Dalam video nampak macam panas terik kat luar. Kemungkinan memasing dah penat sebelum tu, masuk motokar kena ekon sejuk motokar goyang-goyang sedap, semua bantai tido.
At least sorang dewasa kena berjaga carik satu topik borak-borak dengan pemandu.
Post time 8-6-2026 02:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 8-6-2026 02:12 PM
noor2 replied at 8-6-2026 10:00 AM
Sebelom nak meropok-repek korang dengar la ketua polis Kedah ni cakap apa kat video AWANI ni.. Kete baru keluar showroom. Baru nak ambek bawak balek rumah. Takkan la baru beli kete mengantok kot. Siap bawak mak sekali nak bagi mak tu merase rasmi kete tu.
Post time 8-6-2026 02:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
fattymah replied at 8-6-2026 11:42 AM
Kali ni bukan salah lorry
setuju,tgk video kereta tu ke kiri jalan yg lurus lori di jalan yg betul. Kalau x de dashcam iols x tau la. Apa yg jd dlm kereta waktu tu pun kita x tau.
mujur langgar lori..
kalau dia libas motor belakang tu, dorang hidup penunggang motor mati katak..
sebab kereta baru amik, kecuaian manusia boleh tutup jadi masalah kereta ye..
1) Microsleep.
2) Leka dok main (explore) screen IHU sambil memandu... maklomlah motokar baru kuar kedai. (korang tau la IHU X50 4 silinder ni besar mana)
3) Kerosakan mekanikal. (very unlikely)
meols baca comments, mereka dari showroom pukul 11, diorg gi amik salah sorang budak....accident pukul 3 lebih...meols rasa diorg lunch dulu, lepas lunch naik keta, kena AC, mmg akan cepat ngantuk...
Post time 8-6-2026 03:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by fattymah at 8-6-2026 11:27 PM
hart_attack replied at 8-6-2026 02:10 PM
setuju,tgk video kereta tu ke kiri jalan yg lurus lori di jalan yg betul. Kalau x de dashcam iols ...
Org tua² pesan jangan terlebih eksited.. kemungkinan microsleep dak kut dah ramai dalam kereta mesti ralit bersembang khuenz... x50 ada ke eh system yg berbunyi kalau terkeluar dari lane..
Proton X50 kemalangan di Sungai Petani dipandu Ahmad Fahim, bukan abangnya - Polis
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 8, 2026 @ 1:14pm
Kemalangan membabitkan Proton X50 dengan lori muatan tanah di Sungai Petani semalam, menyebabkan enam sekeluarga maut dan seorang cedera. - Foto ihsan bomba
SUNGAI PETANI: Polis mengesahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabit kemalangan mengorbankan enam sekeluarga di sini semalam sebenarnya dipandu Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata terdapat kekhilafan maklumat disebabkan keadaan kenderaan yang remuk.
Terdahulu, laporan mengatakan Proton X50 terbabit dipandu anggota polis, Ahmad Shafiqm 29, yang juga abang kepada Ahmad Fahim.
Bagaimanapun maklumat lanjut mendapati kenderaan itu sebenarnya dipandu Ahmad Fahim yang juga pemilik kenderaan itu yang baru dibelinya semalam.
Media sebelum ini melaporkan enam maut manakala seorang parah selepas kenderaan SUV dinaiki tujuh sekeluarga itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini.
Jenazah lima daripada mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Abidi, Merbok jam 10 pagi tadi, manakala seorang lagi mangsa, Iskandar Affan Ibrahim, 7, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga, Pulau Pinang di sini, awal pagi tadi.
Satu-satunya mangsa yang terselamat, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, cedera parah.
Baru umur 21 dah beli family car. Baca je la komen kat video Tiktok Awani tu. Dengarnya jurusan shariah tapi baru kena berhenti kerja then kerja kedai fon. Mungkin fikiran kusut. Tak tau la camna mampu beli X50. At that age kalau kerja biasa2. Sori, bukan nak kecam.
Hari pertama dapat kereta terus pergi jalan-jalan bawa orang. Waktu aku baru dapat kereta aku biasakan diri dahulu dengan transmission, handling dan pickup kereta tu. Benda ni penting supaya kita boleh agak bila nak memotong. Bila habis first service 1000km barulah rasa confident nak travel jauh.
Aku pun suspect mcm tu. Duk leka dengan benda tu hingga masuk lorong sebelah. Kereta tu tak pecut laju pun, cuma crusing speed aje.
Driver adalah pemilik kereta tu,Ahmad Fahim. Ini menguatkan lagi sangkaan aku. Kalau kita drive kereta orang takdelah teruja nak godek itu ini.
Post time 8-6-2026 04:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ultra78 replied at 8-6-2026 04:09 PM
Hari pertama dapat kereta terus pergi jalan-jalan bawa orang. Waktu aku baru dapat kereta aku bias ...
Proton dna geely ni steering eps. Jd ringan gila.
I yg dulu bawa proton lama, tukar ke proton baru goyah gila pegang steering dia. First day tu rasa susah nk handle sbb gayat.