CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2865|Reply: 2

Makanan sesuai dalam pesawat

[Copy link]
Post time 16-3-2013 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Pelbagai masalah kesihatan yang terjadi ketika dalam perjalanan nyata boleh diatasi dengan makanan yang betul.
Sebut saja masalah yang dihadapi seperti jet lag hinggalah mabuk dalam perjalanan, semuanya boleh diatasi dengan makanan.



Pelancong dapat menghindari masalah yang biasa dihadapi tubuh ketika melakukan perjalanan udara. Caranya, memilih dengan tepat menu yang akan di makan.

Berikut tip memilih makanan ketika di pesawat yang mungkin dapat membantu ketika dalam penerbangan. - sumber Kompas.Com


Jet lag. Pilih makanan protein, tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Makanan bertindak sebagai petunjuk waktu bagi tubuh.

Menurut kajian, lebih baik makan dalam kuantiti yang sedikit saat di dalam pesawat dan sampai di darat dalam keadaan masih sedikit lapar daripada makan dengan banyak di udara.

Dalam hal ini, pilihan terbaik adalah telur untuk bersarapan. Sementara waktu makan, pilih ayam, ikan tuna atau ikan lain dengan warna yang tidak terlalu terang.

Makan makanan protein tinggi ketika mendarat akan membuatkan tubuh anda aktif supaya mampu bertindak balas pada zon masa yang berbeza.


Mabuk perjalanan. Jika anda mabuk dalam perjalanan, pilih makanan dan minuman yang mengandungi halia.

Ketika dalam penerbangan, mintalah apa juga minuman yang mengandungi halia. Namun, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan makanan Asia mengandungi halia dan pasti di dalam setiap hidangan yang disajikan mengandungi halia.


Gangguan pencernaan. Pilih makanan yang mengandungi bahan kentang, ikan kunyit dan nanas. Perjalanan udara dapat melemahkan proses pencernaan dan penyerapan zat.

Kentang mampu memberikan kesan antioksida. Sementara itu, kunyit pula boleh mengatasi masalah pencernaan. Nanas juga mampu mengatasi gangguan pencernaan kerana mengandungi enzim yang mampu mengurai makanan dalam perut.

Sayuran yang banyak serta bahan seperti beras merah mampu meningkatkan proses pencernaan. Sementara itu, protein yang terkandung di ikan lebih mudah dicerna daripada daging.

Jika anda mengalami masalah perut kembung dan masalah pencernaan, pilihlah makanan berasaskan laut seperti ikan dan berempah kunyit. Menu seperti kari juga boleh menjadi pilihan.


Kecemasan. Mengunyah sebatang saderi sebelum menaiki pesawat dapat mengurangkan kecemasan. Ini kerana, saderi dapat memberikan kesan menenangkan pada sistem saraf pusat.

Dehidrasi juga boleh menyebabkan ketahanan, menangani masalah sakit kepala dan perasaan mudah marah. Justeru itu, minumlah banyak cairan ketika dalam penerbangan. Tapi, elak minuman ber–alkohol.


Keletihan. Terlalu lama di dalam pesawat boleh membuatkan tubuh mudah letih. Oleh itu, pilih makanan yang kaya dengan protein di campurkan dengan buahan dan sayuran.

Makanan yang mengandungi cili juga adalah pilihan tepat. Ini kerana cili mampu meningkatkan tidur yang lebih berkualiti. Semakin banyak tidur yang anda dapat selama di pesawat, lebih banyak tenaga untuk digunakan esok hari.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2013 01:11 PM | Show all posts
Gud info eh ...best..aku salu jetlag...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 10:45 AM | Show all posts
dalam kapal terobang semua aku bedal hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:24 PM GMT+8 , Processed in 2.828896 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list