|
View: 729|Reply: 10
|
[Tempatan]
M’sia perkenal pasport sah 10 tahun pada kadar RM350
[Copy link]
|
|
|
M’sia perkenal pasport sah 10 tahun pada kadar RM350[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini boleh menikmati tempoh perjalanan lebih lama dengan pengenalan pasport sah laku 10 tahun pada kadar RM350 ($112).
Kadar tersebut ditetapkan dalam Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 3 Jun, khusus bagi pemohon berusia antara 18 dengan 59 tahun.
Menerusi warta kerajaan yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, individu berumur 60 tahun ke atas iaitu warga emas hanya dikenakan bayaran RM175.
Sementara orang kurang upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas yang berdaftar dan memiliki kad OKU akan diberikan pasport berkenaan secara percuma, lapor Berita Harian Malaysia.
Ketika ini, rakyat Malaysia dikenakan bayaran RM200 untuk pasport dengan tempoh sah laku lima tahun, manakala warga emas dikenakan RM100.
Warta itu turut menetapkan kadar bayaran bagi menggantikan pasport yang rosak atau hilang, termasuk RM550 bagi penggantian pertama untuk warganegara berumur 13 hingga 59 tahun, meningkat daripada RM400 sebelum ini.
Penggantian kali kedua dikenakan RM850, manakala penggantian seterusnya RM1,350.
Bagi warga emas, penggantian pertama ialah RM375, kedua RM675 dan seterusnya RM1,175.
Pemegang kad OKU pula akan dikenakan RM200 untuk penggantian pertama, RM500 untuk kali kedua, dan RM1,000 bagi penggantian berikutnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, mengesahkan warta kerajaan mengenai tempoh sah laku pasport telah diterbitkan.
“Maklumat ini rasmi dalam warta kerajaan, dan tarikh pelaksanaan akan diumumkan kelak,” jelasnya merujuk Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026 yang diwartakan pada 4 Jun.
Sebelum ini, pada 20 Mei, Datuk Zakaria turut mendedahkan bahawa pasport antarabangsa Malaysia kini diperkasa dengan 94 ciri keselamatan baharu bermula 1 Jun.
Inovasi ini menjamin integriti dokumen itu serta mencegah pemalsuan.
Beliau menambah, pasport tersebut akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat, bermula di empat pejabat cawangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermm suddenly waves of immigrants dari mainland ada di tanah air Malaysia, tiba2 semua orang kena tukar IC Dan tukar Passport.
Ermmm. Just ermmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm 10 tahun muka berkedut kembang buat kening bibir hidung dagu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pages dia sama atau makin tebal |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoyo 5 tahun pun mukasurat tak berusik sbb sekarang most negara pakai autogate. Mana de chop chop dah lagi. Kita pun nak kuar masuk dah pakai border pass tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm meols still Kena g kaunter untuk cop sebab skali ngan anak2 kecik, seronok la masih dpt kumpul cop hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 7-6-2026 09:59 AM
hashashes replied at 7-6-2026 09:50 AM
Mcm meols still Kena g kaunter untuk cop sebab skali ngan anak2 kecik, seronok la masih dpt kumpul ...
Eh ye ke.. Sebb anak2 underage ke? Kan, seronok dulu passport berchop, bila selak2 teringat time2 travel oberseas lepas tu complain pesal lah chop merata habis buku cepat hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
passport meols will expired next year, bole lah renew passport 10 tahun nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kanapa sis
akan ada insiden 'selit2 order' kah??
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 8-6-2026 10:30 AM
kanapa sis
akan ada insiden 'selit2 order' kah??
Benda ni well known kot knowing how corrupted our system dan pegawai dan menteri disebaliknye. That's why la banyak kes kes rakyat mereka buat onar kat dalam Negara ni now, dengan kes jumping from building lagi. Dengan lack of English speaking lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|