CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 255|Reply: 1

Messi akui kekalahan di final Piala Dunia sukar diterima

[Copy link]
Post time 21-7-2026 11:50 AM | Show all posts |Read mode





NEW YORK: Lionel Messi mengakui kekalahan Argentina 0-1 kepada Sepanyol pada final Piala Dunia meninggalkan kepedihan mendalam yang memerlukan masa untuk dipulihkan.

Gol Ferran Torres pada masa tambahan di New Jersey pada Ahad meleburkan impian Argentina untuk mempertahankan kejuaraan, selain menafikan peluang Messi melengkapkan kerjaya gemilangnya dengan gelaran Piala Dunia kedua, lapor Xinhua.

Pemain berusia 39 tahun itu dijangka tidak akan beraksi pada Piala Dunia 2030, meskipun masih belum mengumumkan sebarang rancangan untuk bersara.

“Kepedihan ini amat mendalam dan luka ini akan mengambil masa untuk sembuh. Namun, saya tetap mengenang segala perkara yang baik.

“Perlawanan yang berjaya kami ubah dengan mencurahkan segala-galanya, detik yang akan kekal dalam ingatan kami selama-lamanya serta sokongan seluruh negara yang digabungkan dengan kerja keras dan usaha kumpulan ini, membawa kami kembali berada dalam kalangan pasukan terbaik dunia,” tulis Messi di media sosial.

Messi menamatkan kejohanan dengan lapan gol dan empat bantuan jaringan, dengan sesetengah pihak berpendapat beliau kurang bernasib baik apabila tidak memenangi Bola Emas selaku pemain terbaik kejohanan.

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu turut memuji rakan sepasukannya serta meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian pasukan.

“Memang sukar untuk benar-benar menghargai pencapaian kami ketika ini, tetapi kumpulan ini berjaya mara ke dua final Piala Dunia berturut-turut.

“Terima kasih atas setiap ucapan dan pesanan. Sekali lagi, kami berjaya menyatukan negara dan bersama-sama dalam berkongsi kebanggaan besar sebagai rakyat Argentina.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sepanyol atas kejayaan menjuarai kejohanan ini,” kata Messi.

-- BERNAMA-XINHUA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2026 01:37 AM | Show all posts
Edited by manopBKK at 27-7-2026 01:39 AM







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.039597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list