CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20534|Reply: 8

Surat Permohonan Melalui Ketua Jabatan - Untuk apply kerja di jabatan lain

[Copy link]
Post time 15-5-2012 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua.

Hai, saya sekarang bekerja di semi gov/badan berkanun. saya skim komersil, bukan ssm. tapi tangga gaji sama mcm ssm cuma benefits mcm pencen, housing loan, and kuarters saya tak layak lah.


saya nak apply jawatan kosong kat jabatan/agensi kerajaan yg lain. sebab sy dah tak tahan kerja kat sini, saya buat sales utk agensi ni. boleh tak forumers kat sini bagi sy idea mcm mana nak draft surat permohonan melaui ketua jabatan tu?

apa point2 yg perlu sy nyatakan dlm surat, sebab sy tak pernah pulak apply. nak tanya kawan2 yg lain pun, diorg tak pernah ada experience apply jabatan lain.


Harap ada maklum balas dari forumers semua. terima kasih banyak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2012 01:06 PM | Show all posts
aku pun tgh mencarik2 caranya..br graduate degree..skang post dip in gov agency..nak promote ke job yg lebih baik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2012 02:09 PM | Show all posts
Reply 2# tagas


   wahhhh bagus tu.... haha aku tgh berusaha lah ni... masalahnya aku ni skim komersial, perlu ke aku melalui ketua jabatan? atau boleh hantar macam biasa? risau juga aku kerja yg aku nak apply ni diorg x faham skim komersil tu apa... mmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 04:10 PM | Show all posts
Reply  tagas


   wahhhh bagus tu.... haha aku tgh berusaha lah ni... masalahnya aku ni skim kom ...
juliesha Post at 16-5-2012 14:09



    oic..skim komersial tue ape..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 04:13 PM | Show all posts
Ko badan berkanun yang  tak der pencen, rasanya service tak boleh transfer, tak perlu melalui ketua jabatan, cuma ko boleh dapat kenaikan gaji berdasarkan pengalaman, itu kalau berkait dengan jawatan yang ko pilih lepas ko dpt. Rayuan semakan gaji berdasarkan pengalaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 10:07 PM | Show all posts
Reply 4# tagas


    Skim komersial tu, xdpt benefits mcm ssm dpt. xde pencen, jadi aku punya kwsp. X layak utk apply loan rumah under gov even kuarters pun. Agensi aku keje ni, ada dua skim la kiranya. Bhgn pentadbiran mcm hr, account, diorg ssm. Aku dr bhgn niaga, kiranya bhgn ni yg generate revenue/bwk masuk projek utk agensi. Aku masih gred41, cuma aku k41. Pelik kan?

Tp bonus kerajaan aku dpt lah hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 10:10 PM | Show all posts
Reply 5# matrik02


    Tq weh for ur explanation. Aku ni bukannya apa, confuse. Sbb mana2 borg nak apply keje gov cthnya balai seni lukis/aswara, kan ada bhgn utk ketua jabatan. Tu yg aku tanya tu. risau kalau aku apply, diorg tgk aku dr agensi kerajaan/semi gov, tp xde melalui letua jbtn, terus diorg reject sbb x lengkap. Itu je yg aku risau ni.

Kiranya boleh je la aku apply mcm biasa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 09:38 PM | Show all posts
Reply 7# juliesha


   Aku rasa jalan selamatnya baik ko apply melalui ketua jabatan... actually senang je sebenarnya... just isi Borang Kebenaran Mohon Jawatan dan minta Ketua Jabatan sign...... kepilkan sekali dengan Laporan Penilaian Prestasi.... pastikan ko dapat 85% selama 3 tahun berturut-turut utk prestasi sbb agensi gomen biasanya tengok ni kalau nak amik pekrja yg merupakan staf agensi lain.... Ni contoh surat kat jabatan aku (federal).... agensi ko mungkin lain sket, cuba tanya HR....
CONTOH SURAT
===================================

Unit
……………………….…………………………………

Bahagian
…………………………………………….……………

Jabatan XXXXX
50000 Kuala Lumpur


Rujukan Kami : ….............................................……………………………………………...

Tarikh  
:  …………………………………….............................................………..…

Kepada :

Pengarah
Jabatan XXXXX
Kuala Lumpur

Tuan

PERMOHONAN JAWATAN BARU BAGI PEGAWAI/ANGGOTA DI JABATAN XXXXXXX, KUALA LUMPUR

NAMA
  :  .………………………………………………………...............................................................…..
JAWATAN SEKARANG :  ………………………………….……………….……….................................................................


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.
Adalah dimaklumkan bahawa pegawai/anggota daripada Pusat / Unit ini seperti diatas telah membuat permohonan jawatan sebagai ………………………..............................................................................................................................................……………………………….  di  …………………………………………………………………………………………………..
3.
Sehubungan dengan itu, pihak kami menyokong / tidak menyokong* permohonan dari pegawai/anggota berkenaan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah


……................................………………………………….
Tandatangan Ketua Jabatan
    (Cop Rasmi Ketua Jabatan)

* Potong mana tidak berkenaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2012 09:58 PM | Show all posts
Reply 8# din88


    Okeh tq sbb bg aku contoh surat sekali hehe... InsyaAllah nti isnin aku g tanya hr mcm mana. Pening juga bila management pun berterabur ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.110804 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list