CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 264|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Aisyah puas lebur rekod peribadi terbaik

[Copy link]
Post time 20-6-2026 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Aisyah puas lebur rekod peribadi terbaik

Oleh Syazwan Msar - Jun 20, 2026 @ 6:10pm




Nur Aishah Rofina Aling (tengah) meraikan kejayaan menduduki tempat pertama acara 100 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2026 di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM). - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD



KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam bulan bergelut dengan prestasi sendiri, pelari pecut wanita negara, Aisyah Rofina Aling akhirnya menemui detik paling dinanti apabila berjaya memecahkan rekod peribadi terbaik (PB) dalam acara 100 meter (m) wanita pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, petang semalam.

Lebih bermakna, catatan 11.707 saat (s) itu bukan sahaja menghadiahkan emas buat Aisyah, malah menamatkan penantian panjang yang sekian lama membelenggu dirinya dalam usaha kembali ke prestasi terbaik.

Dalam perlumbaan penuh sengit yang hanya dipisahkan dalam ratusan saat di garisan penamat, Aisyah menewaskan pencabar rapatnya, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira yang mencatat 11.710s.

Namun bagi Aisyah, saat paling bermakna hadir bukan ketika dia melihat dirinya diangkat sebagai pemenang, sebaliknya apabila papan masa menunjukkan catatan yang selama ini dikejarnya tanpa jemu.

"Saya jadi emosi sebab bila tengok masa, saya tahu saya sudah buat PB.

Ketika itu kami pun tidak pasti siapa menang, tetapi sama ada menang atau kalah, kami tetap gembira kerana berjaya mengatasi catatan terbaik masing-masing.

"Sangat susah untuk dapatkan PB ini.

Saya rasa sudah lima hingga enam bulan berusaha untuk mencapainya," katanya.

Aisyah berkata, tekanan untuk menang tidak pernah menjadi fokus utama, sebaliknya dia hanya mahu kembali menembusi sempadan prestasi peribadi yang lama tertahan.

"Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya cuma mahu lakukan yang terbaik untuk catat PB.

Alhamdulillah semalam dapat emas juga," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2026/06/1574947/aisyah-puas-lebur-rekod-peribadi-terbaik





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036427 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list