CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 279|Reply: 1

[Jenayah] Trend warga asing kahwin warga tempatan demi lesen berniaga sudah sedekad di Selangor

[Copy link]
Post time 22-6-2026 03:56 PM | Show all posts |Read mode




SHAH ALAM – Trend warga asing mengahwini warga tempatan semata-mata untuk mendapatkan lesen perniagaan dan membina empayar perniagaan di Selangor dipercayai sudah berlarutan lebih sedekad.

Taktik itu sekaligus membuka ruang kepada eksploitasi yang luas terhadap lesen perniagaan secara sah atas nama pasangan tempatan.

Perkara itu didedahkan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim hasil pemantauan dan siasatan daripada anggota penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

Menurutnya, fenomena tersebut semakin ketara sejak kebelakangan ini yang dijadikan ‘lesen tidak langsung’ atau akses kepada lesen perniagaan.

“Saya tidak nafikan ada di antara mereka ‘kahwin palsu’ ( untuk mendapatkan lesen perniagaan daripada pasangan mereka).

“Pemeriksaan lanjut dibuat mendapati ada warga asing berkahwin dengan warga tempatan untuk berniaga sahaja.

“Fenomena kahwin palsu ini telah berlaku lebih 10 tahun. Namun, kebelakangan ini semakin banyak tapi saya tidak angka khusus mengenai kes ini,”  katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Kosmo! berhubung kewujudan ratusan premis perniagaan yang diusahakan warga asing di beberapa bandar utama termasuk di Klang yang makin berleluasa dan diusahakan dengan berani di kawasan terbuka dan tempat tumpuan ramai. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2026 05:52 PM | Show all posts
So tak bleh adjust law ke? Semua lembab, nganga tatau apa mau buat. Kalu apply lesen nama pompuan dah bleh trigger dah. 90% ada asing worang dudu belakang la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041330 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list