CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 13

[Tempatan] Budak sembilan tahun maut dilanggar SUV dipandu guru

[Copy link]
Post time 11-6-2026 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Budak sembilan tahun maut dilanggar SUV dipandu guru
SYAMILAH ZULKIFLISYAMILAH ZULKIFLI
10 Jun 2026 11:08pm

Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

REMBAU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dilanggar kenderaan dipandu seorang guru di Kilometer 1 Jalan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu, Kota di sini pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang bermain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, polis menerima maklumat terdapat satu kemalangan jalan raya di lokasi melibatkan seorang pejalan kaki dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz pada jam 6.40 petang.

"Siasatan awal mendapati, SUV tersebut dipandu seorang guru berusia 42 tahun dari arah Sekolah Kebangsaan Legong Ulu Kota menghala ke kawasan perumahan PPRT terbabit.

"Namun kenderaan dipandu telah terlanggar seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang berada di jalan dalam kawasan perumahan di situ," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, akibat kejadian, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat, manakala pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Seorang kanak-kanak lelaki maut dilanggar sebuah SUV yang dipandu seorang guru ketika bermain di Jalan PPRT Legong Ulu, Kota, Rembau pada Rabu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2026 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kawasan sekolah kan?  Aku ummah SUV ni memang takleh go.

Kalo pendek macamane la dorang bawak.  Memang takkan nampak tanah punye.  Dorang bawak sambey berangan di alam dalam kepale dorang saje.  The whole world shuts down gitu.  Takat nampak jalan yang jauh ke depan je la.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2026 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Laju ke cikgu ni bawa sampai parah gitu. Dah dikawasan perumahan elok le drive slow je santai2 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Blu3butter replied at 11-6-2026 10:29 PM
Innalillahiwainnaillahirojiun
Laju ke cikgu ni bawa sampai parah gitu. Dah dikawasan perumahan elok ...

Ce kalo anak dia yang kene.  Baru rase..  Kan??
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 05:35 PM | Show all posts
Cikgu2 majoriti bawak laju ok. Aku ulang alik amik anak tunggu anak kat sekolah kerap nampak. Belum keluar pagar elok je. Kona jalan luar sekolah pedal tekan rapat.

Padahal budak ramai yg jalan kaki di jalan besar. Kawasan perumahan kan alert la sikit. Bukan highway nak lenjan kereta
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
SUV tinggi selalu x nampak lagi2 kalau budak kecik

Dah tau kete gitu..BAWAK LA PERLAHAN
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2026 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi perasan aruz ni memanjang laju je...jalan biasa ke h/way berdesup²....haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 12-6-2026 10:33 AM
Ce kalo anak dia yang kene.  Baru rase..  Kan??

Tu ler kan... Langsung tak nak beringat sbb budak2 biasa le keluar main ni. Yg takde padang kawasan depan rumah le tempat mainnya jd kalau dah tahu masuk kawasan penempatan ni agak2 la drive
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2026 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya tengah drive tup2 budak tu tiber berlari nak lintas jalan ke tak sempat nak brek terus langgar. Keter Aruz ni ada pasang camera tak, kalau ada boleh tengok balik kejadian tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2026 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling suka kereta Alphard .....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2026 04:18 PM | Show all posts
saya tanya gemini

Di bawah undang-undang Malaysia, jika seorang kanak-kanak bermain di atas jalan raya dan dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu dengan kelajuan biasa, kesalahan utama dan tanggungjawab jenayah sebahagian besarnya akan jatuh kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut, bukannya pemandu kereta. [1]
Berikut adalah pecahan bagaimana pihak berkuasa dan mahkamah menentukan liabiliti (siapa yang salah) dari sudut undang-undang:
## 1. Kesalahan Ibu Bapa: Pengabaian & Kecuaian Kanak-Kanak
Jalan raya bukanlah tempat bermain. Ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawasi keselamatan anak-anak mereka yang di bawah umur.

