CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 4

[Tempatan] Wanita tempatan, suami warga Pakistan ditahan disyaki simpan, jual rokok seludup

[Copy link]
Post time 7-6-2026 05:25 PM | Show all posts |Read mode





Wanita tempatan, suami warga Pakistan ditahan disyaki simpan, jual rokok seludup



Rokok seludup dianggarkan bernilai RM36,748 yang dirampas PGA. - Foto PGA

KOTA BHARU: Seorang wanita tempatan bersama suaminya warga Pakistan ditahan selepas disyaki menyimpan dan menjual rokok seludup.

Wanita berusia 39 tahun dan suaminya berusia 31 tahun ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, di sini, jam 5.15 petang semalam dengan 19,600 batang rokok seludup bernilai RM36,748 turut dirampas.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata bertindak atas maklumat, pasukan operasi ke lokasi dan melihat seorang lelaki serta seorang wanita berada di hadapan rumah dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil soal siasat, mereka mengaku sebagai penyewa sebelum pemeriksaan dibuat di dalam rumah yang menemukan 19,400 rokok putih dan keretek dengan anggaran nilai RM36,748. Mereka ditahan mengikut Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah.

"Barang kes dirampas sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya menerusi satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati wanita itu berperanan menyewa rumah dan membantu suaminya warga Pakistan menyimpan serta menjual rokok seludup.

"Mereka bekerja dengan seorang lagi lelaki Pakistan yang menjual rokok di kedai runcitnya di Jalan Bukit Marak di sini. Lelaki itu membekal rokok kepada kedai runcit Pakistan di kawasan berhampiran.

"Lelaki yang ditahan itu berperanan menghantar dan menjaga rokok bagi pihak majikannya dengan upah RM1,500 sebulan. Rokok tidak bercukai itu diperoleh daripada seorang lelaki lain," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2026 05:34 PM | Show all posts
Geng yang sama tempat yang sama masalah yang sama berulang-ulang. Waibeh-waibehnya sebok teropong putarjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2026 08:17 PM | Show all posts
Baca tajuk aje dah boleh agak di mana. Kat kelantan mmg ramai warga pakistan kahwin dengan perempuan tempatan dan kemudian berniaga kedai runcit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2026 08:20 PM | Show all posts
Kahwin tiket bisnes Pakistan

TIGA warga Pakistan ditahan dalam Ops Ikrar.


Kota Bharu: Beberapa kedai runcit di negeri ini yang dimiliki warga asing (Pakistan) menggunakan khidmat rakan atau saudara mereka untuk bekerja di kedai mereka, secara haram.

Taktik itu terbongkar apabila enam warga Pakistan ditahan di tiga lokasi berasingan dalam Operasi Ikrar antara jam 4 petang hingga 8 malam Rabu lalu di Lembah Sireh dan Pengkalan Chepa, di sini.

Pemilik kedai runcit warga Pakistan berkenaan berkahwin dengan rakyat tempatan bagi memudahkan mereka berniaga atau membuka kedai di negeri ini.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan Siti Khadijah Hamzah berkata, operasi itu disertai 20 pegawai dan anggota imigresen.

Katanya, seramai 25 individu diperiksa dan enam daripada mereka didapati menyalahgunakan pas masuk dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka yang ditahan dikesan melakukan kesalahan mengikut Perkara 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas atau permit dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit sah.

“PATI ditahan di Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah untuk tujuan siasatan dan pengesahan,” katanya di sini, semalam.

Siti Khadijah berkata, Imigresen Kelantan tegas dan akan terus melakukan pemantauan serta operasi untuk mengesan PATI yang tiada dokumen terus bekerja secara bebas di negeri ini.

Disiarkan pada: April 26, 2016 @ 10:33am

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2026 09:31 AM | Show all posts
so, suaminya dia dihantar pulang dan disekat masuk sepanjang hayat? jika tidak, kes akan berulang....ulang...gitu je lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.045023 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list