Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211040   





PETALING JAYA – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meluahkan rasa bangga selepas anak sulungnya, Tengku Zahra Jasmina berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian Kelas Pertama di University of Warwick, United Kingdom.

Tengku Zahra Jasmina yang merupakan anak sulung daripada empat beradik bakal meneruskan pengajian pada peringkat sarjana di University of Oxford selepas ini.

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu berkata, detik berkenaan cukup bermakna apabila beliau dan keluarga kembali ke universiti tersebut bagi meraikan hari graduasi anaknya.

“Dulu hantar belajar. Hari ini datang raikan hari graduasi.

“Tahniah, Zahra! Kepujian Kelas Pertama Kesusasteraan Inggeris University of Warwick, United Kingdom. Kami sangat bangga dengan kamu,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam nada berseloroh, Tengku Zafrul berkata, beliau lebih mudah memantau anaknya sepanjang melanjutkan pengajian di Oxford memandangkan beliau turut mempunyai program akademik di universiti tersebut.

“Lepas ini sambung sarjana di Oxford pula. Kebetulan papa pun ada ‘fellowship’ di sana, senanglah nak periksa Zahra buat apa,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menitipkan pesanan kepada Tengku Zahra Jasmina supaya kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian kelak.

“Selepas habis sarjana nanti, jangan lupa balik Malaysia,” katanya.

Hantaran tersebut turut disertakan beberapa gambar kenangan bersama keluarga sempena majlis graduasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE
690 Views
15 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


plywood Lv.12 2#

Defender | Credits 11489   
barangkali pesanan suruh balik tu sebab course tu kesusateraan bahasa inggeris maka potensi untuk kerja di negara inggeris lebih baik...

Decaffeinated Lv.18 3#

Master | Credits 65537   
peliknya kursus

peko_lolo Lv.9 4#

Adventurer | Credits 4571   
macam miley cyrus
Follow Us

slavehunter Lv.13 5#

Challenger | Credits 19400   
Yang ni taknak kutuk muka jawa ker? Sebab ada title Tengku?  Cuba jadi B40,M40, graduate dekat UITM, setiap saat kena kutuk dengan masyarakat.

Prickford Lv.12 6#

Defender | Credits 10165   
Quote: slavehunter replied at 22-7-2026 05:28 AM
Yang ni taknak kutuk muka jawa ker? Sebab ada title Tengku?  Cuba jadi B40,M40, graduate dekat UITM, ...

Itulah. Pelik, grad UiTM pon, sokmo kena kutuk. Padahal yg grad UiTM ni sedap je keje skang gaji RM60K haha

bottombikini Lv.14 7#

Fighter | Credits 22208   
mmg pesan tu kena semua org tau ke

ADVERTISEMENT


cmf_almondpecan Lv.14 8#

Fighter | Credits 20132   
Quote: Decaffeinated replied at 22-7-2026 01:13 PM
peliknya kursus

Mungkin orang senang bebas buat kursus yang berkenan di hati dan minat.

slavehunter Lv.13 9#

Challenger | Credits 19400   
Quote: Prickford replied at 22-7-2026 01:45 PM
Itulah. Pelik, grad UiTM pon, sokmo kena kutuk. Padahal yg grad UiTM ni sedap je keje skang gaji R ...

Yes local graduates pun okay. Sebab dah dibrainwash semua dari overseas tu bagus.

emera Lv.14 10#

Fighter | Credits 22003   
Tak heran dah first class dr uni kat UK. Bersepah2 malaysian dpt first class tmasuk anak sedara aku. Batch anak sedara aku tu pun brp org yg dot first class tmasuk kwn dia. Dh mcm straight As SPM kat msia ni haaa rasanya.

ketipongtipah Lv.7 11#

Revolutioner | Credits 1436   
Quote: emera replied at 22-7-2026 11:40 AM
Tak heran dah first class dr uni kat UK. Bersepah2 malaysian dpt first class tmasuk anak sedara aku. ...

Bersepah tu berapa persen.... ? Cer kasi stats....

Decaffeinated Lv.18 12#

Master | Credits 65537   
Quote: Prickford replied at 22-7-2026 01:45 PM
Itulah. Pelik, grad UiTM pon, sokmo kena kutuk. Padahal yg grad UiTM ni sedap je keje skang gaji R ...

sebab uni untuk satu bangsa yang lemah auto sending the signal that the products are second grade materials padahal tak. elok open ja kepada persaingan termasuk orang putih pun kalau sudi. caj sahaja lah.

Decaffeinated Lv.18 13#

Master | Credits 65537   
Quote: cmf_almondpecan replied at 22-7-2026 05:11 PM
Mungkin orang senang bebas buat kursus yang berkenan di hati dan minat.

lepas tu balik kerja dengan papa

awanysss Lv.11 14#

Highlander | Credits 8467   
bijak2 anak dorang ni ek kat negara omputih pun dapat 1st class.. anak azalina pun sama kan 1st class jugak..

gangerina Lv.8 15#

Honour | Credits 2524   
eh alumni mate ngan I rupanya...tp mine is WMG la...sama gamba convo kat depan hall tu...

ADVERTISEMENT


midori888 Lv.15 16#

Gladiator | Credits 32565   
Quote: awanysss replied at 23-7-2026 12:03 PM
bijak2 anak dorang ni ek kat negara omputih pun dapat 1st class.. anak azalina pun sama kan 1st clas ...

skrg bdk semakin bijak...anak kawan2 meols pun yg study overseas ramai dpt 1st class....dah jadi mcm perkara biasa pulak...

All contents are displayed