CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 294|Reply: 0

[Tempatan] Amang seksual: Penjaga rumah kebajikan dipenjara 36 tahun, enam sebatan

[Copy link]
Post time 5-6-2026 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-6-2026 07:52 PM





Amang seksual: Penjaga rumah kebajikan dipenjara 36 tahun, enam sebatan



KUALA LUMPUR: Seorang penjaga rumah kebajikan kanak-kanak dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap lima kanak-kanak lelaki, hujung tahun lalu.

Hakim Ho Kwong Chin menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Retna Velu, 25, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan semula dalam Bahasa Tamil pada prosiding hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 3 April lalu.
Mengikut sembilan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan itu terhadap lima kanak-kanak lelaki berumur antara lapan hingga 13 tahun di pusat jagaan kanak-kanak sebuah pertubuhan di Batu Caves, antara November 2025 dan 27 Mac 2026.

Bagi kesalahan melakukan amang seksual fizikal, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesalahan melakukan amang seksual bukan fizikal pula mengikut Seksyen 15 (a)(i) dan Seksyen 15 (a)(ii) akta sama, yang berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

NGO buat laporan polis
Mengikut fakta kes, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis selepas menemubual beberapa kanak-kanak di bawah jagaan rumah itu yang mendedahkan mereka didera secara seksual oleh tertuduh.

Kebanyakan kesalahan dilakukan selepas tertuduh mengejutkan mangsa daripada tidur pada waktu malam dan melakukan perbuatan itu di pelbagai bahagian rumah kebajikan termasuk bilik tidur, tandas dan dapur.

Selain itu, tertuduh juga mengugut agar semua mangsa merahsiakan kejadian tersebut dan tidak menceritakannya kepada sesiapa.

Terdahulu semasa prosiding, Retna yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringankan, namun Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin meminta supaya hukuman bagi semua pertuduhan dijalankan secara berasingan kerana ia membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

"Kesalahan seksual dilakukan amat serius kerana menjejaskan maruah serta keselamatan mangsa. Kes ini membabitkan lima mangsa yang semuanya kanak-kanak, malah kesan jenayah dilakukan akan berlarutan sepanjang hayat mereka," katanya.

Pada 21 Mei lalu, Retna dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual serta persetubuhan luar tabii terhadap dua kanak-kanak lelaki.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.916496 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list