|
View: 483|Reply: 11
|
[Tempatan]
Batal kontrak NSM: Malaysia cari pengganti, tuntut pampasan daripada Norway
[Copy link]
|
|
|
Batal kontrak NSM: Malaysia cari pengganti, tuntut pampasan daripada Norway
Oleh Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil - Jun 1, 2026 @ 7:16pm

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menuntut pampasan sewajarnya daripada kerajaan Norway atas kerugian membabitkan perolehan peluru berpandu anti kapal (NSM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan langkah ke hadapan sudah dilaksanakan bagi mencari pengganti namun syarikat terbabit perlu bertanggungjawab selepas melanggar syarat kontrak.
"Malaysia sedang bergerak ke hadapan. Malah, Malaysia sedang giat meneroka alternatif bagi memenuhi keperluan pertahanan negara. Namun, bergerak ke hadapan tidak bermaksud melupakan atau menerima sesuatu tanpa akauntabiliti.
"Malaysia mempunyai hak untuk menuntut pampasan yang sewajarnya daripada Norway dan syarikat yang terlibat. Sejumlah besar wang rakyat diperuntukkan bagi program (perolehan) ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik seorang penganalisis pertahanan menggesa Malaysia melupakan perjanjian NSM berkenaan dan mencari pengganti.
Mengulas lanjut Mohamed Khaled berkata pihaknya boleh membuat perancangan lebih baik sekiranya kerajaan Norway memaklumkan pembatalan lesen eksport dengan lebih awal berikutan ia membabitkan dana yang besar.
Katanya, tindakan kerajaan Norway bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan kepada negara malah membuang masa yang amat bernilai dari aspek pertahanan.
"Perlu difahami bahawa mencari pengganti kepada sistem NSM bukanlah sesuatu yang mudah. Sistem secanggih ini tidak boleh digantikan begitu sahaja dalam tempoh yang singkat.
"Mengenal pasti alternatif yang sesuai, merundingkan kontrak baharu serta mengintegrasikan sistem pengganti ke dalam platform sedia ada memerlukan masa dan sumber yang besar," katanya.
Menurutnya, perkara ini mendatangkan pelbagai bentuk implikasi yang memberi kesan dari pelbagai aspek melangkaui kerugian dari sudut kewangan semata-mata.
Justeru katanya, pihak terbabit perlu dipertanggungjawabkan supaya perkara yang menimpa Malaysia tidak menjadi duluan kepada negara lain yang mungkin menerima nasib di masa hadapan.
"Lebih penting lagi, episod ini melangkaui pertikaian kontrak dua hala. Ia meletakkan pertahanan dan keselamatan negara dalam kedudukan yang terjejas.
"Mesej yang jelas perlu disampaikan kepada Norway dan komuniti pertahanan antarabangsa bahawa tindakan seperti ini tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa pertanggungjawaban.
"Sekiranya pelanggaran komitmen pertahanan tidak membawa sebarang kesan yang bermakna, perkara yang sama akan berulang pada masa hadapan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada banyak aku nak tanya pasal benda ni untuk yang tau
satu, why kena cancel? then, kenapa senang sangat pembekal nak cancel.
then, kenapa kena melutut nak minta refund, tak ada penalty clause ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 2-6-2026 03:18 PM
ada banyak aku nak tanya pasal benda ni untuk yang tau
satu, why kena cancel? then, kenapa senang s ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 2-6-2026 03:18 PM
ada banyak aku nak tanya pasal benda ni untuk yang tau
satu, why kena cancel? then, kenapa senang s ...
Sbb tu org suka beli cod, skrg dh byr almost 100% tp order kena cancel....sekali kena hala ballistic jarak jauh baru ada akai melutut merangkak nti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nombor boleh calculate tapi tengok pada gaya menteri cakap macam susah je.
aku lebih curious nak tau why dorang tiba2 (tiba2 ka?) tak nak jual, ada kena mengena dengan sorael ka...? iran?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
'Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik seorang penganalisis pertahanan menggesa Malaysia melupakan perjanjian NSM berkenaan dan mencari pengganti.'
lupakan? ko tak pelik ka apa punya perjanjian macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fattymah at 2-6-2026 06:32 PM
Decaffeinated replied at 2-6-2026 05:06 PM
'Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik seorang penganalisis pertahanan mengg ...
Cer gugel ada student malaysia belajar ostrolia kena tahan kat oslo jadik perisik.. tatau le ada kena mengena ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 2-6-2026 05:04 PM
Nombor boleh calculate tapi tengok pada gaya menteri cakap macam susah je.
aku lebih curious nak ...
Norway nak protect secret missile tu. Sekarang negara pengguna NSM semuanya negara NATO. Malaysia negara bukan NATO pertama yg order NSM ni. Dgn situasi europe tgh prepare utk perang dgn russia (2030 diorg predict akan perang), jadi logik la diorg sekat export kritikal missile technology pd negara bukan sekutu rapat.
Pasal refuns payment, ada kemungkinan akan dapat balik jumlah cost NSM tu sendiri tapi indirect cost yang susah nk dapat. Tu kena lawan masuk court la kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 3-6-2026 09:38 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
akukah replied at 2-6-2026 06:50 PM
Norway nak protect secret missile tu. Sekarang negara pengguna NSM semuanya negara NATO. Malaysia ...
Memula aku saspek US was behind this but now US pun potential alternative. Harapnya dapat lah refund. Yang aku pelik they talk as if nak refund pun kena fight. Normal ka bayar order sampai 95%.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-6-2026 09:38 AM
Memula aku saspek US was behind this but now US pun potential alternative. Harapnya dapat lah refu ...
Procurement defence ni mmg biasa je kena cancel. Russia dulu pernah beli 2 biji kapal dari france. Kapal dh siap pun, payment pun dh bayar lebih dari separuh. Last2 france cancel agreement sbb russia annex Crimea thn 2014. Tapi France refund balik semua cost yg russia dah bayar.
Dalam kes NSM malaysia, tak pasti kenapa menteri mindef blh cakap mcm tu. Mcm ssh nk dpt balik refund. Boleh jadi ada clause yg tak memihak pada malaysia. Cthnya malaysia desperate nk sgt beli NSM masa sign agreement follow je apa Kongsberg syaratkan.
Malaysia nk banned Kongsberg pun ssh, Kongsberg ni major supplier utk maritime sector bkn setakat dlm defense sector |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg suruh lupakan saja tu. Jumlah yg besar kot tak kan nak lupakan senang2 jer. Tp kenapa pulak gomen Norway mudah2 buat bodoh tak layan demand mesia? Ada apa2 dlm perjanjian ke yg sebelahkan diarg nnt atau diarg pandang mesia ni tak jd kudis kalau melalak mcm mana pun |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahu change missile bukan seperti change new car tires.... Whole warship perlu rewiring and new software untuk adopt new missile system... All mounting inside warship body... Reqiure enormous time and cost....
Maybe good for malaysia... Prolly dua netizen sudah maqbool jadi pro communist and allies... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|