CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] PSG pertahan gelaran 'raja bola sepak Eropah'

[Copy link]
Post time 31-5-2026 04:32 AM | Show all posts |Read mode
PSG pertahan gelaran 'raja bola sepak Eropah'

Mei 31, 2026 @ 3:14am





Pemain pertahanan Paris Saint-Germain's, Marquinhos (tengah) menjulang trofi selepas menewaskan Arsenal pada aksi final Liga Juara-Juara di Budapest. Foto AFP



BUDAPEST, Hungary: Paris Saint-Germain (PSG) berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Arsenal 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Puskas Arena, sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan PSG menjadi pasukan kedua sejak era 1992-93 yang berjaya mempertahankan gelaran, 'raja bola sepak Eropah' selepas Real Madrid.

Kegagalan Gabriel Magalhaes menyempurnakan sepakan penalti terakhir menyebabkan Arsenal terlepas peluang untuk menamatkan penantian panjang memenangi kejuaraan berprestij itu buat kali pertama.




Pemain PSG meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti. - REUTERS


Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan jaringan bak peluru Kai Havertz meletakkan Arsenal di depan seawal minit keenam dan gol itu mengulangi final lima tahun lalu apabila dia turut menjaringkan gol ketika Chelsea menewaskan Manchester City 1-0 di Porto, Portugal.




Sepakan penalti Gabriel Magalhaes tersasar. - REUTERS


Gol tersebut hadir menerusi penyudah yang cukup berkualiti apabila bola yang terlepas dalam perebutan di kawasan separuh padang PSG dimanfaatkan sepenuhnya oleh Havertz apabila beliau meluru pantas ke arah gawang lawan sebelum melepaskan rembatan deras dari sudut yang agak sempit, tepat ke bahagian bumbung jaring.

Jaringan itu jelas memberi kelebihan penting kepada skuad kendalian Mikel Arteta yang berjaya bertahan dan mematahkan serangan anak buah Luis Enrique sepanjang babak pertama.

Bagaimanapun, PSG kembali mengikat kedudukan 1-1 apabila Khvicha Kvaratskhelia menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukannya.

Kvaratskhelia melakukan gerakan satu-dua yang kemas sebelum berjaya berada di hadapan Cristhian Mosquera. Pertahanan itu gagal mengawal keadaan dan menjatuhkan pemain Georgia tersebut di dalam kotak penalti pada minit ke-65.

Ousmane Dembele membuktikan mengapa beliau dianggap pemain terbaik dunia ketika ini apabila menyempurnakan sepakan penalti itu dengan penuh tenang dan berkualiti.

Pemenang Ballon d'Or itu melepaskan rembatan padu ke penjuru gawang, menewaskan David Raya dan memastikan PSG kembali bersaing.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan buntu menambah jaringan sehingga tamat masa tambahan sekali gus perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Kemenangan itu membolehkan PSG membawa pulang hadiah kemenangan €25 juta (RM115.61 juta) dan Arsenal pula berpuas hati dengan €18.5 juta (RM85.55 juta).

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/05/1565281/psg-pertahan-gelaran-raja-bola-sepak-eropah






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.077357 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list