CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia

[Copy link]
Post time 5-6-2026 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia

Alief Iqbal Saidin - Jun 5, 2026 @ 8:35pm




Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani ketika aksi final Masters Malaysia 2026. Foto: Fail NSTP



KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul satu-satunya wakil Malaysia yang berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan India, Hariharan Amsakarunan-M R Arjun di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.

Pasangan ranking kelapan dunia itu hanya mengambil masa 32 minit untuk menundukkan lawan mereka 21-12, 21-10 dalam aksi yang menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin menguasai permainan dari awal hingga akhir.

Kejayaan itu sekali gus meneruskan rentak cemerlang pasangan profesional negara yang semakin menyerlah dalam beberapa kejohanan terakhir selepas muncul naib juara Masters Malaysia bulan lalu serta mara ke suku akhir Terbuka Singapura.

Kemenangan itu juga menjadikan Sze Fei-Nur Izzuddin sebagai harapan terakhir Malaysia dalam kejohanan bertaraf Super 1000 berkenaan selepas semua wakil negara yang lain tersingkir lebih awal.

Menanti mereka di separuh akhir ialah sama ada pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae selaku pilihan utama kejohanan atau gandingan Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/06/1567695/sze-fei-izzuddin-mara-ke-separuh-akhir-terbuka-indonesia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2026 03:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.068751 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list