CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 600|Reply: 8

[Tempatan] HTAR perjelas video tular burung merpati masuk wad, patuk bekas makanan pesakit

[Copy link]
Post time 8-6-2026 08:09 PM | Show all posts |Read mode
HTAR perjelas video tular burung merpati masuk wad, patuk bekas makanan pesakit
Oleh Ruwaida Md Zain - Jun 8, 2026 @ 6:35pm

Tangkap layar tular menunjukkan burung merpati dan gagak memasuki wad pesakit di HTAR

SHAH ALAM: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sudah mengambil tindakan susulan berhubung isu video tular berkaitan kemasukan burung merpati di wad di hospital berkenaan.

HTAR dalam kenyataan menjelaskan, terdapat burung merpati dan gagak yang menjadikan kawasan pokok di sekitar hospital sebagai habitat.

"Keadaan ini berpotensi menyebabkan burung memasuki kawasan bangunan hospital secara tidak sengaja.

"Bagi menangani perkara berkenaan, HTAR sudah melaksanakan langkah kawalan secara berkala, termasuk pemangkasan pokok oleh syarikat konsesi serta pemantauan berterusan di kawasan wad dan bangunan hospital.

"Selain itu, HTAR turut mendapatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperkukuh usaha mengawal gangguan burung di kawasan hospital," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut HTAR, pihaknya memandang serius perkara itu dan komited untuk memastikan persekitaran hospital sentiasa selamat, bersih dan kondusif demi kesejahteraan pesakit, pelawat serta warga kerja hospital.

"Semua langkah yang bersesuaian akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama ini berulang," katanya.

Terdahulu, tular satu video di Threads yang memaparkan beberapa burung berada di dalam wad pesakit termasuk mematuk bekas makanan pesakit.

           


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2026 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ishkkk teruknya hosp ni, eee burung buat wad mcm rmh sendiri, bebas mkn dan bersantai2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2026 11:52 AM | Show all posts


langkah terbaik adalah tukar jeriji yang lebih halus. HTAR tu open air tau.. sesetengah ward pakai tingkap nako.. sesetengah lagi sliding door yang tak tutup2. Burung memang bebas keluar masuk.. lagi2 tingkat atas2 tu.. Aku duduk 4 malam teman arwah adik kat tingkat berapa entah 7 kot. Tido kat corridor tepi tu la.. memang pintu tak pernah tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2026 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital konsepnya kena open tingkap kasi udara masuk, tapi burung berumah pokok pi cari makan, kalau gril ka gril halus selagi ada burung di pokok tetap la burung berak2 taik jatuh atas kereta dan taik melekat di grille kena basuh lagi, populasi gagak perlu di kurangkan, gagak aim tong sampah berumah pokok berdekatan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2026 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 10-6-2026 03:06 PM

Burung merpati ada org bagi makan tabur beras ka, tgk Mekah madinah nak miqat ka nak laluan pi masjid ka ada org bagi makan burung merpati berak2 kena kasut kena baju x peduli najis terkena org pi sembahyang, kalau org Islam yg betul2 jaga bersuci dari najis xde mengundang haiwan2 berak2 kencing2 di persekitaran spt bela kucing kencing merata
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2026 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Miskin betul HTAR Klang, tak berubah masih guna tingkap Nako macam rumah kampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2026 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dia tolong doktor selesaikan masalah dengan cabut mesin hayat dan segala wayar wayar charge pada pesakit
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2026 01:50 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 10-6-2026 12:24 PM
Miskin betul HTAR Klang, tak berubah masih guna tingkap Nako macam rumah kampung

hospital besar kuala terengganu pun sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2026 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Melepak berdekatan burung lalu lalang ni mengundang penyakit, korang pi mancing ka camping ka bawah pokok yg x tau pokok daun byk taik burung balik sakit2 selesema batuk kuman pneumonia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.505317 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list