Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   





BANGI: Malaysia berhasrat menjadi tuan rumah Piala Dunia iaitu kejohanan bola sepak paling berprestij, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata bukan sahaja sebagai tuan rumah, malah beliau ingin melihat Malaysia layak beraksi sebagai wakil Asia Tenggara dalam kejohanan berkenaan.

"Insya-Allah, satu hari nanti kita bercita-cita untuk menjadikan Malaysia tuan rumah Piala Dunia.

"Mudah-mudahan ketika itu pasukan Malaysia akan menjadi satu daripada pasukan untuk mewakili Asia Tenggara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol menerusi tayangan skrin gergasi dan program Semarak Subuh di Bangi Square 2 di sini hari ini.

Ranking skuad Harimau Malaya meningkatkan dua anak tangga kepada kedudukan ke-136 dunia berbanding 138 sebelum ini, berdasarkan kemas kini dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ratusan peminat bola sepak berkumpul di Bangi Square 2 di sini bagi memeriahkan perlawanan akhir kejohanan paling berprestij dunia membabitkan juara bertahan Argentina dan Sepanyol.

Antara pengisian bersempena dengan perlawanan akhir itu ialah sesi Borak Bola bersama legenda bola sepak negara Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Farizal Marlias dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak yang dikendalikan Hafizal Hamad.

Sebaik tamat perlawanan, Ahmad Zahid akan menyertai program Semarak Subuh bersama di Surau Al-Hamidiah di sini sebagai penutup acara. – BERNAMA
484 Views
17 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


alesandra Lv.16 2#

Conqueror | Credits 49254   
Pegi mampos.. aku x halalkan selagi hidup.

hart_attack Lv.14 3#

Fighter | Credits 20388   
dalam mimpi dia kot

Decaffeinated Lv.18 4#

Master | Credits 65521   
Cuaca Malaysia tak sesuai untuk visitors. Qatar dan Arab Saudi buat masa winter ok lah.
Follow Us

silance Lv.8 5#

Honour | Credits 2656   
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol menerusi tayangan skrin gergasi dan program Semarak Subuh di Bangi Square 2 di sini hari ini.

Tak payah ambil serious lah. Dia bukan bagi ucapan rasmi atas pentas. Cakap sambil minum teh tarik saje. Hehe.

ultra78 Lv.19 6#

Emperor | Credits 86276   
Aku awal lagi boleh ramalkan situasi di bawah:

1. Rakyat mengeluh harga tiket mahal dan mahu kerajaan subsidikan.
2. Rakyat komplen kesesakan jalan raya
3. Rakyat komplen pelancong asing berpakaian menjolok mata.
4. Dap mahu mencabar orang melayu dan islam




KamikuP Lv.12 7#

Defender | Credits 11647   
Nnti berlambak warga asing termasuk isroel datang buat onar

ADVERTISEMENT


ninja boy Lv.16 8#

Conqueror | Credits 47127   
Edited by ninja boy at 20-7-2026 04:55 PM

Penyanyi lagu world cup masih mau pakai Sakira gelek2 ja lebih

midori888 Lv.15 9#

Gladiator | Credits 32565   
berangan tak agak2...

lolipopmanish Lv.10 10#

Survivor | Credits 5779   
Takpe lah berangan tu free ye dak

supernaturalee Lv.17 11#

Superior | Credits 57186   
jadi host dgn few other country la; i.e australia, thailand, s'pore

mcm yg dah dibuat south korea-jepun (2002), us-canada-mexico (2026)

dan jgk next world cup, spain-portugal-morocco (2030)




paling2 awal lobi utk WC 2038 since 2030 & 2034 dah ada hostnya

FOTHER-MUCKER Lv.20 12#

Legenderer | Credits 145212   
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-7-2026 01:05 AM

Tak payah lah nanti ada yahudi datang kau orang menangis. Lebih baik buat pesta lumba unta.

arnabpurplee Lv.7 13#

Revolutioner | Credits 1058   
kita mampu ke nak host?

Sazreena Lv.10 14#

Survivor | Credits 6578   
Tak payah! Dengan pendatang haram yg dah berjuta kat Malaysia, plus rohingya yg makin kepala...ah jangan nak menambah beban.

IzzahF Lv.11 15#

Highlander | Credits 9325   
udah2 la wak jahid..sedare mare ko dari penorogo tu pun dah melambak2 kat sini. cukup la

ADVERTISEMENT


ezacbee Lv.13 16#

Challenger | Credits 17938   
Ni pun tersasar dah. Sekarang nak jadi tuan rumah.

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

Firenzza Lv.13 17#

Challenger | Credits 17733   
Quote: ezacbee replied at 21-7-2026 04:32 PM
Ni pun tersasar dah. Sekarang nak jadi tuan rumah.

Kan ada yg latest?

Apoo Lv.8 18#

Honour | Credits 2156   
Quote: IzzahF replied at 21-7-2026 08:59 AM
udah2 la wak jahid..sedare mare ko dari penorogo tu pun dah melambak2 kat sini. cukup la

Berani hg kutuk bakal PM ke 11 Malaysia tu.

All contents are displayed