CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1685|Reply: 25

[Tempatan] Susulan kes keluarga disuruh turun pesawat: AirAsia mohon maaf

[Copy link]
Post time 11-6-2026 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Kes keluarga disuruh turun pesawat: AirAsia mohon maaf
Suraya Ali - Jun 9, 2026 @ 9:48am


Pada 29 Mei lalu, BH melaporkan luahan kecewa seorang ibu selepas keluarganya diarahkan turun dari pesawat, susulan isu penggunaan kerusi khas pesawat untuk anak perempuannya yang menghidap cerebral palsy kuadriplegik.

KUALA LUMPUR: AirAsia tampil memohon maaf secara terbuka dan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih inklusif untuk menyokong penumpang berkeperluan khas, susulan insiden sebuah keluarga tidak dibenarkan menaiki pesawat pada cuti Aidiladha baru-baru ini.

Langkah berkenaan diambil selepas syarikat penerbangan itu selesai menjalankan semakan menyeluruh berhubung kesukaran yang dihadapi keluarga terbabit bagi penerbangan AK 1776 dari Singapura ke Kuching pada 26 Mei lalu.

Ketua Pegawai Keselamatan dan Kualiti AirAsia X (Kumpulan AirAsia), Kapten Saravanan Subramaniam, berkata pihak pengurusan memohon maaf kepada keluarga berkenaan atas segala kesulitan yang berlaku.

"Walaupun keputusan dibuat selaras dengan keperluan keselamatan dan prosedur operasi yang berkuat kuasa pada masa itu, ia tidak pernah menjadi niat kami untuk menghalang mana-mana tetamu daripada melakukan perjalanan.

"Insiden ini membuka peluang untuk kami meningkatkan proses bagi menyokong tetamu (penumpang) yang mempunyai keperluan khusus dengan lebih baik," katanya yang turut memaklumkan SOP dipertingkatkan itu kini telah dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk kelulusan.


Keluarga ada anak Cerebral Palsy gembira apabila AirAsia kini menerima penggunaan Alat Penahan Kanak-Kanak (CRD) yang diluluskan untuk individu berumur enam bulan ke atas, termasuk penumpang keperluan khas, tertakluk kepada arahan pengilang.

Keluarga syukur permohonan maaf kemenangan besar

Sementara itu, penumpang terbabit, Syarifah Ella Wan Wahab melahirkan rasa syukur dan menyifatkan komitmen perubahan daripada AirAsia sebagai satu kemenangan besar buat agenda keterangkuman yang melampaui kepentingan keluarganya.

Melalui hantaran di Threads, beliau mengesahkan telah menerima permohonan maaf rasmi, bayaran balik penuh, serta tawaran penerbangan percuma sebagai tanda ihsan.

"Saya amat menghargai kesediaan yang ditunjukkan untuk mendengar dan mengambil langkah membina. Aksesibiliti dan keterangkuman bukanlah keistimewaan khas, ia adalah hak asasi," katanya.

Syarifah Ella berkata, pengakuan dan perubahan paling bermakna adalah pengesahan bahawa Alat Penahan Kanak-Kanak (CRD) yang diluluskan kini diterima untuk individu berumur enam bulan ke atas, termasuk penumpang keperluan khas, tertakluk kepada arahan pengilang.

Sebelum ini, dasar sedia ada hanya terpakai kepada kanak-kanak berusia enam bulan hingga tiga tahun dengan berat maksimum 18 kilogram.

Perubahan ini memberi pengiktirafan bahawa individu kurang upaya memerlukan sistem sokongan tanpa terikat kepada had umur atau berat badan semata-mata.

"Jika perjalanan kami menyumbang ke arah memastikan kanak-kanak kurang upaya lain dapat menaiki penerbangan dengan maruah, ia telah memenuhi tujuan yang jauh lebih besar," katanya yang berharap SOP baharu itu dipaparkan di laman sesawang AirAsia kelak.

Kejadian itu mula mendapat tumpuan awam selepas luahan Syarifah Ella yang kesal apabila diarahkan keluar dari pesawat bersama anak perempuannya, Zara, yang menghidap Cerebral Palsy, tular di media sosial.

Tindakan tersebut diambil kakitangan bertugas berikutan isu teknikal membabitkan kebenaran penggunaan kerusi khas yang dibawa untuk menyokong keadaan fizikal anaknya sepanjang penerbangan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2026 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib dpt balik duit. Patutnya kena byr jugak harga segala2 makan minum, buang masa, tambang masuk singapore etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2026 06:20 PM | Show all posts
'Sebelum ini, dasar sedia ada hanya terpakai kepada kanak-kanak berusia enam bulan hingga tiga tahun dengan berat maksimum 18 kilogram.'

anak dia umur berapa tahun?

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2026 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah lama boikot air ahh sial.... sebab service mcm hanat takda timbang rasa. Harga pon idok ler murah mana kalau add on full carrier service, malah lagi mahal. Setan punya air asia taktau kenapa marhean suka bebenor naik air asia
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2026 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 11-6-2026 07:58 PM
Aku dah lama boikot air ahh sial.... sebab service mcm hanat takda timbang rasa. Harga pon idok ler  ...

