omputih. Mungkin kucing2 Asia ni nak bau2 Asia jugak.



Repellent ni sebenarnya utk tikus, lipas, semut dsbnya & BUKAN cat repellent. Tapi cam berkesan pulak apabila menggunakannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 02:09 PM | Show all posts
Disebabkan auntie telah pergi ke Daiso & membeli cat repellent ni, maka auntie suruh en suami menaburkannya di laman kami.



Respon drp en suami => baunya agak tengik dan kurang enak. Bukan setakat kucing jer, baunya juga tidak disukai oleh manusia... Kang jadi human repellent lak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 02:11 PM | Show all posts
En suami pun ada memilih dog repellent utk kawasan di luar rumah. Katanya utk menggelakkan anjing2 membuang toksid di luar kwsn rumah. Auntie ok jer..



Tapi yg paling auntie tak menahan ialah apabila melihat snake repellent ada dlm paperbag tu.... Amboi...amboi...amboi en suamiku, selalu melarang auntie membeli benda ntah-apa2 kat Daiso.... Ek'eleh tengok2 dia yg went overboard.... Dia sengeh jer bila auntie tegur....






Last edited by auntieagony on 19-5-2013 02:18 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:47 AM | Show all posts
Waa bagusnya idea kat sini...tertarik nak Cuba idea guna serai wangiiii tu. x bela cat, tp my neighbor punya cat suka la poo poo kat laman. Ari2 nak kena buang. Siap Aritu Ada stray cat selamba masuk umah poo poo atas carpet.mungkin dia ingat carpet ni rumput kut sbb  ijau, gebu  plak tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 08:21 AM | Show all posts
awinpj posted on 20-5-2013 02:47 AM
Waa bagusnya idea kat sini...tertarik nak Cuba idea guna serai wangiiii tu. x bela cat, tp my neighb ...

Drp pengalaman auntie, serai wangi & cuka berkesan. Cecair serai wangi ni bagus sbb baunya yg wangi apabila disembur sementara cuka & lain@ repellent, bau sgt tengit.

Hmm... bila jiran bela kucing2, mmg bhn2 toksid dan bulu2 kucing akan menjadi "permanent feature" di laman rumah. Auntie dah merasainya beberapa thn lepas. Kucing2 tu selumber-dog jer menyelinap masuk ke kwsn rumah auntie bila saja tuannya membiarkan mereka bebas sekejap. Menyelinap ada makna tu! Ex-maid ler yg kena menghadap sisa2 toksid tu.... Dah tu, bulu2 kucing tu boleh melekat kat pakaian2 yg dijemur di ampaian lagi! Bau kencing kucing tu boleh merebak semerbak haruman bila angin bertiup. Camner ler tuannya boleh tahan, agaknya hidung dah kebal kot. Tapi tak terluah ketidakpuasan hati sbb isteri jiran tu lembut orgnya, baik hati & cantik pulak tu.... Syukur diaorg dah pindah.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 11:00 AM | Show all posts
lasagnaklcc posted on 16-4-2013 07:20 PM
Kat Daiso ada jual cat repellent rupa pasir yg tabur sekeliling rumah...tapi baunya mmg kita sendiri ...

yg serbuk2 tu kan? tak berapa nak menjadi sngat...

aku ada beli yg daiso gak, tapi dalam bentuk pek kaler merah, ala2 dalam bentuk ketul2 sabun, yg tu memang menjadi, tapi benda tu kurang menjadi bila terkena air, i mean, air hujan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 11:02 AM | Show all posts
auntieagony posted on 16-4-2013 10:32 PM
Thanks lasagna. Auntie kena pegi Daiso ler nak cari pasir cat repellent tu. Tak larat auntie nak m ...

auntie try beli yg ni, sy cuba hari tu, menjadi jugak la...tapi makesure jngan kena ngan air, coz klau benda ni kena air, bau tengik dia tu akan ilang..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 11:03 AM | Show all posts
auntieagony posted on 16-4-2013 11:36 PM
Auntie tak kisah ler kalau kucing tu nak perasan kwsn tu dia punya... tapi... auntie nak mintak tu ...

kalau sy jadi auntie, sy jual je kucing tu

bukan pe auntie, sbg owner, they should know how to take care their pets, bukan nya jiran2 yg kene menanggung azab dek kerana poopoo tu....

kalau diorg tak reti nak jaga, baik bagi dekat org lain je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 01:33 PM | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2013 11:02 AM
auntie try beli yg ni, sy cuba hari tu, menjadi jugak la...tapi makesure jngan kena ngan air, coz  ...

Oni, auntie dah cuba. En suami yg taburkan benda ni kat keliling rumah. Maklumbalas drp dia => sgt tengit dan memualkan. Bau mcm kencing/taik kucing. Esoknya kucing meninggalkan sisa toksid. Agaknya bau cat repellent tu cam bau perfume Chanel No 5 kat kucing2 tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 01:44 PM | Show all posts

t

oni313 posted on 31-5-2013 11:03 AM
kalau sy jadi auntie, sy jual je kucing tu

bukan pe auntie, sbg owner, they should know h ...

