CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2846|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Zii Jia akhiri badi pusingan pertama

[Copy link]
Post time 25-6-2026 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Zii Jia akhiri badi pusingan pertama

Oleh Helmi Talkah - Jun 25, 2026 @ 9:52am




Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menamatkan badi tersingkir di pusingan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS), hari ini. - Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menamatkan badi tersingkir di pusingan pertama dalam lima kejohanan berturut-turut apabila melangkah ke pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Pemain ranking ke-65 dunia itu tidak berdepan masalah apabila menewaskan wakil Vietnam, Nguyen Ha Dang 21-15, 21-17 dalam tempoh 40 minit pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Tytan, Universiti Negeri California, Fullerton.

Kemenangan itu sekali gus mengakhiri rentetan aksi hambar Zii Jia yang sebelum ini gagal melepasi pusingan pertama di Terbuka Switzerland, Masters Orleans, Terbuka Thailand, Terbuka Australia dan Terbuka Macau.

Di Masters Orleans, bekas juara Seluruh England itu terkandas seawal pusingan kelayakan.

Zii Jia yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 dijadualkan bertemu sama ada Saneeth Dayanand atau K Srikanth dari India bagi perebutan tempat ke suku akhir.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki profesional negara, Cheam June Wei turut mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Taiwan, Ting Yen Chen 21-8, 21-18.

June Wei seterusnya akan berdepan Misha Zilberman dari Israel bagi merebut tiket ke suku akhir.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/06/1577516/zii-jia-akhiri-badi-pusingan-pertama





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.076780 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list