CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21417|Reply: 310

[Tempatan] makan sosej dengan kicap untuk jimat (harian metro)

 Close [Copy link]
Post time 3-12-2012 07:06 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Walaupun terpaksa berhenti daripada pengajian di program matrikulasi dan menolak tawaran pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), Bintulu, Sarawak pada 2008 akibat kesempitan wang, ia bukan bukan penghalang Hamidah Zainodin, 24, untuk terus menimba ilmu.

“Hasrat saya untuk mengejar ilmu tidak pernah padam. Selepas berhenti daripada matrikulasi, saya bekerja dan mengumpul wang sebelum meneruskan pengajian diploma dalam Bidang Pengurusan Perniagaan Perbankan kemudian ke peringkat ijazah dalam bidang sama di Universiti Teknologi Mara (UiTM).


“Dalam tempoh itu, saya hanya makan sosej dengan kicap untuk berjimat cermat. Misi saya ketika itu hanya satu iaitu membiayai pendidikan jika diterima belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi,” kata anak peneroka Felda dari Rompin, Pahang ini. Penderitaan Hamidah yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) akhirnya berbaloi apabila dinobatkan Anugerah Naib Canselor di Istiadat Konvokesyen ke 77 UiTM, di sini, semalam.

Lebih manis lagi, anugerah itu yang kedua baginyaapabila pertama kali menerimanya selepas menamatkan pengajian diploma sebelum ini. Hamidah mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.92 itu berkata, dia tidak pernah terkilan dengan pesanan bapa yang meminta dia berdikari dan mencari wang sendiri jika mahu menyambung pengajian berikutan kekangan kewangan dialami keluarga.


“Saya faham keadaannya. Namun, saya berterima kasih kepada ayah kerana kini saya menjadi seorang yang tabah dan bijak dalam menguruskan wang,” katanya.


Sementara itu, bapa Hamidah, Zainodin Arshad, 50, peneroka Felda Selancar 2 di Rompin, mengakui tidak mampu membantu anaknya itu dari segi kewangan, tetapi tidak pernah berhenti berpesan bahawa setiap kejayaan hanya boleh diperoleh melalui ilmu.

Zainodin berkata, sejak anak bongsunya itu menyuarakan hasrat menyambung pengajian, dia berpesan supaya berdikari dan mencari wang sendiri, namun jauh di lubuk hatinya dia mahu anaknya itu berjaya dalam hidup melalui ilmu.


“Saya percaya ilmu satu-satunya jalan untuk seseorang berjaya dan saya menerapkan pegangan itu dalam diri anak saya. Atas desakan hidup yang serba kekurangan menyebabkan saya tidak mampu menampung pengajian Hamidah secara berterusan melainkan hanya doa yang saya mampu titipkan.

“Bagaimanapun, saya tetap berusaha membantunya dengan mengirimkan wang jika ada dan bersyukur Hamidah seorang anak yang boleh berdikari,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2012 07:12 AM | Show all posts
congrats..dapat keje bagus lepas ni leh tlg keluarga plak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 07:12 AM | Show all posts
makanlah megi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 07:48 AM | Show all posts
sedih baca realiti kehidupan sebagai pelajar. Aku pun student dulu aku faham sangat. Alhamdulilah aku tidak lah sesusah dia hanya makan sosej dan kicap.. Kuat nya semangat dia ni patut di contohi oleh semua pelajar..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 07:48 AM | Show all posts
Oklah tu. Ada tu org susah.tapi bila dapat peluang sambung belajar pun tak nak belajar betul2.menyusahkan orang je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 07:49 AM | Show all posts
knp x mintak loan?
cikai2..ptptn kan ada klu sesak sangat
mungkin x nk berhutang di kemudian hari kot
tabah betul adik nieh...
tahniah!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 07:58 AM | Show all posts
loan sbnarnya 'mengajar' budak2 selesa berhutang.
ada baiknya budak ni hidup berjuang cmni..kalu ada 1 juta pelajar cm dia. nescaya ptptn bole dilupuskan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:25 AM | Show all posts
peneroka bukan kaya ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2012 08:28 AM | Show all posts
Tahi beliau kaler apa gamaknya... kalo dok pekena kicap jek keje....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:30 AM | Show all posts
teringat masa belajar dulu. selalu tak cukup duit. masa tu tak dapat ptptn. nak minta kat mak ayah, rasa menyusahkan dia orang. buat part time kerja kedai stationery. dapatlah RM200 sebulan. bolehlah nak makan nasi sehari sekali. malam2 makan roti cecah milo je. yang best nya, kat kedai tu lah kenal husband
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:37 AM | Show all posts
teringat time study dulu...
x dpt loan time degree...
keje la jaga koperasi...
gaji sejam rm3...
mkn pun bercatu...
Alhamdulillah...
grad on time...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:44 AM | Show all posts
perang_saudara posted on 3-12-2012 07:12 AM
makanlah megi

megi x bagus klu mkn hari2....

n tak bagus gak tuk perkembangan otak....huhuuhuhu...

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:50 AM | Show all posts
bukan ke sosej lagi mahal dari nasik?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:54 AM | Show all posts
sosej?ko hengat ko tinggal kat londen ke ape beli sosej semata
beli nasik pon dh boleh kenyang kalomasak 2 pot sampai malam okeh...
5 kilo beras kalo timbang pon x sampai 10 hengget
jangan beli cap jasmin

auta sgt budak ni....sini beras murah sesangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:58 AM | Show all posts
bukan ke peneroka slalu dpat "durian runtuh"....ribu riban tu..

sosej kan mahal gak..knpa mkn sosej ..da cam minah salleh lak..mkn nasi lagik murah rasa nyer..

tp ok la da berjaya pun..pasni x de la hdup susah...

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 09:06 AM | Show all posts
tahniah le
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2012 09:11 AM | Show all posts
besederhana nak cari ilmu.....ngan plak cari kesenangan n amik kesempatan lain udah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 09:13 AM | Show all posts
sosej mahal. makan telur masak kicap murah sikit. telur beli time ada sale, murah beb.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 09:22 AM | Show all posts
sosej mahal jugak. sikit.
baik beli beras, telur.goreng.. makan ngan kicap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 09:25 AM | Show all posts
sosej tak baguss
processed food..banyak nitrates, buleh sebabkan kanser ye kawan2..

ape ke hel susah beno die ni?
mekalo excellent, takkan tak dpt biasiswa?
PTPTN takkan tak offer loan?

Org kasik ko loan, pepandai la, amik loan separuh, guna sekadar perlu.
tak perlu bermewah. dan PTPTN buleh jadi biasiswa kalo dpt 1st class degree kate nye.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.107969 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list