CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 146|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Indonesia kempunan 'ajar' Malaysia

[Copy link]
Post time 28-6-2026 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Indonesia kempunan 'ajar' Malaysia

Oleh Alief Iqbal Saidin - Jun 28, 2026 @ 1:55pm




Aksi Damien Ling-Irfan M Shazmir ketika menentang beregu Indonesia.



KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan saingan Kumpulan D sebagai juara selepas menewaskan Indonesia 2-1 pada Kejohanan Badminton Remaja Asia 2026 di Yatsushiro, Jepun, hari ini.

Beraksi menggunakan format relay 55 mata setiap set, skuad negara memulakan saingan dengan langkah positif apabila beregu lelaki pertama, Damien Ling-Irfan M Shazmir, menghadiahkan kelebihan awal 11-10 ke atas Muhammad Rizki Mubarrok-Raihan Daffa Edsel Pramono.

Kelebihan itu terus diperkukuhkan menerusi beregu wanita, Genevie Lim-Low Zi Yu yang menang 22-15 ke atas Selsi Josika-Aurelia Syakira Putri sebelum Carine Tee melebarkan jurang kepada 33-27 selepas mengatasi Mayla Cahya Afilian Pratiwi dalam perseorangan wanita pertama.

Gandingan Ahmad Redzuan-Low Zi Yu kemudian memastikan Malaysia terus berada di hadapan apabila menewaskan Raihan Daffa Edsel Pramono-Atresia Naufa Candani 44-36 dalam beregu campuran pertama.

Kong Wei Xiang mengekalkan rentak cemerlang skuad negara apabila menewaskan Radithya Bayu Wardhana 55-51 dalam perseorangan lelaki pertama, sekali gus meletakkan Malaysia mendahului pada set pertama perlawanan.

Indonesia bagaimanapun bangkit merapatkan kedudukan selepas memenangi perseorangan wanita kedua, beregu campuran kedua serta perseorangan lelaki kedua.

Malaysia kembali menguasai aksi pada tiga perlawanan terakhir apabila Damien-Irfan memenangi beregu lelaki ketiga 11-9, Genevie-Zi Yu mengungguli beregu wanita ketiga 22-17 dan Carine menang tipis 33-32 dalam perseorangan wanita ketiga.

Ahmad Redzuan-Zi Yu turut menyumbang kemenangan 44-40 dalam beregu campuran ketiga sebelum Kong Wei Xiang melengkapkan kemenangan Malaysia dengan menewaskan Fardhan Rainanda Joe 55-48 dalam perseorangan lelaki ketiga.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menamatkan aksi dengan 110 mata berbanding 96 mata milik Indonesia, sekali gus mengesahkan kemenangan 2-1 dan muncul juara Kumpulan D selepas turut menewaskan Macau serta Korea Selatan dalam dua aksi terdahulu.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/06/1579214/indonesia-kempunan-ajar-malaysia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040804 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list