CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 548|Reply: 1

[Tempatan] Penerbit gagal dihubungi...Mengapakah penerbit filem Konspirasi tiba tiba menarik keluar filem ini dari pawagam

[Copy link]
Post time 30-5-2026 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-5-2026 06:14 PM

Sinopsis (Wikipedia)

Satu pasukan elit dikerahkan untuk merampas pelayan tersembunyi yang mengandungi senarai ahli politik yang korup dan transaksi kewangan luar pesisir. Diketuai oleh Adli dan pasukannya, misi sulit itu bertukar menjadi perangkap apabila sebahagian data bocor ke media dan web gelap, mencetuskan krisis politik negara. Apabila kepercayaan orang ramai mula terhakis dan timbul syak wasangka tentang pengkhianat dalaman, pasukan itu mendedahkan petunjuk yang menunjukkan seorang pakar siber dan seorang penggodam terkenal. Apa yang bermula sebagai operasi rahsia tidak lama kemudian berkembang menjadi konspirasi berbahaya yang melibatkan perebutan kuasa dalam politik, serangan siber berskala besar dan campur tangan asing yang bertujuan untuk mengganggu kestabilan negara.
PERSOALAN.
Apakah ...


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengesahkan bahawa tayangan filem tempatan berjudul ‘Konspirasi’ di seluruh pawagam di Malaysia telah ditamatkan secara rasmi bermula 28 Mei 2026.






Maklumat berhubung penamatan ini diterima oleh pihak FINAS daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dan pihak pengedar filem, iaitu Media Prima Berhad.

Berdasarkan e-mel yang dikongsikan kepada FINAS, keputusan tersebut dibuat sepenuhnya atas permintaan pihak penerbit filem berkenaan, iaitu Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd.

Hasil semakan FINAS dengan pihak pengedar serta pempamer filem turut mendapati bahawa penamatan tayangan tersebut adalah murni permintaan penerbit sendiri dan sama sekali tidak melibatkan sebarang arahan daripada pihak lain

Susulan daripada penamatan tayangan yang mengejut ini, pihak FINAS telah cuba menghubungi penerbit filem terbabit bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut berhubung keputusan mereka.

Walau bagaimanapun, sehingga kini wakil daripada Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd. masih gagal dihubungi meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.

Pihak FINAS akan terus memantau situasi ini bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak-pihak yang berkaitan dan berjanji akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2026 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok yang pirated copies ja lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.066774 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list