CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 382|Reply: 2

[Tempatan] Bomba selamatkan pendaki cedera di Gunung Chemerong

[Copy link]
Post time 8-6-2026 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Bomba selamatkan pendaki cedera di Gunung Chemerong
BERNAMA - Jun 8, 2026 @ 5:05pm

Pasukan bomba membantu membawa turun pendaki yang cedera ketika mendaki unung Chemerong dekat Hutan Simpan Pasir Raja, Dungun, Terengganu. Foto ihsan FB bomba Terengganu

DUNGUN: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menyelamatkan lelaki yang cedera pada kaki ketika mendaki Gunung Chemerong dekat Hutan Simpan Pasir Raja, di sini hari ini.

Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Penguasa Kanan Bomba I Shahrin Yusmar Mat Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 1.21 tengah hari semalam dan operasi membabitkan enam anggota.

"Peserta lelaki berusia 48 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tidak dapat berjalan akibat kepenatan sehingga perlu meminta bantuan bomba untuk dibawa keluar dari gunung berkenaan.

"Ketika laporan diterima, peserta itu berada di kawasan Air Terjun Sungai Bangan di Gunung Chemerong dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Shahrin Yusmar berkata, jarak ke lokasi dari kaki gunung itu sejauh tujuh kilometer dan mengambil masa enam jam untuk sampai, selain pasukan penyelamat turut mengalami kesukaran ekoran cuaca hujan dan keadaan geografi yang berliku serta curam.

Beliau berkata, mangsa selamat dibawa ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di kaki Gunung Chemerong pada jam 11.55 pagi tadi dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.

Katanya, aktiviti pendakian itu disertai 27 peserta termasuk lapan wanita daripada kelab guru dan staf sekolah menengah di Selangor serta empat malim gunung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2026 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh hikers ni dah jadi masalah negare sekarang..  Aku yang aritu simpati dah naik meluat puleks.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2026 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Huh dr s'ngor sampai tganu nuuu diaorg pegi, dgn tgh heboh 1 msia org hilang di hutan, acik2 tu gagah jugak pi manjat. Hmmm..

Kalau takde yg cedera, kita pun tak tahu group ni punya aktiviti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064214 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list