Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ultra78 Lv.19

Fav
Emperor | Credits 86258   
Pemuda PAS Bangi lulus usul putus kerjasama dengan BERSATU

Latifah Arifin - Jun 6, 2026 @ 6:50pm


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Bangi menerusi Mesyuarat Agung sayap kawasan itu hari ini meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan BERSATU.

Pada masa sama, Dewan Pemuda PAS Bangi turut menggesa pimpinan PAS di peringkat Pusat mengambil langkah sama.

"Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan politik dengan BERSATU dan agar PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Pusat melaksanakan perkara yang sama," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Pemuda PAS Bangi dalam satu hantaran memaklumkan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan itu berlangsung hari ini.

Mesyuarat itu disempurnakan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman, yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dalam hantaran sama, Pemuda PAS Bangi turut mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika pelancaran jentera parti itu di Melaka, baru-baru ini yang didakwa ditujukan kepada Abdul Hadi.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan sudah tiba masanya untuk parti itu bergerak secara berasingan dengan BERSATU bagi mendepani siri pilihan raya akan datang.

Ahmad Fadhli merujuk penularan video ceramah Mohamed Azmin yang mendakwa BERSATU tidak mempunyai jentera disifatkan sebagai pandangan 'pekak'.

Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa BERSATU hanya menuntut calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) tetapi tidak mempunyai jentera mencukupi untuk berkempen.

309 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch