CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Tempatan] Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam

[Copy link]
Post time 11-6-2026 12:19 PM | Show all posts |Read mode



Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam​


MELAKA, 11 Jun (Bernama) Seorang penganggur dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas dakwaan membunuh kenalannya di sebuah rumah kedai pada Mac lepas, yang mayatnya ditemukan dua bulan kemudian.

Kamil Harris Mohd Abd Nasir, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh membunuh Mohd Idris Yasmir, 40, di Taman Seri Pandan 1, Jalan Pokok Mangga di sini, antara 10 malam pada 30 Mac hingga 3 pagi, 31 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani ,manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 29 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan penemuan mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh, yang ditemukan dalam gulungan tilam dengan tangan terikat di sebuah rumah kedai di kawasan Pokok Mangga pada 7 malam 28 Mei lepas.

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2567269

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055369 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list