Satu cadangan yg menguntungkan tetapi memudaratkan di alam barzakh.... Pernah sekali, kucing parsi jiran hilang, dia tanya kat maid auntie samada kucing dia "bertandang" kat rumah auntie....   Nasib baik, takder maid Vietnam, kalau tak, dah tentu kena barbeque daging kucing...

Owner kucing berselindung di sebalik nasihat2 yg mengatakan mereka pencinta haiwan dan Rasulullah SAW amat kasih kpd kucing. Kdg-kala sampai lupa bhw kebersihan adalah sebhgian drp iman dan hendaklah berbuat baik2/bermasyarakat dgn jiran2. Etika2 kejiranan kdg-kala teralpa sbb mereka terlalu sibuk menyayangi kucing2. Ada tu siap bangga bhw kucing2 mereka tidak meninggalkan sisa toksid kat rumah mereka. Habis tu, dah sisa toksid ditinggalkan sbg harta kat rumah2 org lain...

Anyway, en suami dah cakap ini part&parcel of hvg neighbours. Just bear with it and enjoy life.... Dlm hati auntie,"yeah... enjoy life better without the cat's treasured waste". Lagipun tugas en suami (& pekerja laman yg baru diambi)l utk membuang sisa toksid tu... Gasak ler...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 02:24 PM | Show all posts
auntieagony posted on 31-5-2013 01:44 PM
Satu cadangan yg menguntungkan tetapi memudaratkan di alam barzakh.... Pernah sekali, kucing ...



klau kucheng tu kucheng parsi, sekali jual dah boleh cover kos utk barang rumah selama sebulan

bukan apa auntie, sy geram ngan neighbour sy ni, neighbour sy ni pantang nampak kucheng kat pasar ke, tepi jalan ke, sumer dikutipnya, then letak kat rumah bagi bela, tapi melepaskan poo poo nya di halaman umah sy. before dia pindah sbelah rumah sy, previous owner dah simen kan laman rumah tu dari belakang sampai depan, tapi my house tak simen, biar berumput, nak tak nak, majoriti 2/3 kucheng dia berak kat halaman rumah saya... kalau majoriti mudah je, takpe, ni majoriti 2/3 kucheng dia berpakat2 meninggalkan emas, pening dengan lalatnya lagi, Ya Allah.... dalam pasu bunga pun pernah ada longgok emas ni. tapi ari tu sy letak yg daiso cat repellent tu kat dalam pasu, kucheng tu dah tak berak dah dalam pasu, tapi tu la, dia akan cari port baru plak....atas simen porch kereta pun pernah...kira dalam seminggu tu, 1/2 dari bekalan air ke rumah saya diperuntukkan utk basuh longgok2 emas ni...

pagi tadi pun saya dan cangkul selonggok emas, semalam 2 longgok, kelmarin lagi dasyat, dekat 4 longgok...belum lagi kucheng2 tu pancut air emas kat sudut rumah saya ni, bau nya sangatlah tengik....

IMO, my neighbour ni kira ok lah, kasihan pada makhluk haiwan ni, tapi cara dia tak betul, sampai menyusahkan jiran keliling, my neighbour yg sbelah pulak, pun sama, asyik complaint kat saya sal kucheng jiran sy...

this coming aidilfitri ni, sy dah plan nak buat pagar batu cdgnyer, atas pagar batu tu, nak letak ala2 cam besi tajam2, sal nak elak kucheng2 ni menceroboh my house compound....

tapi kuscheng2 ni tak salah, yg salahnyer, owner kucheng tu, sal membiarkan kucheng tu lepas macam tu je...ikut hukum agama, kalau kucheng tu bertuan, dan lepaskan poo poo nya di halaman rumah org lain, owner kucheng tu sendiri kena amik poo poo tu dan bersihkan...tapi tu la auntie, nak jaga hati jiran punya pasal, so sy nak amik step sendiri trus, buat pagar batu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 02:26 PM | Show all posts
auntieagony posted on 31-5-2013 01:33 PM
Oni, auntie dah cuba. En suami yg taburkan benda ni kat keliling rumah. Maklumbalas drp dia => sgt ...

maybe kucheng2 tu dah imun dengan benda ni

petua2 nak elak kucheng ni dr lepaskan poo poo ni, ialah dengan sembur minyak diesel sikit kat tempat diorg lepaskan poo poo tu, ada yg  cakap berhasil, tapi risau pulak kot2 terbakar laman rumah, tambah lagi musim panas skrg ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 02:56 PM | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2013 02:24 PM
klau kucheng tu kucheng parsi, sekali jual dah boleh cover kos utk barang rumah selama se ...

Hahaha... sebijik cam tindakan auntie => buat pagar batu.... Jiran tu siap perli auntie, "eh kak, buat pagar ni sbb kucing2 saya ker?".... Choy sgt sbb tak boleh nak luahkan hasrat hati yg sebenar.... Nak jer auntie jawap, "dah tu, tuanpunya kucing tak reti2 nak didik kucing2 dia, terpaksalah akak keluar budget demi kesejahteraan hidup berjiran"... Boleh gitu, tak boleh kan.... So senyum2 jer laa sambil berastaga kat dlm hati....

