CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2518|Reply: 62

[Tempatan] Gen Z Cucuk Ubat Kurus Sebab Nak Kawin ~ Kini Tenat!

[Copy link]
Post time 15-7-2026 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by borne at 15-7-2026 10:21 PM



Seorang bakal pengantin wanita berdepan detik cemas apabila terpaksa ditidurkan dan dirawat di hospital selepas dipercayai mengalami komplikasi serius akibat mengambil ubat penurunan berat badan jenis Retatrutide (RETA) yang dibeli secara dalam talian.

Perkongsian mengenai kejadian itu dibuat oleh seorang doktor, Dr. Hannani Murni Indah Kamarudin yang menceritakan pengalaman menerima pesakit berusia 24 tahun tersebut dalam keadaan meraung kesakitan akibat sakit perut yang melampau.



Menurut beliau, pesakit turut mengalami mata dan kulit kekuningan selain degupan jantung yang terlalu laju sehingga memerlukan rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke hospital.

“Ya Allah sakit… ya Allah sakit,” katanya mengimbau semula keadaan pesakit ketika mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati hati wanita berkenaan mengalami pembengkakan sebelum dia dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, rakan pesakit kemudian memaklumkan bahawa wanita tersebut mengambil Retatrutide yang dibeli secara dalam talian sebagai usaha menurunkan berat badan menjelang hari perkahwinannya.

Berat badannya juga dikatakan turun daripada 80 kilogram kepada 54 kilogram sebelum mengalami komplikasi tersebut.

Pemeriksaan lanjut di hospital mendapati wanita itu mengalami beberapa komplikasi serius termasuk hati dan jantung membengkak serta usus bocor, sehingga memerlukan rawatan rapi.

Dr. Hannani turut menjelaskan bahawa Retatrutide masih berada dalam fasa kajian klinikal dan belum diluluskan untuk kegunaan umum, namun dibimbangi sudah dijual secara meluas di internet.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2026 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pula Gen z ni. Kadang aku terfikir salah kita ker breed generation macam ni? Generation yang sekejab MDD, sekejab Autism, sekejab titik terendah aku.

Plus kenapa Gen Z sekarang kempunan betul semua nak kahwin cina? Yang lelaki nak kahwin perempuan cina, yang perempuan nak kahwin lelaki cina. Yang lelaki melayu pulak banyak jadi gay pondan Lgbtqxyz.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 15-7-2026 11:01 PM
Kesian pula Gen z ni. Kadang aku terfikir salah kita ker breed generation macam ni? Generation yang  ...

Sbb lelaki melayu mintak 50/50
Lelaki cina dia yg tanggung awek dia
Mcmtu la kalau baca2 komen kt tiktok
Lelaki melayu pulak nk awek cerah.putih melepak.tu yg cari amoi tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak2 melayu didik anak perempuan jadi superwomen menyara family manakala anak lelaki dibiar jadi pondan lembik bawah ketiak mak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Berat dari 80kg turun sampai 54kg?
Mcm mana punya menggelebeh la kulitnya pun...
Tak berbaloi dek nk kurus semata tp kulit tak firm.
Tp masalah skarang bkn takat tu je dah membawa maut pulak dah
Apa² saja la demi nk jadi raja sehari yg sehari cuma tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 08:10 AM | Show all posts
kalau sampai mata kuning tu, hati dah rosak la kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2026 08:32 AM | Show all posts
slavehunter replied at 15-7-2026 11:01 PM
Kesian pula Gen z ni. Kadang aku terfikir salah kita ker breed generation macam ni? Generation yang  ...

uol jgn bg idea kt dorg

dorg ni mmg dikenali sering play victim

punca je






Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 09:52 AM | Show all posts
suntikan kat klinik2 untuk kuruskan badan tu dibolehkan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2026 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 16-7-2026 09:52 AM
suntikan kat klinik2 untuk kuruskan badan tu dibolehkan ke?


Ramai betul kan amik monjaro tu..dorg kata berkesan turunkan berat badan tp takde side effect ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 11:47 AM | Show all posts
mejaputih replied at 16-7-2026 11:15 AM
Ramai betul kan amik monjaro tu..dorg kata berkesan turunkan berat badan tp takde side effect ke e ...

Mounjaro ni boleh dan lulus KKM. Lain2 tu memang tiada jaminan. Tapi beli di klinik yang berdaftar takut palsu. Harga boleh tahan dekat RM500 permulaan utk cucuk jarum 4 kali sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 11:55 AM | Show all posts
nsb benda ni agk viral juga kalau tak kwn aku merentan2 nk amk, alasan ada klinik jual bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 16-7-2026 02:27 AM
Sbb lelaki melayu mintak 50/50
Lelaki cina dia yg tanggung awek dia
Mcmtu la kalau baca2 komen kt  ...

Oooo sebab 50-50? Well.....lelaki yang minta 50-50 tu memang tak belajar agama, tak payah kahwin la kalau tak mampu, dalam Islam mana ada istilah 50-50 ni.

Same goes nak yang putih, okay fine his choice,but putih doesn't mean clean, nampak sangat white worshipper colonized mentality lelaki2 semua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 16-7-2026 12:15 PM

Deleted.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 16-7-2026 05:14 AM
Bapak2 melayu didik anak perempuan jadi superwomen menyara family manakala anak lelaki dibiar jadi p ...

Yang ni betul sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 16-7-2026 08:32 AM
uol jgn bg idea kt dorg

dorg ni mmg dikenali sering play victim

Hihi .
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 01:19 PM | Show all posts
rykall replied at 16-7-2026 11:47 AM
Mounjaro ni boleh dan lulus KKM. Lain2 tu memang tiada jaminan. Tapi beli di klinik yang berdaftar ...

i see...selamat la ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2026 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ambik mounjaro nak kawen last year itupun lepas exercise & gym semua. Weight loss total 17kg  lepas 5 jarum.  exercise masih tak tinggal in between.

Umor nak dekat 40an with low metabolism susah nak mampos nak loss weight. Ambik ni pun as enhancer je pun. Klu malas bergerak ttap lah suam-suam suku berat turun
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 02:39 PM | Show all posts
ni geng2 melahap pandai, exercise tak pandai ke acaner?



Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 02:47 PM | Show all posts
lulus kkm la ubat ni ye, so budak tu overdose ke alahai nk kurus nye psl
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2026 03:01 PM | Show all posts
ubat kurus paling mujarab cuma pi hutan je
bawala benda basic ,jgn bawa tepon atau kompas
paling bagus sesat 2-3 minggu atau sebulan

mmg confirm turun berat badan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-8-2026 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.086396 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list