Mahkamah tolak permohonan reman pemandu lori terbabit kemalangan maut enam sekeluarga
Zuliaty Zulkiffli - Jun 8, 2026 @ 11:22am
SUNGAI PETANI: Mahkamah Majistret di sini menolak permohonan reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa enam sekeluarga di Kampung Baru Pinang Tunggal, semalam.
Majistret Mohamad Azlan Basri membuat keputusan itu selepas polis membuat permohonan reman terhadap pemandu lori berusia 49 tahun yang sebelum ini ditahan sejurus kemalangan berlaku.
Polis diarah melepaskan tertuduh selepas keterangan ke atasnya berhubung kemalangan semalam, selesai direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
Sebelum ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan saringan ujian air kencing ke atas pemandu lori terbabit didapati negatif dadah.
Bagaimanapun, semakan mendapati dia mempunyai tujuh saman termasuk empat yang tertunggak yang belum diselesaikan.
Pemandu terbabit juga disahkan mempunyai lesen memandu sah dan kelajuan lori ketika kejadian didapati adalah sekitar 60 kilometer per jam.
Sehingga kini, polis masih menyiasat semua aspek kes berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang mengorbankan enam nyawa termasuk seorang anggota polis berpangkat Koperal.
Difahamkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 yang dinaiki enam mangsa terbabit baru diambil salah seorang mangsa di sebuah pusat jualan di Juru, Pulau Pinang, beberapa jam sebelum kejadian.
Pihak polis memaklumkan SUV terbabit akan dihantar bagi menjalani pemeriksaan secara menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) secepat mungkin.
---------------------------------------------
Tak ada alasan munasabah untuk direman. Negatif dadah. Lesen memandu sah. Kelajuan lori 60km/j dan berada di lorong yang betul.
Masalah besar di Malaysia ni ramai pemandu dan pengguna jalan raya tidak fokus dengan cara pemanduan mereka dan mereka hanya melihat 10 metres di hadapan mereka sewaktu memandu. Apa yang sebenarnya mereka fikirkan sewaktu mereka memandu sehinga tidak memberi tumpuan dimana mereka berada di saat itu?
Post time 8-6-2026 06:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by ninja boy at 8-6-2026 06:22 PM
Umur 21 tu masih budak dan mentah utk bawa keta beso atas jalan raya kena praktis byk hari utk kasi confident, apapun tanya gegirl apa dlm kereta tu org dpn bz tekan2 radio gps ekon ka, tidur ka,
Apapun ai x suka keturunan proton berada depan ai sbb proton ke kanan ke kiri la drive semput la kejap laju kejap slow halaju x sekata
Bayangkan kalau lori tu yg masuk lorong kereta tu dan penyebab eksiden maut ni. mampuih dah drebar tu kena maki ngn acik kepam,,mujoq la salah kereta tu.. keluarga pon pasrah redho ja lah
kesimpulannya jangan bagi gen z bodoh bawak kereta baru yg ada orang tua dan bdk kecik.