Bagaimanapun, tarikh sebenar perceraian pasangan itu tidak didedahkan kepada umum.
Difahamkan, Husna juga telah selesai menjalani tempoh idah selepas perceraian tersebut.
Menurut sumber sama, keputusan untuk berpisah dibuat selepas kedua-duanya tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga.
Sementara itu, Halim ketika dihubungi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana menganggap urusan keluarga sebagai hal peribadi.
Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, Husna dan Halim dilaporkan berpisah secara baik dan masih mengekalkan hubungan persahabatan sehingga kini.
Terdahulu, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan itu mula timbul selepas kedua-duanya didapati memadam foto bersama di media sosial masing-masing, sekali gus mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.