* Akta Kanak-Kanak 2001 (Seksyen 31(1)(a)): Ibu bapa boleh didakwa atas kesalahan mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali. [1, 2, 3]
* Kecuaian yang Menyebabkan Kematian: Jika kemalangan itu mengakibatkan kematian kanak-kanak tersebut, ibu bapa juga berisiko disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan atas kecuaian yang menyebabkan kematian. [4, 5]

## 2. Status Pemandu Kereta: Bebas Kesalahan Jika Tiada Unsur Kecuaian
Mengikut situasi yang anda nyatakan ("dipandu dengan kelajuan biasa" dan anak "bermain di atas jalan raya"), pemandu kereta lazimnya tidak bersalah dari segi undang-undang trafik jika siasatan polis membuktikan:

* Pemandu mematuhi had laju, tidak memandu secara melulu, dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol/dadah.
* Kemalangan tersebut adalah satu kemalangan tidak dapat dielakkan (unavoidable accident), contohnya jika kanak-kanak tersebut meloncat atau berlari keluar ke tengah jalan secara tiba-tiba (situasi sudden emergency) sehinggakan pemandu tidak sempat menekan brek walaupun memandu perlahan. [6]

## 3. Keadaan Di Mana Pemandu Boleh Menjadi Bersalah
Pemandu hanya akan dipertanggungjawabkan (sama ada sepenuhnya atau sebahagian) jika pihak polis menemui bukti kecuaian di pihak pemandu, contohnya:

* Memandu sambil menggunakan telefon bimbit (hilang tumpuan). [7]
* Gagal menekan brek atau mengelak walaupun jarak kanak-kanak itu dari jauh sudah kelihatan jelas (gagal mengawal kenderaan dengan munasabah).
* Memandu di kawasan zon sekolah atau kawasan perumahan yang mempunyai papan tanda amaran kanak-kanak, di mana pemandu sepatutnya memandu jauh lebih perlahan daripada biasa dan lebih berhati-hati.

## Kesimpulan (Sisi Sivil / Tuntutan Insurans)
Dalam tuntutan ganti rugi sivil (tort of negligence), mahkamah akan menggunakan prinsip "Contributory Negligence" (Kecuaian Menyumbang). Memandangkan pemandu memandu dengan betul tetapi kanak-kanak itu diletakkan dalam bahaya oleh ibu bapa di atas jalan raya, mahkamah biasanya akan memutuskan bahawa kecuaian 100% (atau sebahagian besar yang mutlak) berpunca daripada pihak penjaga kanak-kanak itu sendiri.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, adakah situasi ini melibatkan kawasan perumahan, jalan raya utama, atau adakah kanak-kanak tersebut menggunakan sebarang alat permainan seperti basikal lajak atau skuter semasa kejadian?

[1] [https://www.astroawani.com](https://www.astroawani.com/berit ... eladan-pakar-474633)
[2] [https://www.bharian.com.my](https://www.bharian.com.my/berit ... jika-ada-unsur-cuai)
[3] [https://suhakam.org.my](https://suhakam.org.my/2023/07/p ... ap-keselamatan-kan/)
[4] [https://www.facebook.com](https://www.facebook.com/Samarah ... n/1075254741283846/)
[5] [https://www.facebook.com](https://www.facebook.com/Samarah ... n/1075254741283846/)
[6] [https://www.utusan.com.my](https://www.utusan.com.my/nasion ... ggar-pemandu-mabuk/)
[7] [https://malaysiagazette.com](https://malaysiagazette.com/2025 ... bawah-umur-memandu/)
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2026 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 13-6-2026 04:18 PM
saya tanya gemini

Di bawah undang-undang Malaysia, jika seorang kanak-kanak bermain di atas jalan r ...

Eh bukan ke mase driving test memang tak boley pass kalo tak menghormati pejalan kaki??  Ko ingat ikot akta ni boley la ko nak merempit naik SUV kat taman perumahan???  Gile..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2026 06:47 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 13-6-2026 04:22 PM
Eh bukan ke mase driving test memang tak boley pass kalo tak menghormati pejalan kaki??  Ko ingat  ...

alaaa jangan lah marah
sikit2 nak marah
acer baca dengan hati terbuka
tak faham lah kome ni
darah pahlawan sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2026 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 13-6-2026 07:12 PM

Dulu...guru kencing berdiri..murid kencing berlari.
Sekarang...murid elok duk tepi..cikgu pi langgar plak.
                           
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.571627 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list