Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
32740
View
420
Reply

Terabaikah Tanggungjawab Isteri pada Suami Bila Isteri Bekerja??

  [Copy link]

Author: MyBJZone       Show all posts   Read mode

Post time 16-8-2018 05:11 PM | Show all posts
Aku sengaja masuk cari ari ni..seb baik ada thread tt ni nak tumpang meluahkan  perasaang!

gini, cakap soal duit soal tanggungjawab ...aku dah naik fed up. Aku ni isteri bekerja, jawatan stabil, pendapatan Alhamdulillah. Tapi ditakdirkan aku bersuamikan lelaki yg gaji kecik...dah kecik satu hal...cara pemikiran dia tu yang aku bengang sangat....dulu dia penah cakap, rezki awak tu pun Allah yang bagi dan tak payah nak berbangga sangat lah. Masalahnya aku bentang kitab bukan nak bangga ke apa, aku nak dia tau tanggungjawab dia takat mana..aku takat mana. Tak timbul soal nak mempelekeh ke apa...kecewa betul aku tau.

Setiap kali cakap pasal nafkah..pasal RM...sure endingnya gaduh, merajuk, sakit hati. Nak berbaik, diamkan..senyapkan...patut ke?...kusut aku.

Kalau tt punya citer dia tanggung banyak gak expenses...aku ni, adoiiiyaiii..senang kata 75-80% perbelanjaan isi rumah aku yg tanggung. Sampai duit aku tinggal seratus dua je..Nasib aku jenis main kutu, beringat saving... Ya 100% gaji dia commit utk rumahtangga tapi yang aku geram dia mcm x ada effort nak cari keje lain...cari part time ke apa ke....comfort zone...ngadap lah gaji RM2K sedangkan nak tanggung 5-6 orang dlm rumah. Alasan paling konkrit bagi dia " Rezki kita tak sama...redho lah dengan apa yang ada" Aku ni bukan tak redho tapi tolonglah faham keperluan masa ni...duit seribu orang bujang pun tak lepas nak hidup, ni kan pulak dah beranak pinak.

Tadi masa lunch aku nangis..aku cuba pujuk ati aku..cari artikel kat internet, cari ceramah youtube..nak cuba redho, nak tenangkan ati...tapi lagi aku sedih. Sedih sebab laki aku macam hidup indenial, buat-buat tak faham. Bertahun2 aku hadap benda ni...lately memuncak balik sebab aku nak beli kereta baru...nak merasa pakai keter yang bagus, tak sampai pun 200K. keter  yang aku pakai now dah lama abis bayor, dah kusam pun. Bila aku nak start hutang baru, aku mintaklah dia hati2 beli barang, so aku dah mula pantau semua item perbelanjaan..punyalah dia marah aku. Bukan aku suruh dia bayor pun, cuma aku nak dia berjimat sikit. Just imagine, aku cuma bagi dia part bayor duit makan, utility bills dan bayor installment mesin penapis air. 3 benda babe...3 benda jer pun. Lain2 semua aku termasuk duit boarding school 2 orang anak aku. Duit poket gi keje pun kadang aku yg hulur. Nak raya aku, nak naik sekolah aku, nak gi bercuti setahun sekali or dua kali pun aku...aku , aku dan aku.

Bila dah gaduh mula ungkit- mengungkit...bila aku geram, mula aku ternaik sora..dia ego..biasalah marah aku balik...dia naik sora kat aku dia x Nampak salah pulak..ohh my... dua2 nak menang time sama berangin! Dia pulak kuarkan fakta agama fasal isteri  x bole derhaka kat suami, kena santuni suami..itu ini..ini itu...yang dia x berani sentuh bab nafkah je.

kadang aku redho..kadang aku tak redho...entahlah aku ni manusia biasa je...nak gak my husband bagi aku RM100 sebulan untuk berjimba...hurrmmm jgn haraplah kan. Nak fikir cerai berai pun dah masuk umo 40...lagi pun anak2 tengah membesar....sian kat aku! aku tak tau nak buat apa....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.068988s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list