Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
239977
View
2481
Reply

Sultan Kelantan: Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra)

 Close [Copy link]

Author: amazed       Show all posts   Read mode

Post time 11-11-2012 09:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 08:51 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 08:52 AM | Show all posts
chit_ana posted on 11-11-2012 09:36 PM

Wah makin hensem la TMK...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 08:59 AM | Show all posts
Sultan Muhammad V Sukacita Kerajaan Pusat Tak Pinggir Kelantan

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana tidak meminggirkan negeri itu daripada arus pembangunan.

Baginda bertitah Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia, dan berharap projek yang dilaksanakan dapat merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek 'Central Spine Road'. Beta difahamkan projek tersebut sedang giat dilaksanakan di sempadan negeri Pahang dan Kelantan dan akan dilaksanakan di jajahan Gua Musang termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di kawasan bandar baru Gua Musang," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-43 di Istana Balai Besar di Kota Bharu hari
ini.

Pada istiadat tersebut, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) membawa gelaran Datuk, mengetuai 238 penerima darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai (JP), manakala 397 penerima bintang, pingat dan surat kepujian akan menerima anugerah masing-masing pada istiadat yang akan ditetapkan kemudian.

Sambil berharap projek lebuh raya baru itu menjadi kenyataan, baginda menggesa supaya projek itu dapat dipanjangkan hingga ke Kota Baharu.

"Selain itu, harapan beta agar satu rangkaian jalan raya yang bertaraf lebuh raya dapat dibina di negeri ini sebagaimana di negeri pantai barat atau pantai timur yang lain, bagi merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya," titahnya.

Baginda juga menggesa pihak yang terlibat dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini melalui kaedah pengambilalihan aset air negeri oleh Pengurusan Air Berhad, menyelesaikannya secepat mungkin, bagi memastikan rakyat dapat menikmati sumber bekalan air yang berkualiti dan terjamin bersih.

Baginda juga berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf sebagai hab penerbangan serantau ke Malaysia dan negara Asean di samping penerbangan terus untuk jemaah haji ke Arab Saudi.

Baginda gembira dengan bilangan pelancong yang melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, iaitu berjumlah 3.4 juta orang bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas.

"elaksanaan perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Baharu-Singapura yang bermula pada Ogos lalu merupakan satu usaha dalam memacu perkembangan sektor pelancongan di negeri Kelantan dan meningkatkan aktiviti perdagangan," titahnya.

Baginda juga berharap kerajaan negeri dan persekutuan memberi tumpuan kepada usaha memulihara alam sekitar dan menjadikannya sebagai satu elemen penting pembangunan, di samping menggalakkan lebih banyak penyertaan masyarakat dalam usaha tersebut.

Bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang bermutu dan terbaik, baginda menyarankan jentera pentadbiran kerajaan negeri sentiasa proaktif dan progresif dalam usaha memperbaiki dan tingkatkan sistem pentadbiran sedia ada.

Baginda juga mahu kerajaan negeri memberi perhatian terhadap usaha mengurangkan kadar kemiskinan terutama golongan miskin tegar, dengan melaksanakan program yang lebih bermakna.

Baginda turut mengingatkan dalam merealisasikan dasar pertanian negeri, sektor pertanian perlu dilihat bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan menjana ekonomi tetapi adalah sebahagian ibadah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Mengenai pembangunan Tok Bali di Pasir Puteh sebagai kawasan industri dan bandar baru, baginda mahu pihak berkaitan meningkat usaha menaik taraf insfrasruktur asas terutama jalan raya dari Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali.

"Beta mengalu-alukan para pelabur agar memilih Kelantan, khususnya Tok Bali sebagai destinasi pelaburan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan berkaitan minyak dan gas," titah baginda.

- Bernama

### Sultan yg tak boleh dipengaruhi oleh mana-mana parti politik..terbaek
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 01:39 PM | Show all posts
hehehe auntie2 kene kerja keras? hahhahaa lawak la u ni cecurut...

tapi suka la baca speech nya..Kelantan byk  potential  utk maju ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 03:15 PM | Show all posts
Baca dalam paper berita harian tadi... "Sultan Kelantan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan" isu ni pun nak dipolitikkan.. padahal Tuanku Sultan menegur semua baik dari pemerintah ataupun pembangkang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 06:34 PM | Show all posts
Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormat di Padang Merdeka dan Istiadat Pengurniaan Kehormat Kebesaran Negeri,Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar,Kota Bharu.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 06:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 06:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 09:25 PM | Show all posts
Hensemnya Tuanku...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 09:30 PM | Show all posts
Tuanku dh slim,tmk plak yg makin berisi...

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 10:01 PM | Show all posts
nampak kurus pulak tuanku...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 12:57 AM | Show all posts
chit_ana posted on 12-11-2012 06:40 PM


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 08:27 AM | Show all posts
sultan yg berjiwa rakyat ni...daulat tuanku..
semoga menjadi contoh sultan2 lain...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 10:50 PM | Show all posts
kecik82 posted on 12-11-2012 03:15 PM
Baca dalam paper berita harian tadi... "Sultan Kelantan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan" ...

apa salahnya, benda yang baik pujila.. yang penting untuk pembangunan rakyat jelata
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 08:26 AM | Show all posts
Itula pasal... tak perlu dipolitikkan oleh mana-mana pihak... padahal Tuanku Sultan tidak berpihak pada sesiapa baik pembangkang or parti pemerintah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 12:11 PM | Show all posts


photo lama tapi sangat respect Sultan kita ni.. pakaian pun tak formal macam others yg selalu berkot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 12:15 PM | Show all posts


The former wife of Sultan Muhammad V, Tengku Zubaidah binti Tengku Noruddin or her Thai's name is Kangsadarn Phipitphakdee.

Boleh tahan lawa gak bekas wife dia..hmm tapi nak wat camne jodoh tak panjangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 12:26 PM | Show all posts
kecik82 posted on 14-11-2012 12:15 PM
The former wife of Sultan Muhammad V, Tengku Zubaidah binti Tengku Noruddin or her Thai's name i ...

Cantik bekas isterinya, sedara dengan Sultan Kelantan ker??
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 12:38 PM | Show all posts
The red warrior akan berarak keliling dengan Piala treble selepas mempersembahkan kepada Tuanku. Baca paper kata sesapa boleh le ke stadium makan free time tu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087499s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list