CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1113|Reply: 16

[Tempatan] Tema bunian, hantu dalam sambutan hari jadi boleh jadi kufur nikmat ALLAH - Mufti Kelantan

[Copy link]
Post time 1-6-2026 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ultra78 at 1-6-2026 02:38 PM

Tema bunian, hantu dalam sambutan hari jadi boleh jadi kufur nikmat ALLAH - Mufti Kelantan

01 Jun 2026 12:43pm
Masa membaca: 4 minit


KOTA BHARU – Sambutan hari jadi yang bertemakan bunian dan berpakaian menyerupai hantu sehingga tular di media sosial baru-baru ini disifatkan sebagai satu bentuk kufur nikmat kerana tidak meletakkan nikmat kurniaan ALLAH SWT pada tempat yang sepatutnya, demikian kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Menurut beliau, setiap kelahiran anak merupakan kurniaan ALLAH yang perlu disyukuri mengikut tuntutan agama Islam.

Ujarnya, konsep mensyukuri nikmat ialah meletakkan sesuatu nikmat yang dikurniakan ALLAH pada tempat yang betul dan selaras dengan syariat.

"Kita kena balik kepada asal, iaitu siapa yang menjadikan kita. Tentulah kita ini dijadikan oleh ALLAH SWT. Kita ini kepunyaan ALLAH dan kepada-NYA kita kembali.

"Jadi bila lahir sahaja anak, ini adalah kurniaan ALLAH yang perlu disyukuri. Mensyukuri nikmat ALLAH ialah meletakkan sesuatu nikmat itu kena pada tempatnya," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sambutan hari jadi yang didakwa bertemakan bunian dengan berpakaian menyerupai hantu seperti pocong, bunian dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Mohamad Shukri memberitahu, sekiranya seseorang mahu meraikan kelahiran atau hari jadi anak, ia seharusnya dilakukan dengan cara yang dibenarkan agama seperti mengadakan majlis kesyukuran, solat hajat, jamuan makan atau amalan yang bertepatan dengan syariat.

"Kalau kita nak mensyukuri kerana dapat anak, buatlah dengan tepat. Kita ada tahlil, cukur rambut dan sambutan secara Islamik. Jangan pula kita dapat kurniaan ALLAH tetapi kita lakukan perkara-perkara yang tidak disukai agama.

"Maka itu dipanggil kufur nikmat. Kenapa pula kita nak kufur nikmat sedangkan kita sepatutnya mensyukuri nikmat?" katanya.

Menurut beliau, tema yang mengandungi unsur pengagungan terhadap hantu dan perkara yang bercanggah dengan agama tidak wajar dijadikan sebahagian daripada sambutan.

"Kita buat tema hantu dan sebagainya, itu orang panggil kufur nikmat kerana kita meletakkan nikmat yang Tuhan bagi itu tidak kena pada tempatnya," katanya.

Mengulas mengenai trend sambutan hari jadi bertemakan konsep tertentu, beliau menjelaskan Islam tidak melarang tema-tema tertentu selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

"Boleh, tema-tema sahaja. Apa tema pun boleh, tetapi tema yang tidak berlawanan dengan kehendak agama.

"Kalau kita duduk beri pemujaan kepada hantu dan sebagainya, itu berlawanan dengan agama. Suka-suka....kena suka-suka yang disukai agama dan dibenarkan oleh agama," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sambutan kelahiran atau hari jadi sepatutnya menjadi medium untuk menzahirkan rasa syukur kepada ALLAH atas nikmat yang dikurniakan, bukannya melakukan perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama.

