CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 343|Reply: 2

[Tempatan] Dua lelaki direman tujuh kes pukul warga asing di Marang

[Copy link]
Post time 11-6-2026 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki direman tujuh kes pukul warga asing di MarangDUA lelaki semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi membantu siasatan kes memukul, merosakkan harta benda seorang pekerja kedai warga asing. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
KUALA TERENGGANU: Dua lelaki ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memukul warga asing dan merosakkan harta benda sebuah kedai runcit di Marang, dekat sini semalam.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret di sini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kedua-dua suspek yang berusia 20-an itu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun.
Kata beliau, polis daerah Marang menerima laporan berhubung kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 7.25 malam semalam.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan suspek sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mangsa serta kerosakan harta benda.  
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau alat berbahaya. kes turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya.
Kejadian tersebut tular dalam media sosial apabila beberapa rakaman video memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah kedai runcit di Kampung Mak Kemas, Marang.
Difahamkan, mangsa yang merupakan warga Bangladesh didatangi tiga lelaki tempatan yang kemudian bertanyakan status kewarganegaraannya.
Menerusi rakaman video berkenaan, suspek kemudiannya dilihat bertindak agresif dengan memukul mangsa selain merosakkan beberapa barangan di dalam premis berkenaan.
Difahamkan, mangsa tmengalami kecederaan di bahagian kepala, muka dan lengan sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). –

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2026 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2026 01:14 PM | Show all posts
Edited by silance at 11-6-2026 01:29 PM

Dulu co. Jepun selalu bawa masuk executive/manager level staff datang malasia. Mereka duduk sini few months to year(s).  Dulu ramai...

Tetapi sekarang, pati bangla, paki, nepol, miangma, buka kedai runcit jual bawang, kentang, penyapu pun nak import cashier. Wow wow wow! Hebaknya.
Padahal, sebenarnya bukan saya cashier lahanat tersebut tak diperlukan, kedai itu pun tak diperlukan. Banyak kedai lain. Kalu orang lain taknak buka kedai pun, ada banyak lain lotus, giant, speedmart, hero, aeon, online, grab order, lain-lain....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.097065 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list