CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1709|Reply: 36

[Tempatan] Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis

[Copy link]
Post time 2-6-2026 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis

02 Jun 2026 09:09am

Akibat kemalangan itu, empat sekeluarga iaitu Semek Mat Soh,75, Nor Azlina Abd Latif, 33, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian.

KLUANG - Dua kereta mewah dipandu secara laju dan melulu mengakibatkan kemalangan empat kenderaan lain dan lima maut termasuk pasangan suami isteri dalam kejadian di Kilometer 27 jalan Renggam-Simpang Renggam di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan dua Mercedes Benz pada jam 1.15 tengah hari.

"Kemalangan tersebut berlaku semasa BMW 530e dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah bandar Kluang menghala ke Simpang Renggam.

"Kereta itu dipercayai dipandu laju dan melulu bersama-sama sebuah Mercedes-Benz A250. Semasa sampai di tempat kejadian, BMW 530e hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar keempat- empat kenderaan berkenaan.

"Kereta BMW 530e itu pula terbabas dan jatuh ke dalam gaung di seberang jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, semasa kejadian Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz itu sedang bergerak dari arah bertentangan.

Katanya, akibat daripada kejadian itu, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh,75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jelasnya, semua mangsa yang beralamat di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, Terengganu mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

“Pemandu kereta BMW yang sebuah lagi turut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada.

"Sementara lapan lagi mangsa lain yang mengalami kecederaan dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk rawatan,” katanya.

Menurut Bahrin lagi, pemandu Mercedes-Benz A250 yang berusia 19 tahun turut ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jakan (APJ) 1987 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jakan (APJ) 1987.

Dua suspek berkenaan katanya, yang merupakan adik beradik akan mohon untuk ditahan reman di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada pukul 10.30 pagi ini.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, kemalangan itu berlaku di hadapan penjara Simpang Renggam.

Menurut beliau, seramai lima anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya lapan kilometer.

"Operasi menyelamatkan mangsa dilakukan sehingga selesai," katanya dalam kenyataan.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2026 09:44 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 cina babi yg memandu berlumba tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2026 09:49 AM | Show all posts
'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang Renggam
01 Jun 2026 11:09pm

Nor Haida (dua dari kanan), bersama ahli keluarga menunjukkan gambar kenangan Aiman dan isterinya, Nor Azlin yang maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor, ketika ditemui di kediamannya di Taman Setia, Bandar Al Muktafi Billah Shah hari ini. Foto: Bernama

DUNGUN - "Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas, namun tidak sangka dia pula pergi meninggalkan kami hari ini,” kata Nor Haida Dolah, 54, ibu saudara kepada Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam, Johor hari ini.

Nor Haida berkata, kesedihan mereka sekeluarga belum lagi reda selepas pemergian ayah Mohd Aiman dua minggu lepas akibat kanser usus dan hari ini menerima pula berita yang lebih memilukan.

"Bukan sahaja Mohd Aiman malah isteri, ibu mentua dan anak saudaranya turut meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, " katanya ketika ditemui di Taman Sejati, Bandar Al-Muktafil Billah Shah (AMBS), di sini hari ini.

Selain Mohd Aiman, turut maut dalam kemalangan pada jam 1 tengah hari itu, isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33, dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73, serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek,10.

Gambar Aiman dan isterinya, Nor Azlina yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor. Foto: Bernama

Nor Haida berkata, anak saudaranya itu, yang tinggal dan bekerja di Ladang Kelapa Sawit Felda Ulu Sedili, Johor, dipercayai ketika kemalangan dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri keluarga terdekat di Telok Emas, Melaka.

Wanita itu berkata, Mohd Aiman merupakan seorang anak yang mengambil berat terhadap kebajikan arwah ayah, Mohd Rashid Dolah, 59, dan ibunya, Fauziah Abdullah, 59, serta ibu mentuanya yang uzur.