Terdahulu tular di media sosial tindakan seorang 'founder' di negeri ini mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya bertemakan bunian menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Dalam majlis tersebut ada yang berpakaian menyerupai hantu seperti pocong, bunian dan sebagainya turut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

AKAK KELATE KAYA TAYANG "HARI JADI TEMA BUNIAN HANTU + RM100K CASH SEBAGAI HADIAH AN4K"
https://www.youtube.com/watch?v=IQt3TRwzQtk

https://www.threads.com/@dynayusof/post/DY9gbCUDkPR
           



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2026 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu kalau ada hantu setan betul2 menyelit tu sapa pun tak perasan. Memang mengundang betul la yg buat tema camni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2026 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Wedding ke sambut bday.. cam 2 in 1 jer
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2026 08:11 PM | Show all posts
Halloween di bumi iseley
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2026 09:02 PM | Show all posts
kira mcm hardcore jugak... banyak pakai duit ni. .. ingatkan solekan jer rupanya baju semua pun jadi hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2026 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 1-6-2026 09:43 PM

Org bunian original tengok derang ni kecik besar kecik besar je, nak culik ke tak nak, nak culik ke tak nak... . Naper tak buat tema alam barzakh ke... Konsep lebih kurang je kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2026 09:53 PM | Show all posts
Ingatkan di jawa
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ni mcm tema yg kaklina pompom sebut dlm kg people haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2026 05:19 PM | Show all posts
Samerosie replied at 1-6-2026 09:41 PM
Org bunian original tengok derang ni kecik besar kecik besar je, nak culik ke tak nak, nak culik ke  ...

bunian pun pakai baju elok kebaya cantik hah (Uqasha dlm HKL).. teringin nak sambut halloween kot acik ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Birthday budak kot gila btol mak bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 12:20 PM | Show all posts
nak buat halloween ke..
benaknya penganjur majlis
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 12:33 PM | Show all posts
bodo belake
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 02:01 PM | Show all posts
the usual suspects...klate kan...wut do u ekspek

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ppuan2 kelantan mmg bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 1-6-2026 09:53 PM
Ingatkan di jawa

serumpun....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Padahal anak2 minta tema didi and friends ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2026 06:15 PM | Show all posts
Usahawan disiasat kes majlis hari lahir bertema 'Perkampungan Bunian' disyaki bercanggah ajaran Islam
Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah - Jun 3, 2026 @ 3:34pm

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sedang pada peringkat akhir melengkapkan kertas siasatan kes seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial di negeri ini didakwa menganjurkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertema 'Perkampungan Bunian', baru-baru ini.

Ia berikutan majlis yang dilaporkan menelan perbelanjaan mencecah RM500,000 itu disyaki bercanggah ajaran Islam.

Menurut sumber, pegawai penyiasat JAHEAIK mungkin akan memanggil saksi-saksi lain bagi membantu siasatan sekiranya memerlukan maklumat tambahan.

Katanya, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Ketua Pendakwa Syarie sebaik saja ia dilengkapkan.

"Jika pendakwa syarie bersetuju, kes itu akan difailkan di Mahkamah Syariah untuk pertuduhan mengikut Seksyen 12 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan," katanya.

Seksyen 12 enakmen itu memperuntukkan bahawa mana-mana individu menasihati, menggalakkan atau menghasut orang lain untuk melakukan perbuatan yang dianggap tidak bermoral atau bertentangan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan.

Sumber itu berkata, sekiranya didapati bersalah kerana menggalakkan perbuatan dianggap bercanggah ajaran Islam menerusi penganjuran majlis berkenaan, wanita itu boleh dihukum denda hingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam, media melaporkan wanita berusia 34 tahun itu dipanggil JAHEAIK berhubung majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertema 'Perkampungan Bunian' untuk anak-anak perempuannya dengan kos kira-kira RM500,000.

Wanita itu dipanggil memberi keterangan susulan majlis terbabit disyaki ada unsur yang dianggap tidak selaras ajaran Islam.

Majlis itu yang diadakan di kediamannya di Tumpat, baru-baru ini, tular dalam media sosial selepas video dan gambar acara berkenaan dikongsikan secara meluas.

Ia diadakan sempena ulang tahun kelahiran tiga anak perempuannya, dengan tema yang mengambil inspirasi daripada filem berkaitan makhluk mistik.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.258388 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list