Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   




KOTA BHARU – Seorang wanita yang sebelum ini dikenali sebagai ‘gadis api misteri’ memilih pengamal perubatan Islam berusia 82 tahun yang banyak membantu dalam proses memulihkannya daripada gangguan makhluk halus sebagai suami bulan lalu.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 28, mendapat perhatian ramai sejak 2012 selepas kemunculan ‘api misteri’ yang membakar bara­ngan di dalam rumah keluar­ganya menyebabkan mereka hidup dalam kebimbangan.

Dia tidak menyangka jodohnya dipertemukan dengan seorang pengamal perubatan Islam, Mokhtar Mohamed yang pernah mengubati penyakit dihidapinya sebelum ini.

Katanya, dia yang mengenali suaminya selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk bernikah pada 24 Jun lalu.

“Saya mengenali suami dan menjalinkan hubungan ketika dia membawa saya berubat di rumah pengamal perubatan Islam di Melor selepas beberapa kali diuji dengan misteri kemunculan api di rumah di Kampung Penambang, di sini.

“Meskipun berbeza usia 54 tahun dengan suami, saya tetap berdoa agar dikurniakan zuriat,” katanya di sini semalam.


  


Dia yang sebelum ini mempunyai penyakit sawan memberitahu, selepas berkahwin dia tidak lagi mengalami gangguan dan kini tinggal di rumah suaminya di Kampung Chap, Bachok.

Katanya, dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dan rumah tangga itu bertahan setahun.

“Keputusan untuk berkahwin dengan suami yang merupakan duda kematian isteri Februari lalu awalnya tidak dipersetujui oleh nenek dan ahli keluarga lain.

“Selepas berfikir secara mendalam, hanya suami benar-benar memahami ujian yang pernah dialami saya ketika mengalami gangguan itu,” ujarnya.

Katanya, dia sebelum ini ba­nyak ditohmah oleh masyarakat berikutan kejadian gangguan api misteri ke­rana ramai tidak percayakannya selain beranggapan dia punca kepada kejadian itu.

“Sebelum ini ramai menganggap saya mengalami masalah mental dan macam-macam lagi,” katanya.

Media pada September 2012 melaprkan kisah Wan Nor Fatihah mendapat perhatian selepas kemunculan ‘api misteri’ yang membakar barangan dalam kediaman keluarganya.
839 Views
21 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


bottompro Lv.7 2#

Revolutioner | Credits 1252   
Boleh keras ke ciknek Suben

eyansss Lv.15 3#

Gladiator | Credits 34998   
lepas kawen tetiba dah takde?  hahahahaha…  ko patut dah dapat hint sape yang hantar dek…

airfilterkotor Lv.15 4#

Gladiator | Credits 34091   
Quote: eyansss replied at 21-7-2026 07:33 PM
lepas kawen tetiba dah takde?  hahahahaha…  ko patut dah dapat hint sape yang hantar dek…

Jahak mung.
Follow Us

L.U.S.M Lv.12 5#

Defender | Credits 11921   
Aik kawen xsmpi sebulan yakin je kau ckp dh xde gangguan..hbs tu ko berubat byk kali dgn dia sblum ni awat xberkesan2 lgsg?

Sus sgt kisah ko ni...

L.U.S.M Lv.12 6#

Defender | Credits 11921   
Quote: eyansss replied at 21-7-2026 07:33 PM
lepas kawen tetiba dah takde?  hahahahaha…  ko patut dah dapat hint sape yang hantar dek…

82 tahun tegap gitu mustahil xde memakai

TOPwind Lv.9 7#

Adventurer | Credits 4238   
Quote: bottompro replied at 21-7-2026 05:46 PM
Boleh keras ke ciknek Suben

guna robot AI

rasa sama cuma, tiada tempoh kelayuan

ADVERTISEMENT


eyansss Lv.15 8#

Gladiator | Credits 34998   

ho la...  pakak betul doh tu...  kaba2 dio hilang gitu jah...  hahaha...

eyansss Lv.15 9#

Gladiator | Credits 34998   
Quote: L.U.S.M replied at 21-7-2026 07:48 PM
82 tahun tegap gitu mustahil xde memakai

hahahaha...  kannnn...

n3ar Lv.8 10#

Honour | Credits 2687   
ni syarat nak sembuh ke apa? umur perempuan 28, umur pokcik 82..

kalu nak sembuh mung keno nikoh nge aku...sebab umur kito terbalik2 samo...

supernaturalee Lv.17 11#

Superior | Credits 57186   
based on article mstar bwh ni, actually bukan 12 tahun lepas kejadian api misteri tu

2010 sebenarnya

makna kata si patihah ni baru 12 tahun masa 1st kejadian

dlm artikel atas, kata 12 tahun lepas, maknanya 16 tahun die berubat dgn org tua ni

tah ke kena grooming dgn atuk

yihhhh


https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/10/09/api-misteri

penmerah Lv.13 12#

Challenger | Credits 15636   
Atok nampak muda dan steady utk umur 82
Lagi pula bride pun jando berpenyakit takyah la demand nak laki perfect 10 serba serbi muda bak pewaris megah holding

Bagai pinang dikerat 2

prince_marhaen Lv.11 13#

Highlander | Credits 8621   
kemain lentok lepas nikah...macam dah biasa..hahahaha api pun terpadam ye kena siram pili bomba atok...

batmana Lv.16 14#

Conqueror | Credits 40141   
bahagia tu subjektif
ada yg kawin laki sebaya muda, pstu meroyan dgn mak mentua syg sgt kt cucu, dh tu ko yg bodo pi kawin laki muda buat apa? kawinla laki umur 60,70 ,80 tahun keatas, dh tentu takde mak /pak mentua bagai

nk puaskan mulut org, smpai kiamatla ko tak kawin

lolipopmanish Lv.10 15#

Survivor | Credits 5779   
Maap shakap tapi yg perempuan tu pon mcm umo 48 instead 28

ADVERTISEMENT


KamikuP Lv.12 16#

Defender | Credits 11647   
Mungkin dah kene jilat baru api misteri tu terpadam - kataku berteka teki..

ekekekeke

Samerosie Lv.14 17#

Fighter | Credits 21526   
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

supernaturalee Lv.17 18#

Superior | Credits 57186   

mrsbale Lv.13 19#

Challenger | Credits 16733   
Typo ke ni? 28 ke 48

Anyway.. nmpk sepadan je tahniahlaa

Decaffeinated Lv.18 20#

Master | Credits 65521   
Quote: L.U.S.M replied at 21-7-2026 07:48 PM
82 tahun tegap gitu mustahil xde memakai

pakai sarung lah.

beli online.

12Next