CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 11

‘Jika juarai TTMM2 mama bagi RM150,000, tiket Barcelona’ - Datuk Seri Vida

[Copy link]
Post time 22-6-2026 04:12 PM | Show all posts |Read mode



Terlepas gelaran juara, lebih besar lagi, penyanyi Cik Bi sebenarnya berputih mata apabila hadiah tunai RM150,000, dan hadiah percutian ke Barcelona yang dijanjikan ibu merangkap pengurusnya, Datuk Seri Vida (DSV) juga lebur begitu sahaja apabila trofi pertandingan Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menjadi milik peserta termuda, Anggrek bersama Adira selaku pengurus.

Reda rezeki tidak berpihak kepadanya, Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, yang menamatkan saingan hanya di tempat ketiga bagaimanapun menyifatkan ‘poket’ ibunya terselamat daripada mengeluarkan ganjaran lumayan kepadanya jika bergelar juara.

“Mama kata dia akan hadiahkan wang tunai RM150,000 dan bawa saya bercuti ke Barcelona, Sepanyol kalau saya jadi dapat jadi juara.

“Selain itu, kalau saya menang, semua pekerja di pejabat saya pun akan diberikan cuti, cuma rezeki saya dapat tempat ketiga.

    “Nasib baik, selamat juga poket mama,” katanya berseloroh ketika ditemui selepas malam kemuncak TTMM2 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), semalam.

Menurutnya yang mara ke pentas akhir bersama empat lagi finalis, ibunya tidak menawarkan sebarang imbuhan sekiranya dia menamatkan saingan bukan di kedudukan juara.

“Mama tak janji apa-apa yang lain sebab mama cuma cakap tentang pemenang pertama sahaja. Saya okey, jalani hidup macam biasa.

“Sebenarnya saya boleh sahaja minta mama, contohnya, ‘Cik B dapat nombor tiga, boleh tak dapat RM30,000?’ Boleh sahaja.

“Sebab mama memang sangat supportive (menyokong). Apa sahaja yang saya minta, mama tak pernah cakap no (tidak),” ujarnya.

Mengulas sikap pemurah insan kesayangannya itu, Cik B mendedahkan hadiah Lamborghini Urus Mansory dihadiahkan kepadanya selepas dia bergurau menyatakan hasrat memiliki kenderaan mewah tersebut sebagai hadiah ulang tahun kelahiran.

“Tahu tak fasal Lamborghini Urus itu yang saya dapat baru-baru ini? Sebelum ini saya tak pernah minta apa-apa. Mama yang tanya saya nak hadiah apa untuk hari jadi.

“Waktu itu saya dah tak tahu nak minta apa sebab semuanya mama sudah berikan. Jadi saya saja cakap Lamborghini Urus. Tiba-tiba dapat pula.

    “Mama memang seorang yang penuh kejutan. Sebab itu kadang-kadang saya tak beritahu apa yang saya nak kerana takut mama terus belikan. Sekarang ini pun rasa macam dah membazir,” ulasnya.

Terdahulu, Cik B juga usahawan muda itu meraih tangga ketiga TTMM2 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Takhta juara menjadi milik peserta termuda, Anggrek, 9, bersama pengurusnya, Adira Suhaimi yang melayakkan anak beranak itu membawa pulang ganjaran berjumlah RM30,000 dan trofi.

Naib johan pula dimenangi Hussain bersama pengurusnya, Jamilulhayat dengan hadiah wang tunai RM15,000 serta trofi.

Semua pemenang turut menerima hadiah emas tajaan Payang Jewellery, pakej penginapan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, selain peruntukan pengurusan serta pemasaran daripada Rocketfuel Entertainment dan sebuah single. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2026 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp pasal duit kemain. Tp sentiase ade kes hutang
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2026 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu beria pergi sambung belajar. Gitu je lenyap kisah tu. Gitu je pentaksub dia lupa kisah tu. Mudah betul gula2kan pentaksub.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2026 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapat no 3 kira bagus antra top 3
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2026 03:21 AM | Show all posts
During a casual chat in a forum about sports marketing, someone asked about 1xCup. I looked into the article and was impressed by how clearly the concept was explained. The competition managed to turn attention into lasting brand loyalty. Even though I wasn’t sure about branded tournaments before, the clarity of the idea and the execution made me think it’s a successful model.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2026 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Manager paling loser sekali. X reti nak kembangkan bakat anak. Suh anak mengembang bulat ada la.. Da tau banyak duit upah la professional consultant image. Da la manager pon fesyen buruk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2026 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
oang gila mesia
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2026 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru tgk performance cik b. Menarik jugak wpun suara hauk & penat bawak badan. Saiz badan tu tolong laa kecikkan. Vida pulak mcm org gila. Suara MK Clique sedap rupanya.. aku first time dgr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2026 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke hari tu belajar kat Barca? Dah kenapa hadiah pergi sana juga?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2026 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement humble brag tak boleh blah ya cik B. Wartawan tak berani tanya ke? Patut wartawan tanya, eh bukan ke cik B dulu belajar Spain. Apa dah jadi? Separuh jalan?
Wartawan hanya cover hasil berita yg boleh jual. Lagi diangkat lah lagi anak beranak ni adalah.
Lifestyle tak sempadan dgn hutang keliling pinggang
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2026 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg bagusnya dressing dua dua beranak  sopan dan longgar walaupun mcm pakai kelambu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2026 10:15 AM | Show all posts
missbigrockstar replied at 24-6-2026 04:17 PM
Statement humble brag tak boleh blah ya cik B. Wartawan tak berani tanya ke? Patut wartawan tanya, e ...

Kannnnn. Walopun kalo course jangka pendek pun, takdak dengaq mama sheheol brag dapat certificate ke ape.

Kalo pi ikut kursus bahasa, ada jugak cert A1, A2.

Namun ... Itulah ... Rezki sheheol. Tak putus2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059541 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list