Kak Long auntie ialah pencinta kucing tegar. Selalu kutip kucing2 dan jaga kat rumah dia. Kalau kucing2 liar menyinggah kat rumah dia, terus menetap langsung, jadi permanent resident .... Agaknya camni ler perasaan jiran2 dia. Dah tu, hukum alam kan, auntie pulak yg mendpt pembalasannya....

Kak long ku tau auntie ni alah bulu kucing. Kalau pegi rumah dia, mesti dia dah siap2 vacuum. Kalau melekat direct bulu2 kucing kat bdn auntie, sahih terus rashes, terus auntie telan ubat doctor... Kalau tersedut bulu2 tu ke hidung, mlm nanti, siap ler bersiul2 (wheezing) pernafasan auntie.... Bukannya auntie benci kucing, cuma alahan teruk kat bulu2 kucing... PLUS hidung tak tahan bau toksik bahan buangan kucing....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 03:07 PM | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2013 02:24 PM
klau kucheng tu kucheng parsi, sekali jual dah boleh cover kos utk barang rumah selama se ...

Oh lupa nak tulis, pagar batu masih tak dpt menyelesaikan keseluruhan masalah. Sbg bukti, ada jer kucing2 yg panjat pagar tu dan masuk ke dlm laman auntie... Cats are very intelligent beings.... Tapi pagar auntie takder kaca2/benda2 tajam kat atas permukaannya, dilarang oleh en suami & diredhai oleh auntie. Sbb berdosa katanya menyakiti haiwan2 secara sengaja. Tu pasallah en suami sanggup menjadi pekerja alam flora utk toksid kucing....

Sembur jer lah liquid serai wangi tu sekeliling rumah, boleh mengelakkan drp tikus, lipas dan semut gak... Multipurpose gitu....

OT jap.... auntie pun suka laman yg berumput dan kehijauan.... Tak suka yg disimen, ditampal concrete/tiles sepenuhnya.... Too artificial walaupun sgt mudah utk dimaintain...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 03:11 PM | Show all posts
auntieagony posted on 31-5-2013 03:07 PM
Oh lupa nak tulis, pagar batu masih tak dpt menyelesaikan keseluruhan masalah. Sbg bukti, ada jer  ...

yup, betul tu auntie, coz my neighbour kat belakang rumah dia buat pagar batu, rasanya ketinggian pagar batu yg dia buat tu, hampir menyamai ketinggian bumbung rumah, sangat tinggi, tapi still ada jugak kucing2 yg berjalan atas pagar batu dia..

sy ingat, atas puncak pagar batu tu saya tak nak letak besi2 tajam, sy ingat nak letak camni - , at least kucing2 jiran sy tak memanjat dan jugak berjalan atas pagar batu tu



serai wangi tu nanti sy try cuba, coz ada beli sbotol last week, kuat jugak bau nya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2013 08:29 PM | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2013 03:11 PM
yup, betul tu auntie, coz my neighbour kat belakang rumah dia buat pagar batu, rasanya ketinggian  ...

Daripada pengalaman auntie, ada jer kucing yg kurus dan comel yg boleh menembusi liang2 pagar tu... Percayalah.... Auntie respek kucing2 tu sbb sungguh2 berusaha utk meninggalkan "evidence" that they were here....

Ramuan utk liquid serai tu ialah 1 sukatan serai wangi dicampur dgn 10 sukatan air. So baunya agak nyaman => bau serai..... Cuka pun boleh gak tapi bau cuka agak tengit jika di dlm kuantiti yg banyak.

Selamat mencuba...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2013 09:09 PM | Show all posts
auntieagony posted on 31-5-2013 08:29 PM
Daripada pengalaman auntie, ada jer kucing yg kurus dan comel yg boleh menembusi liang2 pagar tu.. ...

kalau kucing jiran sy lepas jugak kat besi tu, maka tibalah masa saya pakai yg ni pulak -





so, tiap2 hari aakan ada menu kucing panggang dirumah saya kalau boleh, sekali dngan tuan2 kucing tu pun biar kena panggang, sy akan set kan 20000 megawatt punya elektrik...

afy haniff tu boleh tahan kuat gak baunya, bukak penutup pun dah sakit hidung, esok cuti sy nak basuh kow2 nyer laman rumah sy...


ada jugak tips kata sebarkan kulit limau, atau bau2 an citrus, yg tu menjadi sikit...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2013 02:10 AM | Show all posts
oni313 posted on 31-5-2013 09:09 PM
kalau kucing jiran sy lepas jugak kat besi tu, maka tibalah masa saya pakai yg ni pulak -
...

Tersembur gelak besar auntie tenguk pagar elektrik tu... Ni bukan setakat kucing jer ni, lembu pun boleh dipanggang kat situ....

auntie bersimpati dgn oni sbb ex-jiran auntie dulu bela byk kucing2... Bau kencing kucing tu boleh tempias masuk ke kawasan auntie, padahal rumah kami ada tanah yg memisahkan.... Phew, syukurlah dia berpindah bersama kucing2nya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 03:11 PM | Show all posts
dah takdir kak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.112302 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list