Edited by Nfir at 7-6-2026 12:16 PM
I ada terfikir apa cara terbaik untuk situasi Jaslinda - Hanafi - Hafiz. I terfikir tentang perkara ni sebelum Jaslinda ditemukan dalam keadaan selamat.
+ + +
Situasi 1
Katakan Hafiz sebagai malim gunung beri kebenaran kepada Jaslinda untuk Jaslinda gerak seorang dulu ke puncak gunung. Tujuan: Supaya Jaslinda dapat line phone untuk call pihak berwajib di puncak gunung.
Risiko: What if apa-apa jadi kepada Jaslinda sewaktu pendakian ke puncak gunung atau sewaktu turun dari puncak gunung?
Untuk situasi ini, kita sudah pun lihat kesan buruk yang berlaku: Jaslinda tersalah arah sewaktu turun dari puncak gunung. Jadi kita boleh simpulkan bahawa ini bukan solution terbaik.
+ + +
Situasi 2
Katakan Hafiz seorang yang naik ke puncak gunung. Tujuan: Supaya Hafiz dapat menghubungi pihak berkuasa di puncak gunung.
Jaslinda dan Hanafi pula tinggal di kem.
Risiko: What if terjadi apa-apa kepada Hafiz? Walau Hafiz adalah seorang malim gunung, kita tak boleh tolak kemalangan yang boleh berlaku kepada malim gunung. Contohnya, terjatuh ke dalam gaung.
Atau apa saja perkara yang boleh menyebabkan malim gunung mati mengejut. Seperti remaja perempuan, Siti Humaira Izzati, yang mati mengejut sewaktu menuruni bukit pada baru-baru ini.
Jika berlaku perkara buruk kepada malim gunung, bagaimana dengan keadaan Jaslinda dan Hanafi yang tinggal di kem menunggu bantuan? Berapa lama mereka seharusnya menunggu dalam keadaan tiada berita?
Kesimpulannya, ini juga adalah situasi yang berisiko tinggi.
+ + +
Situasi 3
Katakan Hafiz dan Jaslinda bergerak berdua ke puncak gunung. Tujuan: Supaya Hafiz dan Jaslinda dapat menghubungi pihak berkuasa.
Hanafi yang mengalami masalah kesihatan pula tinggal keseorangan di kem.
Risiko: What if terjadi apa-apa kepada Hanafi sewaktu ketiadaan Jaslinda dan Hafiz?
Kalau Hanafi meninggal dunia sewaktu ketiadaan Hafiz, Hafiz akan dipersalahkan kerana Hafiz adalah malim gunung.
Ini kes yang berlaku sewaktu seorang pendaki lelaki meninggal dunia di puncak gunung kerana masalah kesejukan. Pihak yang terlibat dalam pendakian tersebut dipersalahkan: Kenapa tinggalkan individu yang cedera atau sakit di puncak gunung keseorangan?
Kesimpulannya, ini juga adalah situasi yang berisiko tinggi.
+ + +
In short, I pun tak tahu apa solution terbaik yang perlu dilakukan untuk situasi Jaslinda - Hanafi - Hafiz.
Mungkin SOP perlu diperbaiki. Instead of menggunakan dua orang malim gunung bagi setiap kumpulan, jumlah malim gunung perlu ditambah.
Jadi jika ada ahli kumpulan yang sakit atau cedera, beberapa malim gunung boleh mengambil tugas-tugas yang berbeza:
1) Seorang malim gunung meneruskan perjalanan dengan peserta lain
2) Seorang malim gunung cuba mendapatkan bantuan
3) Seorang malim gunung perlu bersama peserta yang cedera / sakit / lemah
Jika peserta sudah terpisah daripada kumpulan utama, peserta tersebut tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keseorangan. Semua peserta perlu tunggu bantuan bersama-sama malim gunung yang ketiga.
Dan sekiranya berlaku apa-apa perkara buruk kepada malim gunung kedua ketika cuba mendapatkan bantuan, sekurang-kurangnya peserta yang sudah tertinggal boleh bergantung kepada malim gunung ketiga pula untuk mendapatkan bantuan.
+ + +
What can we learn from this situation?
In life, Plan B is important. If there is no Plan B, it doesn't mean we need to proceed with the existing plan. Instead, we need to pause and revise. Figure out how to create and include Plan B.
Most of the time, we do not need Plan B.
When do we need Plan B then? At the time when we are desperate. When things do not go as planned. When we need Plan B the most.
Perkara ini bukan terpakai dalam konteks hiking semata-mata. Ia terpakai dalam banyak perkara lain dalam kehidupan.
Selalunya, orang yang terkena adalah orang yang tidak bersedia. When we cannot learn through wisdom, we need to learn through pain. That's how Allah designs our lives in this world.