"Saya juga baru bertemu dengan Mohd Aiman dan isteri serta ibu mentuanya ketika mereka pulang ke kampung pada Aidiladha Rabu lepas. Tiada perubahan yang ketara kerana mereka selama ini memang mesra dengan keluarga,” katanya.

Nor Haida berkata, pasangan tersebut, yang berkahwin pada 2017 dan belum dikurniakan cahaya mata, pulang ke Ulu Sedili pada Khamis lepas dengan membawa bersama Nur Airish Syifa dan dijangka balik semula ke Dungun pada Sabtu depan kerana kanak-kanak itu mula bersekolah pada Ahad.

Nor Haida berkata, dia mengetahui kemalangan yang menimpa Mohd Aiman daripada ahli keluarga terdekat pada 1.30 tengah hari, sebelum memaklumkan kepada ibu bapa Nur Airish Syifa iaitu Sidek Abdul Hamid, 42, dan Nurul Ain Mohd Rashid, 38, serta ahli keluarga lain.

"Ibu Mohd Aiman, Fauziah bersama-sama Sidek serta Nurul Ain kemudian bertolak ke Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom, Kluang, Johor pada 2.30 petang untuk urusan membawa pulang jenazah ke sini," katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 2-6-2026 09:47 AM
Dua2 cina babi yg memandu berlumba tu...

Bukan cina babi kak noor… tu mmg babi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2026 09:50 AM | Show all posts
Terkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudara
01 Jun 2026 11:33pm

Saudara terdekat, Muhammad Syahir Mohd Rofi, 28, menunjukkan gambar perkahwinan, Mohd Aiman (belakang, tengah) dan Nor Azlina (belakang, kanan). Foto: Bernama

KLUANG - Anak saudara kepada mangsa kemalangan maut di hadapan Penjara Simpang Renggam, di sini petang tadi terkilan kerana tidak sempat merakam gambar atau video bersama ibu saudaranya baru-baru ini, seperti kebiasaan setiap kali sambutan Aidiladha.

Nurul Hidayah Kamarruddin, 29, berkata, kali terakhir dia dan kakaknya, Nur Syamimi, 33, bertemu ibu saudaranya itu, Allahyarham Nor Azlina Abd Latif, 33, ketika mereka sekeluarga mengadakan kenduri doa selamat serta pertemuan sempena Aidiladha di Jasin, Melaka, Sabtu lepas (30 Mei).

Menurut Nurul Hidayah, ketika itu mereka sekeluarga lebih tertumpu kepada hal kenduri dan tidak terfikir untuk merakam gambar serta hanya berbual-bual seperti biasa seperti bertanya khabar dan bercerita berkaitan keadaan kampung halaman mereka di Terengganu.

"Ibu saudara kami ada bercerita mengenai keadaan nenek, Semek Mat Soh yang menghidap strok dan akan dijaga bergilir-gilir oleh adik-beradik ibu kami… pada hari Sabtu itu jugalah kami semua bertemu.

"Pada 2.40 petang tadi, saya terkejut setelah menerima perkhabaran bahawa ibu saudara, pak cik dan nenek serta seorang lagi mangsa yang merupakan anak saudara (Nor Azlina) telah tiada apabila terlibat kemalangan itu,” katanya ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini.

Nurul Hidayah berkata, dia difahamkan setelah pulang dari rumahnya Sabtu lepas, Nor Azlina sekeluarga ke Alai, Melaka untuk bermalam di sana sebelum bergerak pagi tadi untuk pulang ke rumah di Kota Tinggi.

"Apabila diberitahu mereka terlibat kemalangan dan meninggal dunia, saya hanya terdiam kerana baru sahaja berjumpa lalu terus bergegas ke sini (Kluang),” katanya.

Terdahulu, kemalangan berkenaan melibatkan lima kenderaan iaitu Toyota Vios, Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E240 dan BMW.