Iols pun skrg kalau perlu blk kg naik flight or vacation ke sabah swk iols tak pilih dah air asia..sbb dah x murah dan byk kena add on.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-6-2026 06:20 PM
'Sebelum ini, dasar sedia ada hanya terpakai kepada kanak-kanak berusia enam bulan hingga tiga tahun ...

Rasanya dasar 6 bln - 3 tahun ni utk kanak2 normal shj. Tu yg AA kene update balik dasar ni utk cover juga org berkeperluan khas mcm kes ni  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2026 08:23 AM | Show all posts
mejaputih replied at 11-6-2026 08:29 PM
Iols pun skrg kalau perlu blk kg naik flight or vacation ke sabah swk iols tak pilih dah air asia. ...

meols lagi suka naik Batik Air dari AA
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 12-6-2026 08:23 AM
meols lagi suka naik Batik Air dari AA

Iols x penah lg naik batik air...lps ni boleh la riki2 jika opt for non check in baggage punya travel. Firefly pun so far ok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2026 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 12-6-2026 08:23 AM
meols lagi suka naik Batik Air dari AA

Batik Air ni for international flight shj ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 08:39 AM | Show all posts
mejaputih replied at 12-6-2026 08:33 AM
Iols x penah lg naik batik air...lps ni boleh la riki2 jika opt for non check in baggage punya tra ...

so far meols naik Batik, Alhamdulillah takde masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 08:51 AM | Show all posts
mejaputih replied at 12-6-2026 08:35 AM
Batik Air ni for international flight shj ke?

batik air ada jer operated domestic flight, Penang, KK, JB, Kota Bharu, Kuching, Miri.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 09:12 AM | Show all posts
midori888 replied at 12-6-2026 08:51 AM
batik air ada jer operated domestic flight, Penang, KK, JB, Kota Bharu, Kuching, Miri.....

i see....tak semua domestic la dia cover...at least sabah swk ada yg ibu negeri..cuma tawau takde la ek
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 09:23 AM | Show all posts
emera replied at 11-6-2026 06:06 PM
Nasib dpt balik duit. Patutnya kena byr jugak harga segala2 makan minum, buang masa, tambang masuk s ...
Melalui hantaran di Threads, beliau mengesahkan telah menerima permohonan maaf rasmi, bayaran balik penuh, serta tawaran penerbangan percuma sebagai tanda ihsan.



ella pun dah terima semua yg air asia counter balik



utk kita2 ni; take note klu kena hadap kes2 cenggini

kena stand up & speak up

u never know situasi tu jadi pemangkin kpd perubahan utk sesuatu yg lebih baik

utk semua orang


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 03:26 PM | Show all posts
tak pernah naik AA 11 tahun dalam arena atas langit ni, rasanya, rekod tak pernah naik AA aku, akan dipecahkan tahun ni rasai pengalamannya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2026 03:26 PM | Show all posts
tak pernah naik AA 11 tahun dalam arena atas langit ni, rasanya, rekod tak pernah naik AA aku, akan dipecahkan tahun ni rasai pengalamannya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2026 12:56 PM | Show all posts
asal Boss no 1 keling nilah yg akan berlaku

Astro pun sama Boss no 1 Keling

sama dgn Batik Air Boss no 1 pun keling

banyak kesah buang ke laut Keling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2026 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 11-6-2026 08:29 PM
Iols pun skrg kalau perlu blk kg naik flight or vacation ke sabah swk iols tak pilih dah air asia. ...

Air asia byk scam. Aku last naik, pernah add on yg priority service dgn express bependa ntah. Add on 400++ / pax on top off ticket price dari jakarta sebab nak avoid hassle. Pastu nan hadooo.. takda pon dia panggil nama aku priority boarding, bag je keluar awal. Bila aku demand kat depan gate, baru dia mcm tersedar dari tdo baru dia tahan other passenger utk lepaskan aku masuk plane dulu. Masa tu dah dekat 20 org lepas. Setan kan. Pastu takda pon dedicated priority lane apa semua. Bazir duit aku je bayar 400++ extra for nothing. Kalau mas priority service ni add on berapa puluh ringgit je utk kelas econony, kalau membership tinggi sikit dgn ambil business class dpt free jahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2026 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yang tak cacat ni pun tak selesa dengan AirAsia... Seat tempat duduk tu rapat sangat dengan seat depan.

Macam AA ni digunakan untuk angkut Alien yang tiada kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2026 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 12-6-2026 08:39 AM
so far meols naik Batik, Alhamdulillah takde masalah...

Ye , aku prefer Batik Air dari Air Asia ni.

Kalau dulu dulu aku guna Malindo, tapi aku tengok pramugari Malindo dan kerek juga macam pramugari AA.

Btw Malindo tu Batik Air lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2026 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 20-6-2026 04:13 PM
Air asia byk scam. Aku last naik, pernah add on yg priority service dgn express bependa ntah. Add  ...

Pulak..byk tu rm400+...aparaaa..mmg pangkah la airasia ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.093281 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list