CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 6811|Reply: 30

Pelakon pompuan Gerak Khas 2.0 ditahan kes dadah

[Copy link]
Post time 8-7-2026 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kashaz at 8-7-2026 11:38 AM

Yusof Haslam maklum pelakon ditahan dadah, sudah beri amaran namun tidak diendahkan.

KUALA LUMPUR: “Saya sudah beri amaran, jangan ‘expose’ diri, pergi kelab dan sebagainya kerana dia berlakon watak polis.”

Demikian kata penerbit dan pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam apabila disoal mengenai kesahihan penangkapan seorang pelakon wanita drama Gerak Khas 2.0 yang didakwa terlibat dengan kes dadah.

Menurut Yusof, dia maklum mengenai perkara itu (penangkapan) malah telah dua kali memberi amaran agar pelakon terbabit tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemar nama baik drama tersebut.

Bagaimanapun, kata Yusof, amaran berkenaan tidak diendahkan pelakon itu.

“Saya menasihatkan dia, jika hendak pergi kelab malam, karaoke dan sebagainya itu hak dia, tetapi berpada-pada kerana dia terlibat Gerak Khas 2.0.

“Saya tahu pergi karaoke itu memang rutin dia, namun kurang-kurangkan kerana dia membawa watak seorang polis.

“Apa pun amaran itu tidak diendahkan dan akhirnya membinasakan.

“Saya amat menjaga imej Gerak Khas dan tak mahu ianya tercalar. Bukanlah kita ini sempurna tapi sekurang-kurangnya saya tak mahu imej polis itu tercemar,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pelakon wanita yang membintangi drama polis ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Pelakon wanita berkenaan ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/07/yusof-haslam-maklum-pelakon-ditahan-dadah-sudah-beri-amaran-namun-tidak-diendahka/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2026 12:13 AM | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/rap/rapextra/2026/07/1380961/jadi-iktibar-buat-semua-yusof-haslam

'Jadi iktibar buat semua' - Yusof Haslam

Kuala Lumpur : "Sepatutnya ada 'shooting' hari ini. Tapi dah jadi macam ini, saya terpaksa 'gantung' dia sementara," kata penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Yusof mengulas mengenai isu penahanan seorang pelakon wanita drama kepolisan yang positif dadah.

Katanya, kebetulan penggambaran drama bersiri itu akan selesai, jadi keputusan itu wajar diambil oleh pihaknya.

"Memang, kita pun nak habis dah shooting. Kita shooting lagi dua minggu akan habis. Jadi apa yang berlaku itu biar jadi satu pengajaran.
"Benda ini polis pun dah bagi tahu , kita sebagai pelakon, kalau boleh jangan terlibat dengan dadah. Apa-apa juga perkara negatif. Tapi bila sudah terlibat dengan dadah ini, tak eloklah," katanya.

Yusof berkata, dia pernah menasihatkan pelakonnya agar tidak berkelakuan buruk, menjaga nama baik serta jangan memuatnaik gambar-gambar tidak sepatutnya di media sosial.

"Kita habiskan shooting macam itu sajalah. Maksudnya, pasal kita dah shooting banyak dah. Babak-babak pun dah tinggal sikit.

"Kalau tak ada pun tak jadi masalah. Insya-Allah kita akan habis baki berapa babak saja lagi.

"Bukan apa, yang tak sedap itu kita baru launching, baru nak siarkan minggu kedua Jumaat ini. Jadi kita dah nasihat benda ini. Tapi itulah hal ini menjadi iktibar untuk kita semua," kata Yusof yang menyerahkan segala keputusan kepada siasatan pihak polis.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal, ditahan selepas disyaki positif dadah methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Pelakon berkenaan ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2026 12:18 AM | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/rap/rapextra/2026/07/1380953/yang-pasti-bukan-asp-salina

'Yang pasti, bukan ASP Salina'



Kuala Lumpur: "Memang bukan saya. 'Confirm' (sah)," kata pelakon, Salina Saibi apabila ditanya mengenai dakwaan seorang pelakon drama kepolisan ditahan selepas disyaki positif dadah, hari ini.

Salina, 44, berkata dia menafikan spekulasi berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
"Kita serahkanlah kepada pihak yang bertanggungjawab dan pihak sepatutnya melalui saluran tepat. Kita doakan yang baik-baik saja. Saya pun tak pasti (siapa).

"Saya tak mahu komen apa-apa. Tapi yang pastinya, bukan ASP Salina. ASP Salina 'come on' la kan? Seorang ibu, isteri dan seorang ahli perniagaan. ASP Salina dah 20 tahun dah (berada dalam industri seni ini)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, pelakon yang membawakan watak Asistan Superintenden Polis (ASP) dalam drama Gerak Khas lebih dua dekad ini berkata, dia sentiasa menjaga reputasi diri daripada terjebak dengan perkara-perkara negatif.

"Sebagai 'public figure', kita sedang memikul amanah dan tanggungjawab besar. Saya selalu nasihat semua pelakon sebab setiap tindakan kami semua kena selari dengan integriti dan nama baik yang kita bawa.

"Saya tak mahu apa yang saya dah usahakan selama ini termasuk reputasi dan kepercayaan yang saya bina ini hancur akibat salah faham," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Salina berharap agar penjelasan ini membantu orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan perkara berkenaan dengan dirinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2026 12:25 AM | Show all posts


Tok Selam dah sah kan mmg pelakon Gerak Khas.
Soooooo, pelakon pompuan yg mana satu?

Salina Saibi dah deny. Dont think so la Erra kan, hihi.

Pelakon² baru ke? Tapi tadi rasa mcm dengar berita sebut usia 40an.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:34 AM | Show all posts
Baca kat threads. Ada sorg tu komen suspek OKT tu nama TS (nanti p Google sendiri noh)
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:37 AM | Show all posts
kashaz replied at 7-7-2026 04:13 PM
https://www.hmetro.com.my/rap/rapextra/2026/07/1380961/jadi-iktibar-buat-semua-yusof-haslam

'Jadi i ...

Apo da p amik pelakon yg jenis suka bersosial berlakon dlm GK...dah xada pelakon lain ka nak offer
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2026 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kashaz at 8-7-2026 12:56 AM



Berdasarkan klu yg ada, kemungkinan besar Inspektor Tisha.

Nama Penuh: Shanorbiah binti Shamsir Alam
Nama Lain: Latisha Shamsir Alam
Nama Komersial: Tisha Shamsir
Asal: Pasir Puteh, Kelantan
Umur ngam² 40 tahun, lahir 1986.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2026 12:57 AM | Show all posts
nadie90 replied at 8-7-2026 12:34 AM
Baca kat threads. Ada sorg tu komen suspek OKT tu nama TS (nanti p Google sendiri noh)

Baca kat post lagi satu pun, katanya dah private IG..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2026 12:58 AM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 8-7-2026 12:59 AM

Pelakon wanita positif tiga jenis dadah, ditahan di bilik VIP

AHMAD ISMADI ISMAIL
07 Julai 2026 10:40pm




Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Raja Chulan di sini pada Selasa. Gambar hiasan.





KUALA LUMPUR - Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Raja Chulan di sini pada Selasa.

Serbuan Op Noda itu dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 3.15 pagi ini.


Menurut sumber, pelakon wanita itu yang juga pernah menyertai rancangan realiti nyanyian ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.

"Ujian saringan awal ke atas pelakon berusia 40 tahun terbabit mendapati positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.


Hasil pemeriksaan juga mendapati premis terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah," katanya.

Sumber berkata, dalam serbuan itu seramai 14 orang ditahan terdiri penjaga premis, tujuh lelaki dan enam wanita.

Difahamkan ketika serbuan juga ada yang mempunyai rekod jenayah lampau dan masih dikehendaki.

"Premis terbabit juga menjual minuman keras tanpa lesen dan kesemua mereka kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Terdahulu media melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan itu.

"Saya sahkan (penahanan) dan masih dalam siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi.

https://www.sinarharian.com.my/article/786818/berita/semasa/pelakon-wanita-positif-tiga-jenis-dadah-ditahan-di-bilik-vip




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2026 12:58 AM | Show all posts
nadie90 replied at 8-7-2026 12:37 AM
Apo da p amik pelakon yg jenis suka bersosial berlakon dlm GK...dah xada pelakon lain ka nak offer ...

Sbb masing² tau kelaku memasing..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
kashaz replied at 8-7-2026 12:54 AM
Berdasarkan klu yg ada, kemungkinan besar Inspektor Tisha.

Nama Penuh: Shanorbiah binti Shamsir A ...

Yang ni lah aku dok crai td dh jumpa kt thread .. tok selam. Pum dh ingat kan banyak. Kali
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kashaz replied at 8-7-2026 12:54 AM
Berdasarkan klu yg ada, kemungkinan besar Inspektor Tisha.

Nama Penuh: Shanorbiah binti Shamsir A ...

Wah dah 40 masih cantik
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru aku tahu ada tv5. Tv5 ni siaran kerajaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 06:16 AM | Show all posts

Latisha Shamsir Alam..

Lepas ni kerjaya ko ke alam berzah lah nok...

Semoga tenang di dapor.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 07:14 AM | Show all posts
daripada org tak kenal, terus terkenal
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
So maknanya tok selam taulah perangai dia siap nasihat bagai..tapi tak jalan. Apelah amek pelakon takde disiplin mcm ni. Kalo kat Korea tu dah lama kena banned
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2026 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 8-7-2026 05:57 AM
Baru aku tahu ada tv5. Tv5 ni siaran kerajaan ke?

TVS...Sarawak punya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 8-7-2026 07:57 AM
TVS...Sarawak punya

Baik terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 08:49 AM | Show all posts
nama desa nan permai.

sek kito dan dadah berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 09:57 AM | Show all posts
si tisha tu memang penyanyi kan?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.066519 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list