Selain Nor Azlina, tiga mangsa turut dilaporkan meninggal dunia di lokasi iaitu Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nur Airish Syifa Sidek, 10, dan Semek, 73. - Bernama

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2026 09:57 AM | Show all posts
Jenazah empat sekeluarga tiba di kampung halaman
02 Jun 2026, 9:24am

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Kluang semalam, dibawa masuk ke dalam Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) untuk disolatkan.

DUNGUN: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) sebaik jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Jalan Renggam – Simpang Renggam, Johor semalam, selamat tiba di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Ketibaan jenazah disambut ahli keluarga, rakan taulan dan penduduk setempat yang mengambil peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa.

Tinjauan Buletin TV3 mendapati, ramai antara mereka gagal menahan sebak ketika jasad kesemua mangsa dibawa masuk ke dalam masjid.

Kesemua jenazah kemudian disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AMBS.

Terdahulu, jenazah Semek Mat Soh, 73, Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya, Nor Azlina Abd Latip, 33, serta Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang juga anak saudara Aiman dituntut sebaik proses bedah siasat selesai kira-kira 4 pagi di Jabatan Forensik, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari semalam, kesemua mangsa terkorban ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Ladang RISDA Ulu Sedili selepas menghadiri majlis kenduri di Telok Mas, Melaka.

Kesemua mangsa maut di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2026 10:03 AM | Show all posts
noor2 replied at 2-6-2026 09:47 AM
Dua2 cina babi yg memandu berlumba tu...

Seekor babi juga maut dalam kemalangan ini

Nahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahan
02 Jun 2026 08:27am

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan lima kenderaan yang menyebabkan lima individu maut di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai memandu Mercedes Benz A250 secara laju dan melulu bersama sebuah BMW 530e dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga abangnya.

Beliau berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu BMW 530e maut selepas kenderaannya memasuki gaung, serta empat yang lain, iaitu pemandu Toyota Vios, lelaki tempatan berusia 36 tahun, isteri berusia 33 tahun, dua ahli keluarga wanita berusia 73 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

"Pemandu dan penumpang Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

"Pemandu BMW 530e pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dua penumpang Perodua Alza, iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan perempuan berusia tujuh tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Pemandu Perodua Alza, lelaki tempatan berusia 43 tahun pula mengalami kecederaan pada kaki, manakala pemandu Proton Wira, lelaki tempatan berusia 22 tahun cedera pada bahagian mulut.

Sementara itu, pemandu Mercedes Benz, wanita tempatan berusia 57 tahun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala dua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bahrin berkata, kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di HEBHK, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 19 tahun itu negatif dadah.

Pihak polis turut merampas Mercedes Benz A250 berkenaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2026 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 2-6-2026 10:18 AM

[.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Cane nk paste ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti cina merc tu lembam.... Tak lembam... OkU..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2026 10:51 AM | Show all posts
Di Malaysia suspek yang ditangkap polis dirahsiakan identiti mereka, hingga muka pun dikaburkan.Hingga masuk mahkamah pun tak released muka mereka.

Berbeza di Amerika, suspect yang ditangkap polis akan didedahkan gambar mugshot dan nama mereka.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 11:19 AM | Show all posts
sedih dangat keluarga... tambah pulak yang parents budak umur 10 tahun tu.. semoga ada keadilan untuk keluarga arwah dang mangsa kemalangan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apek tiktoker katanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekor babiee dah mampos
Harap babiee2 yang lain disepak telor semasa dlm tahanan

Babiee betul moga sabit maximum hukuman

Errrrrr dap sepet dah bagi statement utk gula2kan rakyat belum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2026 12:48 PM | Show all posts

           







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2026 01:00 PM | Show all posts

Vios remuk teruk









Mangsa dari kereta Vios tercampak ke atas sebuah Mercedes Benz dari arah sama.




Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mangsa2 taj bersalah meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 2-6-2026 12:48 PM

Ooo bukan apek joho. Kwn iolz cina joho slalu hentam cina temasik bawak laju kat sini. Rupanya org mesia pun sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cedera patah kaki tgn otak.pulak budak2 ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.220361 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list