CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sze Fei-Izzuddin akhiri kemarau Terbuka Indonesia

[Copy link]
Post time 8-6-2026 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Sze Fei-Izzuddin akhiri kemarau Terbuka Indonesia

Oleh Alief Iqbal Saidin - Jun 7, 2026 @ 8:44pm







Pasangan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul juara Terbuka Indonesia selepas menewaskan gandingan tuan rumah Raymond Indra-Nikolaus Joaquin dalam tiga set. - Foto REUTERS



KUALA LUMPUR: Penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia berakhir apabila pasangan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul juara selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, di Istora Senayan, hari ini.

Pasangan ranking kelapan dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mencatat kemenangan 13-21, 21-18, 21-10 dalam tempoh 49 minit untuk merangkul gelaran terbesar mereka musim ini.

Lebih manis, kejayaan di Istora Senayan itu turut menghadiahkan ganjaran wang tunai lumayan berjumlah AS$107,300 (RM432,443) kepada Sze Fei-Nur Izzuddin selaku juara kejohanan bertaraf Super 1000 berkenaan.

Malah, pencapaian itu lebih signifikan apabila pasangan nombor dua dunia negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang pernah memenangi pelbagai gelaran utama termasuk Kejohanan Dunia dan pingat gangsa Olimpik, masih belum pernah menjulang trofi Terbuka Indonesia sepanjang karier mereka.

Kejayaan berkenaan sekali gus menamatkan kemarau panjang Malaysia dalam acara beregu lelaki di Terbuka Indonesia sejak kali terakhir dimenangi Zakry Abdul Latif-Fairuzizuan Tazari pada tahun 2008.

Turun selaku pilihan ketujuh kejohanan, Sze Fei-Nur Izzuddin bermula agak perlahan apabila bergelut menyesuaikan diri dengan rentak agresif pasangan muda Indonesia yang mendapat sokongan padu penyokong tuan rumah.

Keadaan itu membolehkan Raymond-Nikolaus menguasai set pertama sebelum menang selesa 21-13 untuk meletakkan tekanan kepada wakil negara.

Bagaimanapun, Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan karakter juara apabila bangkit pada set kedua dengan permainan lebih kemas dan konsisten untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang 21-18.

Momentum kemenangan itu diteruskan dalam set ketiga apabila pasangan negara menguasai gelanggang sepenuhnya menerusi serangan bertali arus dan pertahanan mantap sehingga menyukarkan lawan mencari mata.

Hasilnya, mereka meninggalkan pasangan Indonesia jauh di belakang sebelum menamatkan perjuangan lawan dengan kemenangan bergaya 21-10.

Kejayaan itu turut mengukuhkan status Sze Fei-Nur Izzuddin sebagai antara pasangan paling konsisten di Jelajah Dunia musim ini selepas mara ke separuh akhir Terbuka Thailand, muncul naib juara Malaysia Masters dan finalis Terbuka Indonesia dalam tempoh tiga minggu berturut-turut.

Lebih manis, Indonesia terus menjadi gelanggang bertuah buat pasangan negara itu selepas mereka turut menjuarai Indonesia Masters pada Januari tahun lalu dengan menewaskan pasangan yang sama dalam aksi straight set.

Gelaran Terbuka Indonesia yang bertaraf Super 1000 ini pastinya menjadi pencapaian terbesar dalam karier Sze Fei-Nur Izzuddin setakat ini, sekali gus memberikan suntikan keyakinan besar menjelang baki saingan musim 2026.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/06/1568474/sze-fei-izzuddin-akhiri-kemarau-terbuka-indonesia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.182814 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list