CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 2

[Jenayah] Pekebun haram lulian laub didenda RM80,000 ceroboh tanah kerajaan negeri

[Copy link]
Post time 22-6-2026 03:54 PM | Show all posts |Read mode



RAUB – Seorang wanita didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menduduki tanah Kerajaan Negeri Pahang tanpa kebenaran di kawasan Sungai Pertang, Mukim Gali di sini.

Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Yong Lai Kien, 48, mengikut Seksyen 425(1) (a) Kanun Tanah Negara Pindaan 2020 (Akta 828).

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjarakan selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran yang sah pada 9 Ogos 2024 kira-kira pukul 11.19 pagi.

Kesalahan itu dikesan hasil Ops Sekat Musang King yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) di kawasan Sungai Pertang.

Dalam operasi tersebut, anggota penguatkuasa menemui sebuah rumah kebun serta kawasan tanaman durian yang dibangunkan di atas tanah milik kerajaan negeri tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Muqris Alif Zairiasdi dan Nurul Ain Wozzari daripada UPNP, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Harris Mohan.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada pihak lain agar tidak sewenang-wenangnya menceroboh tanah kerajaan.

Menurut pihak pendakwaan, perbuatan tersebut bukan sahaja mengakibatkan kerosakan kepada struktur dan keadaan tanah di kawasan terbabit, malah menyebabkan ketirisan hasil kerajaan negeri melalui kehilangan kutipan permit serta hasil yang sepatutnya diperoleh secara sah.

Malah, hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara iaitu denda sehingga RM500,000, penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali membuktikan kerajaan memandang serius isu pencerobohan tanah yang semakin membimbangkan. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2026 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa padan, dulu berebut ceroboh tarah tnh hutan sebab nmpk untung besar, lulian mcm emas, sikalang lulian takdak rega, musang king sekilo rm10 ajerrr. Haha cari ronie liew yg kena pecat dari DAP tu utk tolong byr saman. Samseng sgt dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2026 07:18 PM | Show all posts
Rakyat ada ic ceroboh tanah denda 80K.
Rongak ceroboh negara, tatau nak buat apa. Podah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043245 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list