CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 5

Tamim Dahri dihadapkan ke Mahkamah Langkawi esok

[Copy link]
Post time 21-7-2026 09:48 AM | Show all posts |Read mode




LANGKAWI – Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak ditahan semula polis di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan (KK) di Mahkamah Majistret Langkawi, esok.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, suspek sebelum ini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu.

Kata beliau, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebelum direman selama dua hari.

“Selepas tempoh reman tamat, suspek ditangkap semula oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Langkawi berhubung laporan polis Kuah 2875/26 yang disiasat mengikut Seksyen 295 KK.

“Waran tangkap telah disempurnakan ke atas suspek dan dia akan dibawa ke hadapan Majistret Mahkamah Langkawi untuk tujuan pertuduhan esok,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! pada 16 Julai lalu melaporkan polis memohon pengeluaran Notis Merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan seorang lelaki yang didakwa merosakkan objek suci agama Hindu di Langkawi, Mac lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek, Tamim Dahri Abdul Razak, 34, sebelum ini disenaraikan sebagai orang dikehendaki selepas gagal dikesan dan semakan mendapati dia meninggalkan negara sejurus kejadian.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2026 11:44 AM | Show all posts
Kat pekarangan mahkamah nanti sure ramai geng ultra melayu mari support.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni proxy je utk bakar sentimen org melayu...yg kelakar bila pasal NS yahudi tu dia xberbunyi plak,isu babi pun dia xberbunyi jgk..psl kuil haram je dia bunyi...haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 03:15 PM | Show all posts
nak jadi hero tonggang sentimen perkauman bukan tak tau ummah negara ni macam mana. Lupa agaknya negara ni pun ada undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2026 05:22 PM | Show all posts
saje je smua ni. ade org blkg yg support
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2026 07:54 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-8-2026 03:55 PM

Bagus teruskan usaha untuk memprrbaiki Malaysia Walaupun mengundi sudah habis di johor dan n9. Jangan di lupkan 2 parasites ini kuil haram dan Rohingya haram.


https://m.youtube.com/watch?v=nPO8mzr50iw&ra=m
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048829 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list