CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2334|Reply: 14

Siti Saerah Reda Amad Pilih Tinggal Bersama Bapa - "Ada masanya mereka mahu membuat pilihan sendiri"

[Copy link]
Post time 4-6-2026 11:24 AM | Show all posts |Read mode





Penyanyi Siti Saerah berkata dia reda serta menghormati keputusan anak kedanya, Ahmad Dayyan yang mahu tinggal bersama bapanya.

Memetik BH Online, Saerah berkata dia tidak pernah menghalang pilihan Amad yang kini meneruskan persekolahan di Kuantan walaupun sukar kerana perlu berjauhan dengan anaknya itu.

“Apabila anak sudah meningkat remaja, ada masanya mereka mahu membuat pilihan sendiri. Sebagai ibu, saya tidak pernah menghalang kehendaknya.

“Jika dia merasakan keputusan untuk pulang ke sana adalah yang terbaik untuk dirinya, saya tiada masalah. Sebenarnya kami semua okay dan tiada sebarang masalah. Dia juga sudah lama menyuarakan hasrat untuk bersekolah di Kuantan,” katanya.

Sementara itu, Saerah berkata dia mengakui sedih apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya itu sehingga tidak boleh tidur namun mendoakan yang terbaik buat Amad.

“Semestinya saya sedih sehingga tidak boleh tidur. Namun, itu pilihan dia. Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buatnya.

“Saya berharap keputusan yang dibuat itu akan membawa perubahan yang baik dalam hidupnya,” katanya.

Dalam pada itu, Saerah berkata kerjaya Amad masih berjalan seperti biasa termasuk kontrak bersama syarikat rakaman World Peace Music selama dua tahun.

“Amad kini sudah menandatangani kontrak rakaman untuk menghasilkan lagu. Jadi, apa juga keputusannya, dia perlu menyelesaikan semua komitmen kerja yang sudah dipersetujui.

“Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik supaya dia berjaya pada masa hadapan dan dipermudahkan segala urusan mengikut jalan yang dipilihnya,” katanya.

Sumber: BH Online,Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2026 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tumpukan pelajaran.. Muda lagi. Esok dah. Ada degree segulung masuk la balik dunia seni ni.. Awal sangat pun nak jadi retis, amat nampak fragile sgt.. banyak nau drama nya.. Tak larat nak layan
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 12:04 PM | Show all posts
paknya berbunyi kan..ibarat jgn dimanipulasi anak tu, bagi dia pendidikan ,sekolah yg cukup dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 02:15 PM | Show all posts
Sekrah pun nampak mcm menekan-nekan sgt. Chill jelah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 04:40 PM | Show all posts
Elok lah duk ngan pak semula...sebelum ni pun pak dia jaga anak2 ngan sekrah kan daripada umai lagi...
Bapak pun penat tengok anak kena tekan-tekan perah sampai habis dek bapak tiri dia yang beriya-iya tu...
Sebab tu bapaknya haritu merentan sebab ada yang lebih sudu daripada kuah. Mak sedara biduanita pun relaks2 je suruh slow-slow.. sampai sakit2 budak tu dengan anxiety lah, kena sihir lah... rosak budak tu.
Maknya macam nak realisasikan impian sendiri je lebih.
Budak tu haritu sekolah dah elok dah sekolah sukan kan.. hujung2 balik Kontan semula.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jula7 replied at 4-6-2026 12:04 PM
paknya berbunyi kan..ibarat jgn dimanipulasi anak tu, bagi dia pendidikan ,sekolah yg cukup dulu

Yg ni sama bapak dgn umai ke tidak..
Lupa dah brp kali Saerah ni kawin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2026 06:05 PM | Show all posts
tukul replied at 4-6-2026 05:28 PM
Yg ni sama bapak dgn umai ke tidak..
Lupa dah brp kali Saerah ni kawin

aah,
umai, amad dan sorg lagi adik lelaki dorg 1 bapak...

kecik2 dorg bapaknya jaga sampai dah bujang baru maknya ambik
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Si amad ni budak sports juga, bagus la kumpul pajsk dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2026 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dok risau sebab da sign kontrak nyanyi 2 tahun kan..haih bagi la budak tu sekolah dulu..Kang jadi oddah xmo sekolah lagi pening
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-6-2026 08:40 AM
Elok lah duk ngan pak semula...sebelum ni pun pak dia jaga anak2 ngan sekrah kan daripada umai lagi. ...

aku ingat aku sorang je rasa bapak tiri dia beria-ria masa time talk to manager yang mak pulak nak lunaskan impian menyanyi tak kesampaian duk push la anak menyanyi sana sini..hujung2 jadi umai org kenal sebagai anak sedara ct je lagu single keluar satu pun org tak tahu..

to amad duduk je dgn bapak diam2 habis sekolah baru nyanyi balik he ada harapann cerah nak jadi macam khai bahar hafiz tapi stop la buat drama sakit la kena sihir la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow dia pesan ke peras ugut tu

Kontrak dah sain kena tanggung komitmen kerja yg dia dah setuju

Wow
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2026 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak bawah umur sign kontrak? Sapa yg nak sangat jadi retis ni yg sebenor benor benornya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2026 08:02 AM | Show all posts
jihah_kudat replied at 4-6-2026 03:30 AM
aku ingat aku sorang je rasa bapak tiri dia beria-ria masa time talk to manager yang mak pulak nak ...

Iya, sampai bapak Amad tu beberapa kali marah kat tiktok sindir2 jangan teruk sangat perah anak dia tu, macam sudden fame, sebab dia dah kenal Sekrah kan daripada remaja macamana...pastu dia cakap orang yang luar tu jangan beriya sangat... Tokti pun dah pesan banyak kali slow-slow, zaman dia tak sama zaman budak2 skrg.. mak dia accept banyak gila offer sampai budak tu punya sekolah & training ke laut... tapi biasalah orang kecam bapak dia cakap dah besar baru nak terhegeh amik...padahal dah memang dia jaga budak2 tu daripada kecik..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2026 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lubuk duit dah takde
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2026 09:35 PM | Show all posts
Edited by sleepandream at 5-6-2026 09:36 PM

apa yg busy sgt? lagu seketul pun takde lagi...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052437 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list