Mentang2 la lagu Sedetik Lebih tu famous dan disukai ramai, banyak plak percalonan untuk lagu ni...motif sangat set2 KRU neh amik kesempatan...tauler dorang pun kroni set2 penganjur....
list akhir dah kuar...haiyooo tak tunggu album english diva 1 Malaysia kuar dulu kerrr...tapi tetap diva2 kertu lain yang wat album takleh nak bolos percalonan utama mcm ning, dayang, sheila majid. adala yang sangkut 1, 2...mengejutkan nenek nita pun dapat u ols vokal terbaik lagikkkk...
ni senarai calon akhir i copy-paste dari murai.com
selamat melahar!!!!
Artis Baru Terbaik
1) James Baum
2) Kyoto Protocol
3) Najwa
4) Project Pistol
5) Reza Salleh
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Lelaki)
1) Anuar Zain - Sedetik Lebih
2) Azlan & The Typewriter - Jeritan Batinku
3) Reza Salleh - What The Hell Just Happened I'm Not Really Sure
4) Black - Sofea Jane
5) Tam Spider - Kitasatu
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Artis Wanita)
1) Anita Sarawak - Asmara
2) Jaclyn Victor - Noel
3) Najwa - How Long Must I Wait
4) Yuna - Penakut
5) Yuna - Gelora Jiwa
Persembahan Vokal Berkumpuan Terbaik di dalam Lagu
1) Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah- Beribu Sesalan
2) A.P.I - Pelita
3) Caipifruta - Mencecah Bujang Lapuk
4) Dayang Nurfaizah & Marcell - Sayang
5) In-Team - Salamun Salam 2
Kulit Album Terbaik - Pereka
1) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd - Urusan Aizat Amdan (album) - Aizat Amdan
2) Aidi Idham - Lonely Boy Soldier (album) - Hujan
3) Subky Hj Bebit & Hafiz Mohtar Rasali - Bumi Akhir Usia (album) - Mirwana
4) Martojaks - Cherry Blossom Love (album) - Pop Shuvit
5) Zel Atif - Decorate (album) - Yuna
Rakaman Album Terbaik- Jururakam
1) Keith Yong & Nick Lee - Urusan Aizat Amdan (album) - Aizat Amdan
2) Adam Sofian - Indah (album) - Atilia
3) Ully Muhammad, Huzai, AG Coco - Lonely Soldier Boy (album) - Hujan
4) Audi Mok - Dewa (album) - Ning Baizura
5) Keith Yong - Realiza (album) - Reza Salleh
Video Muzik Terbaik - Pengarah (video muzik)
1) Ahmad Farish - Susun Silang Kata - Aizat Amdan
2) DJ CZA - Kotarayaku - Altimet feat Noh Hujan
3) Yusry Abdul Halim - Sedetik Lebih
4) Tan Chee Meng - Karma - Faizal Tahir
5) Ahmad Faris - Inspektor Remos - Hujan
Lagu Pop Etnik Terbaik - Komposer/Penulis Lirik
1) Joget Tak Senang Hati - Mihariz Yaakup/Azalea - Adibah Nor
2) Katakanlah - Amirah Ali/Amirah Ali - Amirah Ali
3) Santun Berpesan - Adi Akmal/Muhammad Devotees - Castury Feat Ayati Tasrip
4) Hambamu - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim - Mawi & Akhil Hayy
5) Falsafah Laksmana - Zalee Redang/Zalee Redang - Zalee Redang
Lagu Nasyid Terbaik - Komposer/Penulis Lirik
1) Hadirnya Cahaya S.A.W - Abdul Halim Ahmad/Abdul Halim Ahmad - Devotees
2) Permata Hati - Syah Inteam/Syah Inteam - Nazrey Johani
3) Pedoman (V.O.U) - Johan Nawawi/Johan Nawawi, Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi - Nora Feat VOU
4) Bebas Palestin - Nazrey Johani/Nazrey Johani, Fridzan - Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseeheart
5) Pahlawan Gaza - Fridzan/Ahmad Fedtri Yahya - Saujana
Lagu Rock Terbaik - Komposer/Penulis Lirik
1) Pelita - Loque/Loque - A.P.I
2) Ekstravaganza - Sam/Bunkface - Bunkface
3) Pokok - Taja/Tun Teja - Meet Uncle Hussain feat Hazama
4) Wanita Seluruh Dunia - Boy Clifford/Boy Clifford - Project Pistol
Lagu Pop Terbaik - Komposer/Penulis Lirik
1) Beribu Sesalan - Kevin Chin/Tinta
2) Sungai Lui - Aizat & Anas/Aizat & Anas
3) Sedetik Lebih - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim
4) Dengarkanlah - Acis/Sheila Majid
5) Penakut - Yuna Zarai/Yuna Zarai
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1) Year From Now - Aizat n Anas - Aizat
2) Innocent Soul - Najwa - Najwa
3) Got To Go - Najwa - Najwa
4) What The Hell Just Happened Im Not Really Sure - Reza Salleh - Reza Salleh
5) Stracciatella - Reza Salleh - Reza Salleh
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
1) Insya Allah - Maher Zain - Fridzan
2) Indahnya Cinta - Giring Rama - Giring Rama
3) Sahabat Selamanya - Padi - Padi
4) Ku Menunggu - Mery LC - Mery LC
5) Bunga Mimpi - Sandy Sondro - Sandy Sondro
Susunan Muzik Terbaik DI Dalam Lagu - Penggubah
1) Helen Yap - Asmara
2) Edry Abdul Halmi - Sedetik Lebih
3) AG - Jeritan Batinku
4) Syed Sharir Faisal Syed Hussain - Jeritan Batinku
5) Jenny Chin - Ku Mohon
Album Terbaik - Produser
1) Kevin Chin, Aylwin Snatiago, Paul Morrison n Irwan Simajuntak - 3 Suara
2) Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd - Urusan Aizat Amdan
3) Zain Almodzar - Sayang & Cahaya
4) Magada Entertainment Sdn Bhd - The Malaysian Philharmonik Orchestra Celebrater 25 Years of Sheila Majid
tatau la nak tepek kat aner but raser yang nie takder agi kan??
