View: 1589|Reply: 15
|
[Tempatan]
Guru Tadka Rugi RM17000... Be careful!
[Copy link]
|
|
Guru tadika kerugian RM17,100
JOHOR BAHRU 2 Feb. - Seorang guru tadika berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam selepas mendapati dirinya ditipu satu sindiket melalui e-mel pada 13 Disember tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, e-mel berbahasa Inggeris itu daripada pihak tertentu menggunakan logo syarikat penerbangan AirAsia memberitahu bahawa mangsa memenangi US$130,000 (RM403,715) dalam satu cabutan bertuah di London sempena perayaan Krismas.
Katanya, pihak sindiket itu memberitahu guru tadika itu hadiah tersebut siap untuk dimasukkan ke dalam akaun wanita itu melalui Telco Online Bank.
Wanita itu dalam laporannya menyatakan bahawa pada bulan lepas beliau menerima satu lagi e-mel dari pihak yang beralamat malaysiapolice@asia.com menyatakan bahawa siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati cabutan bertuah itu sah di sisi undang-undang.
"Berikutan itu, pengadu memasukkan secara berperingkat wang RM17,100 ke dalam akaun yang diberikan sindiket tersebut untuk mendapatkan hadiah yang dikatakan dimenanginya itu," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, e-mel daripada AirAsia dan PDRM itu adalah palsu dan menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sindiket cabutan bertuah ataupun gores dan menang.
Menurutnya, polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 17100#ixzz2K0OuKO3e
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. ade lg zaman skg ni org kena tipu pasal emel mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
dah banyak kali dapat emel2 scam camni
kalau la betul, dah jadik jutawan dah aku nihh  |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh2 mcm cara nak menipu....... |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la tak pikir, kalo dah dpt cabutan bertuah, pasal apa kena bankin duit bagai..
patutnya org yg nak bg adiah tuh la bankin duit kat dia  |
|
|
|
|
|
|
|
the power of social engineering... |
|
|
|
|
|
|
|
baby_pingu posted on 5-2-2013 03:25 PM 
takkan la tak pikir, kalo dah dpt cabutan bertuah, pasal apa kena bankin duit bagai..
patutnya org ...
betul2..benda yang sama aku bagitau org bila diorang refer kat aku pasal emel scheme nie
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai....tak penah alert lgsg...  |
|
|
|
|
|
|
|
aku tiap2 minggu dpt emel mengarut.. terus aku tong sampahkan aje |
|
|
|
|
|
|
|
nasib badan la, mudah bebenor tertipu,hu2  |
|
|
|
|
|
|
|
hari2..akak dpt email..spam mcm tu....yg mengaku tinggal di sekian..sekian..menjalankan bisness sekian.sekian.......so better ignored jerk...jgn di layan..bila di layan ni laa padahnya..nk kaya cepat..so careful yaa tuan2 puan2. |
|
|
|
|
|
|
|
bnyak duit cigu tadika ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana boleh tergerak hati nak layan email/sms/call yang macam nie... Dah sah sah kalau ko menang duit, takkanlah NAK dapatkan wang kemenangan tu ko kena DAHULUKAN duit ko dahulu... Takke bengong namenye...
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau udah terang terang minta bank in duit tu memang sah sah la tifuu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|