CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 4

[Tempatan] ​'Ini bukan Selayang, ini Marang', penduduk bantah lambakan Rohingya

[Copy link]
Post time 8-6-2026 08:20 PM | Show all posts |Read mode
​'Ini bukan Selayang, ini Marang', penduduk bantah lambakan Rohingya
NORHASPIDA YATIMNORHASPIDA YATIM
07 Jun 2026 05:57pm

Gambar tular Sepanduk kain putih yang digantung di sebuah jejantas dipercayai di Marang, Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Sepanduk kain putih yang digantung di sebuah jejantas memaparkan mesej berbunyi, 'Ini bukan Selayang, ini Marang' tular di media sosial pada Ahad, dipercayai sebagai isyarat bantahan penduduk tempatan terhadap lambakan pelarian Rohingya di kawasan sekitar.

​Sepanduk tersebut turut memaparkan tulisan "Bangkit Orang Marang" berserta tanda pagar #SayNoToRohingya sebagai tanda solidariti menolak kehadiran komuniti berkenaan.

​Isu terbabit mendapat perhatian meluas selepas perkongsian daripada sebuah akaun komuniti memuji tindakan tersebut dengan menyertakan kapsyen, "Terbaik rakyat Marang. Harap MB (Menteri Besar) dan YB (Wakil Rakyat) boleh membaca. Rohingya terlalu ramai di Rusila. Kami dok (tidak) selesa!"

​Tinjauan di ruangan komen mendapati hantaran berkenaan dihujani ratusan reaksi netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan pemasangan sepanduk itu demi menjaga ketenteraman dan keselamatan penduduk setempat, khususnya di kawasan kubu kuat Pas di Rusila.

​Segelintir penduduk mendakwa lambakan warga asing tersebut mula menimbulkan keresahan apabila ada di antara mereka yang didakwa mula membuat masalah, mengabaikan undang-undang, serta terlibat dalam kes kecurian kecil seperti mengambil besi buruk di luar rumah penduduk.

​Malah, terdapat pengguna media sosial yang menggesa agar pemilik tanah atau rumah sewa tempatan mengambil tindakan tegas dengan tidak lagi menyewakan premis mereka kepada golongan pelarian terbabit.

​"Rakyat bertindak dulu... tuan bagi sewa, tarik balik sewa dan suruh pindah lain. Jangan sampai merugi diri sendiri," kata seorang netizen di ruangan komen.

​Selain itu, netizen turut mengaitkan isu ini dengan tanggungjawab politik, di mana mereka menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen kawasan terlibat supaya tidak mendiamkan diri dan segera membawa suara rakyat Marang kepada kerajaan persekutuan bagi mencari jalan penyelesaian tuntas.

​Malah, sebuah poster politik turut tular di ruangan komen yang menyatakan bahawa undi rakyat akan diberikan kepada mana-mana parti sama ada BN, Pas, mahupun PKR yang komited untuk menghalau dan menghantar pulang pelarian tersebut ke negara asal mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2026 09:53 PM | Show all posts
Malah, sebuah poster politik turut tular di ruangan komen yang menyatakan bahawa undi rakyat akan diberikan kepada mana-mana parti sama ada BN, Pas, mahupun PKR yang komited untuk menghalau dan menghantar pulang pelarian tersebut ke negara asal mereka.

-Taun lepas, waibeh-waibeh ramai melompat-lompat isu ZQ. Macam-macam teori keluar.   Kenapa? Sebab not very very heavy issue. This round, ramai senyap saja. Kenapa? Sebab this is very very the heavy issue. Bottleneck, perlu high commitment, banyak kerja, kena deal/debate dengan international level of pepol. Can do aaa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2026 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Apoo at 9-6-2026 12:04 AM

Rakyat marang jangan lupa, ahli parlimen depa yg bersama2 bersolidariti dengan org Rohingya beberapa tahun lepas. So serve yourself la.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2016/12/219669/najib-hadi-hadir-perhimpunan-solidariti-rohingnya-esok
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2026 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kali lah.. rakyat malaysia hanya undi parti yg tolak rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2026 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 9-6-2026 02:03 PM

Apalagi van putih kidnap tangkap, bising2 tarak guna, 1 tahun 20 budak lahir 5 tahun 100 budak lahir aa gituh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.075842 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list