CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 405|Reply: 1

[Tempatan] Honda Prelude kembali ke Malaysia dengan harga RM278,000

[Copy link]
Post time 11-6-2026 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Honda Prelude kembali ke Malaysia dengan harga RM278,000
Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Jun 11, 2026 @ 1:38pm

Honda Prelude serba baharu dipacu rangkaian kuasa 2.0 liter e:HEV yang menghasilkan kuasa 184PS dan tork 315Nm - Gambar ihsan Honda Malaysia

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia melancarkan Prelude serba baharu pada harga atas jalan tanpa insurans RM278,000, sekali gus menyaksikan kembalinya model ikonik itu dalam generasi keenam dengan teknologi S+ Shift yang pertama diperkenalkan di negara ini.

Dibangunkan berteraskan konsep 'Unlimited Glide', model baharu itu direka untuk menawarkan gabungan keseronokan pemanduan, keselesaan premium serta kepraktisan penggunaan harian menerusi pendekatan grand tourer moden.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkata teknologi hibrid terus menjadi antara laluan paling realistik dan berkesan ke arah kelestarian alam sekitar tanpa menjejaskan prestasi, kemudahan serta pengalaman pemanduan yang diharapkan pelanggan.

"Visi ini direalisasikan menerusi barisan model e:HEV kami yang merangkumi segmen sedan, hatchback dan SUV (kenderaan utiliti sukan). Dengan pengenalan Prelude serba baharu, kami terus mengukuhkan komitmen terhadap perjalanan ini.

"Prelude menjadi simbol bagaimana teknologi hibrid mampu meningkatkan keseronokan pemanduan sambil mengekalkan hubungan emosi yang sentiasa menjadi identiti kenderaan Honda," katanya pada pelancaran model itu di Kuala Lumpur, semalam.

Sebagai grand tourer moden, Prelude serba baharu dipacu rangkaian kuasa 2.0 liter e:HEV yang menghasilkan kuasa 184PS dan tork 315Nm bagi menawarkan pecutan responsif, penyaluran kuasa lancar serta kecekapan yang mengagumkan.

Model itu memperkenalkan teknologi S+ Shift, iaitu sistem hibrid dipacu motor yang mengawal putaran enjin secara tepat ketika pecutan dan nyahpecutan bagi menghasilkan respons pemanduan lebih langsung serta rasa pertukaran gear yang lebih mantap.

Honda berkata, teknologi itu turut menyelaraskan penghantaran kuasa, Active Sound Control (ASC) serta paparan dinamik pada meter kuasa untuk mewujudkan pengalaman pemanduan yang lebih mengasyikkan.

Prelude serba baharu didatangkan dengan tiga mod pemanduan iaitu Sport, GT dan Comfort, yang masing-masing menawarkan ciri berbeza mengikut keperluan pemandu.

Sport Mode meningkatkan respons pengendalian dan kestabilan untuk penglibatan pemanduan maksimum, manakala GT Mode mengimbangi keselesaan premium, kestabilan serta prestasi untuk perjalanan jarak jauh.

Comfort Mode pula direka bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih santai menerusi penghantaran kuasa lebih lancar dan stereng lebih ringan.

Selain itu, pemandu boleh menyesuaikan tetapan seperti rangkaian kuasa, stereng, suspensi, paparan meter dan bunyi enjin menerusi Individual Mode mengikut cita rasa masing-masing.

Buat pertama kali dalam model Honda, Prelude dilengkapi ciri Coasting Control Operation yang membolehkan kenderaan memperlahankan kelajuan secara lebih lancar, sekali gus mengurangkan keperluan pemandu untuk kerap bertukar antara pedal brek dan pendikit.

Dari aspek pengendalian, model itu menggunakan teknologi casis yang diadaptasi daripada Type R, termasuk suspensi hadapan dual-axis strut dan Adaptive Damper System bagi menawarkan kawalan lebih tepat serta meningkatkan keyakinan pemandu.

Ia turut dilengkapi Agile Handling Assist (AHA) yang membantu memaksimumkan kestabilan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh atau mengelak halangan di jalan raya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2026 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Model city ngan civic baru tu pun dah mata prelude. Mata yg ni boleh buka tutup tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039048 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list