Aizat Amdan, mendominasi Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) apabila dicalonkan dalam 6 kategori termasuklah kategori utama, Album Terbaik sempena anugerah yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 12 November ini.
Mempertaruhkan album terbaru berjudul “Urusan Aizat Amdan”, penyanyi yang pernah merangkul Anugerah Juara Lagu Ke-24 pada tahun 2009 ini turut dicalonkan dalam 5 kategori lain iaitu, Rakaman Album Terbaik (Pereka Keith Yong dan Nick Lee), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Years From Now), Kulit Album Terbaik (Kasi Gegar Entertaiment Sdn Bhd), Lagu Pop Terbaik (Sungai Lui), Video Muzik Terbaik (Ahmad Farish) menerusi lagu “Susun Silang Kata”.
Ketika di sesi sidang media AIM 18 yang berlangsung di Royale Chulan minggu lepas, beberapa orang wartawan mempersoalkan pendirian pihak penganjur, Recording Industry Association of Malaysia (RIM) mengenai syarat-syarat penyertaan yang kurang jelas. Antara isu utama, seorang artis luar yang menjalani rakaman di Malaysia boleh tercalon, manakala artis Malaysia yang menjalani rakaman di luar Malaysia tidak boleh tercalon. Agak janggal kedengaran, bukan?
Antara artis yang mengalami nasib sedemikian adalah Zee Avi, Yuna & Datuk Siti Nurhaliza.
Berdasarkan isu yang dibentangkan di atas, OHBULAN! sempat menemubual Aizat Amdan ketika majlis Rumah Terbuka di kediaman keluarganya di Ampang, Sabtu. Jelas, penyanyi muda ini mempunyai cita-cita yang besar untuk merubah industri muzik negara.
“Saya pun tak faham sangat dengan AIM 18 ni. Macam pelik apabila artis Malaysia seperti Zee Avi tidak boleh tercalon atas alasan syarikat label bukan syarikat tempatan. Sepatutnya, pihak RIM kena jelaskan kekeliruan sebegini agar pencalonan kelihatan lebih telus. Pada pandangan saya, tak kisah kalau record di luar ke, di Malaysia ke, as long as itu adalah penyanyi Malaysia. Kalau penyanyi itu tidak tercalon pun, at least kita recognise hasil kerja mereka,” ujar Aizat menjelaskan pendiriannya.
Bagaimana pun, Aizat bersyukur apabila usaha ramai pihak termasuk ahli keluarga & rakan yang membantu menjayakan album “Urusan Aizat Amdan” membuahkan hasil.
“Pencalonan ini bukan untuk saya. Sebaliknya, ia adalah penghargaan untuk orang yang berada di belakang tabir seperti ahli keluarga, rakan & lain-lain. They deserve the respect!
“Sebenarnya, saya masih terkejut apabila menerima 6 pencalonan dalam kategori berbeza. Perasaan gembira itu sudah tentu ada. Kalau boleh, saya bercita-cita nak merangkul anugerah Rakaman Album Terbaik & Kulit Album Terbaik, insyallah,” tambah Aizat lagi.
yer la...AIM ni pun consider gak tahun brp lagu2 diterbitkan...format AIM ni makin merumitkan...juri2 patutnya kena jadi orang yang dengar banyak lagu.
motif lagu Dayang Kutemu Cahaya tak lepas Top 5 lagu etnik kan...mesti kes juri tak dengar keseluruhan lagu! boleh nampak preference juri untuk certain2 album sajork especially Najwa, Yuna dan Aizat...
Ziana pun x dapat untuk vokal terbaik lagu Pawana...
tatau la nak tepek kat aner but raser yang nie takder agi kan??
Aizat Amdan, mendominasi An ...
samshik Post at 19-9-2011 16:43
apa2 pun saya suka attitude aizat ini dan beliau pun banyak bercampur dengan artis2 indie dna fikiran tidak felda pprt.
sejenis artis yang ada wawasan lah.
rasa2 nya baharu2 ini semasa pelancaran album liyana fizi ramai artis2 urban pergi like aizat, zee avi.
saya suka attitude artis2 ini karena mereka support each other dan bukan jenis artis yang glamour dengan kisah pribadi sahaja.