Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 145212   





Mekanik dipenjara 20 tahun, tujuh sebatan perkosa dan pukul remaja ketika jogingTERTUDUH (tengah) semasa dibawa polis semasa prosiding perbicaraan di Mahkamah Pasir Mas, Kelantan.
PASIR MAS: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan tujuh sebatan ke atas seorang mekanik yang memukul, merogol dan merompak remaja berusia 15 tahun ketika berjoging di Tumpat, dekat sini, bulan lalu.

Muhammad Faryzuan Aiman Mat Yatim, 23, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun sebulan dan sebelum merogolnya telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh  melakukan rompak ke atas telefon bimbit jenis Vivo Y19 milik gadis itu dengan bersenjatakan sebatang kayu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di kawasan semak Kampung Mesira, Palekbang dekat Tumpat kira-kira pukul 7.40 pagi pada 17 Jun 2026.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nai’lah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Siti Aisyha Nai’lah memohon hukuman yang setimpal kerana tertuduh melakukan dua kesalahan iaitu merompak telefon bimbit sebelum menyebabkan kecederaan dan merogol mangsa.

“Pukulan yang kuat pada bahagian belakang dan muka dengan sebatang kayu menyebabkan remaja itu mengalami kecederaan parah sebelum tertuduh bertindak merogol remaja itu.

Mangsa juga memakai pakaian dan tudung labuh semasa berjoging, namun tertuduh masih tergamak untuk melakukan perbuatan itu.

Tertuduh menjual telefon bimbit jenis Vivo Y19 milik mangsa pada harga RM35 di sebuah premis sekali gus menunjukkan betapa rendahnya maruah remaja itu dengan perbuatannya,” ujarnya.

Muhammad Faryzuan dalam rayuannya memohon hukuman yang ringan dengan alasan perlu menanggung isteri dan seorang anak berusia tiga tahun.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada 7 Julai lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara lima tahun serta dua sebatan bagi pertuduhan kedua
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan itu berjalan secara berasingan.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat hukuman penjara. – UTUSAN

430 Views
12 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 145212   

borne Lv.9 3#

Adventurer | Credits 3365   
Bini nak tunggu lagi ke??

Orenn1 Lv.13 4#

Challenger | Credits 16904   
Jahat giler semua dia buat.
Follow Us

silance Lv.8 5#

Honour | Credits 2656   
Zero quality.

Orenn1 Lv.13 6#

Challenger | Credits 16904   
Jantan mmg spesis bahaya klu kita sorg2 di satu tempat dan dia nampak kita. Klu dekat public ramai2 takpe tapi kalau kita berserorangan di satu tempat tiba2 ada seko jantan dia nmpk kita, lepas tu mmg takde org lain dah, mulalah jadi bahaya. Selalu kita takut balik lambat ke apa malam ke gelap ke awal pagi takde org ke, mmg ancamannya adalah jantan. Pompuan takut kena attcak, kena rogol dan kena bunuh dgn jantan. Jantan ni sebenarnya spesis bahaya kepada perempuan. Dorg habya tak bahaya bila dipublic ramai2. Sheramm!  Mmg kita takut semua selama ni takut kena attack dgn jantan, tak pernah lagi kita terpikir takut kak balik lewat malam gelap de org tu semua sbb takut kena attack dgn pompuan: Melang gila jantan ni. Klu ada peluang dptg hilang pertimbangan, sherammm kan uols.

mejaputih Lv.13 7#

Challenger | Credits 16969   
kesian remaja tu...mamat ni patut dipotong anunya.

ADVERTISEMENT


ninja boy Lv.16 8#

Conqueror | Credits 47127   
Sbb itu perempuan bawa pisau dan gunting polis jgn tahan

Purestteam1 Lv.7 9#

Revolutioner | Credits 1421   
moga mereput pisang mu

Orenn1 Lv.13 10#

Challenger | Credits 16904   
Cuba tendang kote dia sekuat2 hati klu kena attack dgn jantan atau cocok mata, ni tok laki aku ajar masa aku duk bebel psl jantan ni spesis bahaya pd pompuan klu dorg nmpk pompuan sorg2 di tmpt sunyi takde org lain, klu ada org lain mcm tmpt public ok. Tp klu  sunyi2 pompuan mungkin dorg boleh jadi bahaya.

supernaturalee Lv.17 11#

Superior | Credits 57186   
Quote: FOTHER-MUCKER replied at 21-7-2026 04:41 PM
https://m.youtube.com/watch?v=RtEafs3bKlQ&t=266s&ra=m

apa kejadahnya?????


it's him right?

he looks....different




supernaturalee Lv.17 12#

Superior | Credits 57186   
for this man...what the f*** man??????

ko ada bini

muda sokmo gop

ada ank kecik jugak

porak peranda hidup



copy_paste Lv.12 13#

Defender | Credits 12713   
mamat tuh isap dadah ke

All contents are displayed

More Isu Semasa